DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI
MASA ADALAH PEDANG
Hargailah masa yang ada utk dakkwah dan jihad fisabilillah...

InsyaAllah blog ini sebagai perkongsian ilmu bersama...
Selamatkan Palestin dengan tangan-tangan kita berjihad menentang Yahudi laknatullah.. Allahuakbar...!!!!

Sabda Rasulullah s.a.w.,

"Sungguh,jika ka'abah diruntuhkan batu demi batu, itu adalah masih ringan disisi ALLAH...berbanding ditumpahkan darah seorang ummat Islam".


Muslim...

Marilah kita sama2 doakan agar saudara seislam kita di filistin mendapat kemenangan,menegakkan agama Islam...jika berkesempatan..marilah sama2 berjuang...

dan tegakkan Khilafah...

sesungguhnya semua ummat Islam itu bersaudara...

DENGARKAN

JIHAD CINTA (perjalanan mencari Ilahi dibumi Palestina)

Friday, December 10, 2010 at 1:22 PM
JIHAD CINTA.

BISMILLAH…dengan nama ALLAH ku bermula, Alhamdulillah segala puji bagi ALLAH, Subhanallah Maha Suci ALLAH, Allahuakhbar ALLAH Maha Besar. Setiapa perjalanan hidup didunia ini telah diciptakan oleh ALLAH S.W.T sejak dari kita di alam malakut sehinggalah kita dilahirkan ke dunia yang penuh onak dan duri ini. Kita seharusnya bersyukur dan sentiasa bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah berkat serta redho-Nya jua kita dapat kecapi ni’mat iman dan Islam hingga hari ini sejak dilahirkan serta selawat dan salam keatas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W.
Marilah kita sama-sama mengucapkan rasa syukur kita kepada ALLAH diatas segala ni’mat pemberian-Nya kepada kita sehingga hari ini. Aku telah banyak melakukan kerja-kerja da’wah ke serata pelusuk hutan di perkampungan orang asli di semenanjung Malaysia serta da’wah “non-muslim” asia tenggara di Indonesia, Thailand, Laos dan lain-lain. Namun, kini pada Disember 2010 aku diberikan kesempatan oleh ALLAH untukku jejakkan kaki setelah hatiku telah lama berada di sana. Di sana iaitu Al-aqsa, aku cukup bersyukur kepada ALLAH dan ini adalah hadiah perkahwinanku yang teramat berharga sekali kerana ALLAH telah menghadiahkanku untuk berjihad dijalan-Nya. Walaupun baru sahaja lebih kurang 2 minggu aku menikah dengan seorang wanita yang cukup tabah dan sentiasa mendorongku untuk berbakti kepada agama ALLAH. Aku talah dipanggil untuk berjihad dijalan-Nya. Perjalan jihad ini amat memerlukan jiwa dan semangat yang kental seperti sahabat-sahabat Rasulullah dizaman dahulu. Aku berdoa’ agar ALLAH memberkati perjalanan ini dan merahmatiku dunia dan akhirat.
Perjalanan ke Aqsa kali ini akan melalui jalan darat dari india melusuri Pakistan, Iran, Turkey, Lubnan, Syria, Jordan dan Mesir. Kembara Jihad ini dipanggil “Asian Caravan to Gaza 2010”. Bagi diriku ianya cukup bermakna kerana dapat mengimbau kembali perjuangan-perjuangan Rasulullah dan para sahabat untuk menegakkan Islam. Aku dan seorang sahabat Ustaz Norazli Musa mewakili Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM). Kami menuju ke Tehran, Iran kerana visa India dan Pakistan ditolak bulat-bulat tanpa alasan. Alhamdulillah, segala yang diaturkan oleh ALLAH untuk ummat-Nya adalah yang paling baik. Hal ini kerana, konvoi yang bermula dari Delhi, India tidak dibenarkan masuk ke Lahore, Pakistan. Oleh itu, plan B perlu dilaksanakan dengan cepat dan penuh strategi. Kami memilih untuk ke Tehran dan menunggu di sana. Namun, sekali lagi ALLAH Maha Berkuasa menentukan segala-galanya. Sahabat-sahabat dari India dan seluruh Negara yang menyertai misi kali ini akan ke Zahedan, Iran dan konvoi bermula dari sana. Hari ini 06/12/2010 aku dan ustaz Norazli (yang juga dikenali ust.Taliban) kami menaiki penerbangan pesawat Iran Air 0841 jam 11.30 pagi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Tehran. Kami selamat tiba di Tehran jam 03.30 petang (09.30 malam waktu Malaysia). Kami disambut oleh sahabat yang cukup baik saudara Husain(30tahun) dan Muhammad (21 tahun). Mereka membawa kami ke hotel dan menginap di sana. Alhamdullillah, barulah aku dapat merehatkan badan yang amat penat dan kepala teramat sakit dengan penerbangan selama 09jam tanpa henti. Dari lapangan terbang Tehran kami menaiki teksi yang amat mencabar kerana pemandunya cukup hebat menyelit ke kanan dan ke kiri. Kecut perutku melihat gelagat pemandu-pemandu kereta di bandaraya Tehran serta penunggang motosikal yang tidak kurang hebatnya dengan tidak memakai topi keledar dan semua motosikalnya sama jenis dan unik. Setibanya di hotel kami terus solat jama’ takdim maghrib isya’ dan selepas itu terus melelapkan mata. Aku terpaksa mengambil aspirin(panadol) untuk mengelakkan sakit kepala yang berterusan.
Pagi esoknya kami ke pejabat “international union unified of ummah” di Tehran untuk berbincang rancangan yang seterusnya. Kami mengambil keputusan untuk bermula di Zahedan, suatu Bandar lain di Iran. Dari Zahedan kami akan singgah di Kemran, Esfahan, Tehran, Tabriz dan menuju ke Turkey. Pagi 08/12/2010(Rabu), kami keluar dari hotel Thaban di Tehran dan menuju ke Mehrabad International Airport untuk ke Zahedan. Di sana telah ramai delegasi dari India(46 org lelaki, 7 org perempuan) dan seorang dari Jepun. Kami menaiki kapal terbang lebih kuramg 1jam setengah untuk ke Zahedan. Setibanya di Zahedan jam 0100 ptg, kami disambut dengan begitu meriah sekali oleh penduduk Zahedan dan mahasiswa serta mahasiswi mereka. Sorakan dan laungan takbir bergema memecahkan suasana di lapangan terbang dan laungan hancur!!! Israel tidak lekang dibibir mereka. Kami bagaikan “artis” popular disambut, diasak dan diminta untuk bergambar dengan mereka serta tanda tangan di mana-mana sahaja, tangan, kertas dan sebagainya. Inilah semangat yang ditunjukkan oleh ummat Islam Iran, mereka amat faham erti perjuangan. Selepas itu kami dibawa ke hotel(tourist hotel in Zahedan) untuk menginap. Pada sebelah malam diadakan sidang akhbar untuk menerangkan tentang misi kami kepada masyarakat Iran. Setelah itu, kami dibawa pula ke sebuah Universiti (Sistan Balacustan University). Di sana sambutan lagi meriah buat kami “Sang Pejuang” yang bukan hanya dari kalangan muslim, namun dari hindu, aetis dan sebagainya. Sekali lagi kami dilakukan persis bagaikan “artis” disoal, ambil gambar dan sebagainya. Salah seorang mahasiswa bertanyakan aku, “adakah tuan bersedia untuk Syahid?” aku mengatakan “YA” Syahid impianku. Tepat jam 1100 malam waktu Iran, kami semua pulang untuk merehatkan badan dan minda. Kerana, esok harinya jam0500 pagi kami akan berangkat menuju ke Bandar yang lain pula menaiki bas. Kami menelusuri kawasan padang pasir yg kering kontang,namun amat sejuk. Gunung-ganang yang tegak memuji tuhan yang satu, ALLAH… sungguh indah pemandangan saujana mata yang memandang. Alhamdulillah, ALLAH mengurniakan ni’mat ini dikala aku amat merindui-NYA. Suasana masyarakat di pergunungan yang miskin tapi, kehidupan mereka amat bermakna keran dikurniakan ni’mat Islam dan iman sejak dilahirkan lagi.
Alhamdulillah, tepat jam 0830 pagi kami tiba di pekan orang-orang Sistan Balacistan dan kami bersarapan di perkampungan Nasrul abad. Kami dijamu dengan roti arab yang sungguh enak dan berselera sekali bila makan dengan krim susu masam. Layanan penduduk tempatan amat baik sekali kepada peserta konvoi. Tepat jam 0915 pagi kami bergerak menuju ke destinasi yang seterusnya untuk menyahut seruan jihad di jalan ALLAH. Perjalanan lebih mencabar kerana kami terpaksa meredah laluan batu kerikil yang tidak berturap tar dan gunung-ganang batu di kanan dan kiri. Kira-kira jam 0300 petang kami tiba di suatu tempat yang tidak dikenali namanya untuk makan tengah hari, disini kami dihidangkan dengan nasi arab yang cukup sedap sekali, namun di Iran tidak mungkin akan mendapat “cabai” kata ustaz Azli. Memang menjadi tradisi orang Iran, mereka tidak memakan cili yang ada hanyalah tomato, bawang dan yang paling aku “suka” “dugh” (susu masam) yang dipanggil “lassi” di India. Setiap kali makan, susu masam menjadi menu utama. Setelah makan dan solat jama’ ta’khir zohor dan ‘asar, kami meneruskan perjalanan ke sebuah Universiti yang bernama Universiti Syeikh Syahid Bahana. Kami sekali lagi disambut dengan begitu meriah sekali, dan laungan Takbir ALLAHUAKHBAR bergema dengan kuat sekali. Hancur2 Israel dan Amerika tak lekang dibibir mereka. Setelah diadakan sedikit majlis suaikenal dan penerangan tentang misi kali ini, dan solat jama’ taqdim maghrib dan ‘isya, kami meneruskan perjalanan menuju ke “museum of war” muzium perang di Bandar Kemran. Disini kami diberi penerangan tentang “perang saudara Iran dan Iraq masa zaman Saddam Husain dahulu. Meraka samakan situasi Palestin sekarang dengan Iran suatu masa dahulu. Namun, Palestina telah dijajah, dirogol, dicabul kehormatannya sudah hampir 63 tahun. Namun, Palestina tercinta mnasih utuh dan kuat melawan sang yahudi laknatullah. Setelah itu kami dibawa untuk makan malam, sama juga menunya iaitu nasi arab dan “dugh” tetap ada. Setelah kekenyangan kami dibawa untuk menginap di sebuah hotel yang agak biasa, bagi aku mahu saja terus ke Palestin, tidur hanya didalam bas atau pun di mana-mana. Jangkaan ku meleset sama sekali kerana mereka (Iranian) telah aturkan segala-galanya. Pagi 10 disember 2010 (jumaat), kami berangkat jam0600 pagi dari Bandar Kemran menuju ke Esfahan. Cuaca hari ini amat sejuk sekali, baju yang dipakai 3 helai, mafla dan seluar yang tebal masih terasa amat kedinginannya. Ya ALLAH…bagaimana dengan Rasulullah dan para sahabat dahulu kala dalam menyampaikan risalah da’wah serta perjuangan. Aku terasa cubaan ini adalah amat sedikit berbanding dengan perjuangan yang terpaksa diharungi oleh Rasulullah dan para sahabat demi menegakkan Islam tercinta.

>>> jumpa lagi nanti di Bandar Tehran...

Powered by Blogger | Entries (RSS) | Comments (RSS) | Designed by MB Web Design | XML Coded By Cahayabiru.com | Distributed by Sorpotel Recipe |