DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI
MASA ADALAH PEDANG
Hargailah masa yang ada utk dakkwah dan jihad fisabilillah...

InsyaAllah blog ini sebagai perkongsian ilmu bersama...
Selamatkan Palestin dengan tangan-tangan kita berjihad menentang Yahudi laknatullah.. Allahuakbar...!!!!

Sabda Rasulullah s.a.w.,

"Sungguh,jika ka'abah diruntuhkan batu demi batu, itu adalah masih ringan disisi ALLAH...berbanding ditumpahkan darah seorang ummat Islam".


Muslim...

Marilah kita sama2 doakan agar saudara seislam kita di filistin mendapat kemenangan,menegakkan agama Islam...jika berkesempatan..marilah sama2 berjuang...

dan tegakkan Khilafah...

sesungguhnya semua ummat Islam itu bersaudara...

DENGARKAN

Syeikh Intifadah

Friday, May 29, 2009 at 2:56 PM

Selamat tinggal Syeikh INTIFADAH
Selamat tinggal bapa perjuangan.

Tanggal 22 Mac 2004. kau,
Telah pergi meninggalkan kami,
Wahai Syeikh Intifadah,
Wahai bapa perjuangan,
Namun, semangat juang takkan pudar.

Kau, pejuang yang sejati,

Bersemangat jihad, berjiwa kental,
Seluruh jiwa ragamu demi dakwah dan jihad,
Bagi membebaskan ibu pertiwi,
Dek cengkaman Zionis yang kejam.

Kaujualah yang mengasaskan Hamas,
Sebagai tonggak perjuangan jihad,
Menentang penjajah Zionis yang rakus,
Kau telah menempuhi ranjau perjuangan,

Akhirnya kau dibunuh musuh-musuh Islam.

Namun, wahai bapa perjuangan,
Kau tetap sabar dan teguh,
Malah, sesekali tidak berganjak dan lemah,
Apatah lagi menyerah kalah,
Dan berkompromi dengan musuh Islam.

Kau bangkit dan meletakkan,
Matlamat perjuangan yang jelas,
Menamatkan penjajahan Yahudi laknatullah,
Ke atas bumi Palestin tercinta,

Sekali gus menghancurkan dengan segala kekuatan.

Kau hanyalah seorang yang lumpuh,
Cacat tak berdaya dan hampir buta,
Namun, berupaya menggegarkan rejim zionis,
Menggerunkan para tentera juga pemimpin mereka,
Walhal dikau seorang yang tak berdaya.

Sesungguhnya, kekuatan seorang pejuang,
Bukan diukur dengan susuk badannya,

Bahkan, melalui keutuhan imannya semata-mata,
Selamat tinggal Syeikh INTIFADAH,
Selamat tinggal bapa perjuangan.

Nukilan;FUAD(abu),19Muharam1429H, 28-01-08,kamarKTP,UPM


0 comments

Post a Comment

Powered by Blogger | Entries (RSS) | Comments (RSS) | Designed by MB Web Design | XML Coded By Cahayabiru.com | Distributed by Sorpotel Recipe |