DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI
MASA ADALAH PEDANG
Hargailah masa yang ada utk dakkwah dan jihad fisabilillah...

InsyaAllah blog ini sebagai perkongsian ilmu bersama...
Selamatkan Palestin dengan tangan-tangan kita berjihad menentang Yahudi laknatullah.. Allahuakbar...!!!!

Sabda Rasulullah s.a.w.,

"Sungguh,jika ka'abah diruntuhkan batu demi batu, itu adalah masih ringan disisi ALLAH...berbanding ditumpahkan darah seorang ummat Islam".


Muslim...

Marilah kita sama2 doakan agar saudara seislam kita di filistin mendapat kemenangan,menegakkan agama Islam...jika berkesempatan..marilah sama2 berjuang...

dan tegakkan Khilafah...

sesungguhnya semua ummat Islam itu bersaudara...

DENGARKAN

valentine's day...MENGARUT...

Monday, February 8, 2010 at 5:32 AM



Jerat V-Day.

Today at 7:38pm
Tarikh: 7 Febuari 2010
Kenyataan Media

Perayaan Hari Kekasih atau Valentine’s Day mula membudayai kalangan masyarakat kita khususnya di kalangan muda-mudi, sekitar akhir tahun 1980-an beriringan dengan munculnya siaran-siaran televisyen, iklan dan filem yang bertemakan perayaan ini. Perayaan ini biasanya diraikan dengan setiap pasangan memberikan hadiah kepada orang yang dikasihi. Setelah itu diadakan pesta-pesta yang diisi dengan hiburan seumpama nyanyian, tarian dan sebagainya. Kebelakangan ini, pesta perayaan Hari Kekasih dirayakan dengan pelbagai sambutan yang tidak bermoral seperti yang dilaporkan oleh media massa, mereka banyak menghabiskan malam perayaan tersebut dengan berpasang-pasangan serta bergaul bebas dan sebahagiannya diakhiri dengan pesta seks.

Berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008. Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat! Amat menyedihkan kerana menurut statistik pendaftaran kelahiran kelahiran anak luar nikah dalam tempoh 4 tahun sahaja (1999-2003) 30,978 dari 70,430 (44%) orang bayi tidak sah taraf yang dilahirkan adalah anak orang Islam. Tidak dapat dinafikan bahawa statistik ini menunjukkan kejadian zina semakin berleluasa dan tidak dapat tidak, Hari Kekasih dilihat sebagai salah satu hari daripada hari yang digelar ‘Musim Mengawan’ kepada muda-mudi kita. Lebih-lebih lagi, apabila laporan akhbar menyatakan wujudnya kempen ‘Bare Your Loves, No Panties During Valentine’ yang menular ke IPT-IPT dan sekolah-sekolah. Walaupun pihak atau individu yang memulakan kempen ini tidak kami ketahui, kempen ini jelas mencabar ajaran Islam yang malarang umatnya mendekati zina. Maka, harus diingat, Panel Kajian Aqidah (PKA) dan Panel Kajian Syariah (PKS) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memutuskan bahawa “Amalan menyambut Hari Valentine’s Day adalah haram dan bertentangan dengan ajaran Islam”. Manakala Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam”.

Oleh itu, dengan ini Urusetia Menangani Gejala Sosial P.Pinang (UNGGAS), Persatuan Ulama’ Malaysia Caw P.Pinang (PUMPP), Angkatan Penuda Pemudi Islam (API) dan Komunti Suara Kehidupan (KoSuKe) akan memulakan kempen ‘Jerat Valentine Day’ bertujuan mendidik masyarakat terutama ibubapa tentang bahaya membiarkan budaya songsang ini terus hidup dalam masyarakat Islam. Dengan itu, kami akan turun ke peringkat akar umbi untuk berkempen dalam bentuk pengedaran poster, edaran cd-cd kesedaran, ceramah-ceramah umum, tayangan video-video kesedaran di pasar-pasar malam dan tempat awam. Acara kemuncak adalah program Latihan Aktivis Dakwah Dalam Isu Sosial (LANDAS) yang bertujuan membentuk pendakwah lapangan yang berkemahiran tinggi pada 13 – 14 hb Feb dan Operasi Sayangi Remaja iaitu satu bentuk operasi pencegahan maksiat dalam bentuk kaunseling di lapangan yang akan dilaksanakan disekitar Pulau Pinang. Kami menyeru agar masyarakat Pulau Pinang member sokongan yang padu dalam usaha kami ini. Hubungi saudara Nurfitri Amir Muhammad di talian 013-7069509 untuk maklumat lanjut.

Urusetia Menangani Gejala Sosial (UNGGAS)
Persatuan Ulama' Malaysia Caw P.Pinang (PUMPP)
Angkatan Pemuda Pemudi Islam (API)
Komuniti Suara Kehidupan (KOSUKE)

Jerat V-Day. Copy dan send kepada kawan2.. Print, fotocopy dan tampal di tempat2 awam..
InsyaAllah bnyk pahala.

1 Responses to valentine's day...MENGARUT...

  1. Salam,

    Mohon copy post ni ke blog kami. Jzkk.

Post a Comment

Powered by Blogger | Entries (RSS) | Comments (RSS) | Designed by MB Web Design | XML Coded By Cahayabiru.com | Distributed by Sorpotel Recipe |