InsyaAllah blog ini sebagai perkongsian ilmu bersama...
Selamatkan Palestin dengan tangan-tangan kita berjihad menentang Yahudi laknatullah.. Allahuakbar...!!!!
Sabda Rasulullah s.a.w.,
"Sungguh,jika ka'abah diruntuhkan batu demi batu, itu adalah masih ringan disisi ALLAH...berbanding ditumpahkan darah seorang ummat Islam".
Muslim...
Marilah kita sama2 doakan agar saudara seislam kita di filistin mendapat kemenangan,menegakkan agama Islam...jika berkesempatan..marilah sama2 berjuang...
dan tegakkan Khilafah...
sesungguhnya semua ummat Islam itu bersaudara...
10 wasiat imam Hasan al-Banna...
~~~~10 Wasiat Hasan al-Banna ~~~~
10 wasiat yang ditinggalkan oleh Hasan al-Banna :
1.
Wahai kawanku, Segeralah tunaikan solat di awal waktu Dikala mendengar azan Usahakanlah semampu terdaya. Ini membuktikan kesungguhan anda. Di situ ada sumber kejayaan Di situ ada sumber pertolongan Di situ ada sumber taufiq Perhatikanlah banyak perintah ayat al-Quran. ... dimulakan dengan menyebut solat di awalnya Perhatikanlah Tuhan mensyariatkan solat... Juga di medan perang. Walaupun... Di saat genting dan cemas.
2.
Wahai kawanku, Bacalah al-Quran dan cuba memerhati mesejnya Selalulah berzikir dan cari ilmu walaupun sedikit Kurangilah dengan masa yang tidak bertujuan Sesungguhnya al-Quran adalah sumber asli lautan ilmu Sumber hidayah kepada anda dan saya Bacalah al-Quran, kelak ia memberi syafaat. Sentiasalah membaca, menghafal dan... Cuba hayati mesej arahannya. Selalu berzikir, berzikir dan terus berzikir!!! Di sini ada ketenteraman Di sini ada kedamaian Di sini ada kesalaman Jadilah hamba yang sejahtera.
3.
Wahai kawanku, Dorongkanlah diri untuk menguasai Bahasa al-Quran Mulakan dulu walaupun sepatah perkataan Sebenarnya anda telah lama bermula Iaitu sejak anda solat setiap hari Sebut dulu walaupun tak faham. Antara mala petaka pertama menimpa umat kita... Ialah kecuaian menguasai bahasa agamanya. Juga mengutamakan bahasa pasar, Ayuh !!! Apa tunggu lagi?????? Bukalah ruang walaupun seminit !!!
4.
Wahai kawanku, Usahlah bertarung idea tanpa adabnya!!! Berdebatlah jika kiranya berbuahkan kebaikan Awasilah pertengkaran Kerana di sana ada unsur lain membisikkan? Syaitannnn namanya !!!
5.
Wahai kawanku, Senyumlah selalu tapi bersederhanalah dalam ketawa !!! Rasulullah s. a. w adalah yang paling banyak senyum Beliau ketawa kena pada tempatnya Tapi berpada-pada sahaja, wahai kawan ! Plato juga berharap agar pementasan hiburan... Yang tidak bermutu terlalu banyak ketawa bodoh Hanyalah disaksikan oleh golongan abdi Dan orang upahan asing! Begitu juga Aristotle berpendapat Supaya golongan belia ditegah daripada menyaksikan hiburan-hiburan yang membolehkan perbuatan ketawa berlebih-lebihan. supaya tidak menular. Keburukan dalam diri!!!
6.
Wahai kawanku, Seriuslah selalu dan berguraulah berpatutan Tanpa serius, hilanglah kesungguhan !!! Tanpa bergurau, tawarlah kehidupan Kata seorang penyair : Berikan kerehatan pada jiwamu Yang sibuk dengan berfikir Ubati dengan bergurau Tapi, Kalau mengubatinya dengan bergurau Mestilah dalam batas Seperti kau masukkan garam ke dalam gulai.
7.
Wahai kawanku, Kawallah nada suaramu Setakat yang diperlukan oleh pendengar di depanmu Janganlah jadi seperti orang bodoh. Bahkan menyakit hati orang lain pula!!! Luqman El-Hakim juga mencela orang yang tidak pandai menjaga nada suara pada tempatnya. Itulah katanya suara keldai!!! Surah al-Isra' memberi tip kepada kita... Jangan keraskan suramu dalam solat Tapi jangan pula merendahkannya Carilah jalan tengah di antara keduanya.
8.
Wahai kawanku, Usahlah umpat mengumpat Usahlah merendah-rendahkan pertubuhan lain Bercakaplah jika ada unsur kebajikan Ayuh!!! Hindarilah... mengumpat! Tidak sekali mencabuli jemaah-jemaah lain!!! Perkatakanlah kebaikan demi kebajikan bersama. Sukakah anda memakan daging pasti anda suka!! Tapi sukakah anda memakan daging kawan anda yang telah mati?? Sekali-kali tidak!!! Begitulah dosa orang yang mengumpat. Bertaubatlah jika anda mengumpat Tapi mesti minta ampun terhadap orang umpatanmu bersama!!! Boleh mengumpat... apabila ada tujuan syarie. * untuk menuntut keadilan apabila dizalimi * untuk menghapuskan kemungkaran * kerana memberi amaran kepada Muslim tentang kejahatan * kerana mengisytiharkan kefasikan dan kejahatan.
9.
Wahai kawanku, Luaskanlah interaksimu dengan umat manusia Sekalipun mereka tidak diminta berbuat demikian!!! Salam kasih sayang adalah untuk semua Salam kemesraan adalah untuk sejagat. Hulurkanlah, hulurkanlah salam perkenalan...! Lihatlah pensyariatan ibadah haji. Pelbagai bangsa datang berkunjung!!! Pelbagai lapisan datang berkunjung!!! Pelbagai darjat datang berkunjung!!! Sama-sama menjunjung obor suci Tidak mengenali tapi tak sepi.
10.
Wahai kawanku, Maksimumkanlah faedah waktu anda dan Tolonglah orang lain supaya manfaatkan masa. Hadkanlah masa penunaiannya. Biasakan hidup berjadual di hadapan. Bijaksanakanlah menggunakan waktu anda! Bersegeralah, kerana... Sabda Nabi s. a. w bermaksud : "Bertindak segeralah melakukan amal..." (Diulang 7 kali..) Sayanglah masa saudaramu!!! Hormatilah waktu mereka!!! Usahlah berbicara meleret-leret... Tanpa haluan dan noktahnya..
| 0 comments |
Sebab Utama Lelaki Ditarik Ke Neraka Oleh Wanita!
Sebab Utama Lelaki Ditarik Ke Neraka Oleh Wanita!
Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:
1. Ayahnya
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi
kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.
(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?..pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)
2. Suaminya
Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.
(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana .)
3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.
(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas... kau juga akan dipertanggungjawabk an diakhirat kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat... dan tidak menutup aurat.)
4. Anak2 lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya.. .maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabk an di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.
(p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu.... nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa.... krn ibu
juga insan biasa... x lepas dr melakukan dosa... selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka....jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)
............ ......... ......... ......... .........
Lihatlah.... .betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.
Firman Allah S.W.T;
"Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu... ."
| 0 comments |
AIR MATA RASUL...
Air Mata Rasul S.A.W
Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang
yang berseru mengucapkan
salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya.
Tapi Fatimah tidak
mengizinkannya
masuk,"Maafkanlah, ayahku sedang demam",
kata Fatimah yang membalikkan
badan dan menutup pintu.
Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang
ternyata sudah
membuka mata dan bertanya pada Fatimah,
"Siapakah itu wahai anakku?"
"Tak
tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali
ini aku melihatnya," tutur
Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap
puterinya itu dengan pandangan
yang menggetarkan.
Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah
anaknya itu hendak dikenang.
"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan
kenikmatan sementara,dialah yang
memisahkan pertemuan di dunia. Dialah
malaikatul maut," kata
Rasulullah,
Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.
Malaikat maut datang
menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan
kenapa Jibril tidak ikut sama
menyertainya.
Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya
sudah bersiap diatas langit
dunia menyambut ruh kekasih Allah dan
penghulu dunia ini.
"Jibril,jelaskan apa hakku nanti di hadapan
Allah?", tanya
Rasululllah dengan suara yang amat lemah.
"Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat
telah menanti ruhmu.
"Semua syurga terbuka lebar menanti
kedatanganmu, " kata Jibril.
Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah
lega,matanya
masih penuh kecemasan.
"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?
", tanya Jibril lagi.
"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib
umatku kelak?"
"Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku
pernah mendengar Allah
berfirman
kepadaku:
"Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali
umat Muhammad telah berada
didalamnya," kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail
melakukan tugas.
Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak
seluruh tubuh Rasulullah
bersimbah
peluh, urat-urat lehernya menegang.
"Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini."
Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah
terpejam, Ali yang
disampingnya menunduk semakin dalam dan
Jibril memalingkan
muka."Jijikkah
kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu
Jibril?" Tanya Rasulullah
pada
Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang
sanggup, melihat kekasih
Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar
kemudian terdengar
Rasulullah
mengaduh, karena sakit yang tidak
tertahankan lagi.
"Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja
semua siksa maut ini
kepadaku, jangan pada umatku."
Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan
dadanya sudah tidak bergerak
lagi.
Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan
sesuatu, Ali segera
mendekatkan telinganya.
"Uushiikum bis shalati, wa maa malakat
aimanuku"
"peliharalah shalat dan peliharalah orang-
orang lemah di antaramu."
Diluar pintu tangis mulai terdengar
bersahutan, sahabat saling
berpelukan.Fatimah menutupkan tangan di
wajahnya, dan Ali kembali
mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah
yang mulai kebiruan.
"Ummatii,ummatii, ummatiii? " - "Umatku,
umatku, umatku"
Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang
memberi sinaran itu.
Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?
Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa
salim 'alaihi Betapa
cintanya
Rasulullah kepada kita.
NB: Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim
lainnya agar timbul
kesadaran
untuk mengingat maut dan mencintai Allah dan
RasulNya, seperti Allah
dan
Rasulnya mencintai kita.
| 0 comments |
suami, isteri dan cermin...heee
Suami, Isteri dan Cermin
Ini kisah tahun 60 an dulu pasal sepasang suami dan isteri orang asli yang tinggal di dalam hutan.. Rumah dorang ni dibina di atas pokok... 2 tingkat lagi tu. Si suami kerja nya mencari makanan di hutan, sama ada dengan pergi berburu ataupun memetik buah-buah hutan. Si isteri pula tinggal mengemas dirumah.
Suatu hari, Si suami pergi mencari makanan dihutan.. Sedang mencari-cari. . tiba-tiba dia terjumpa cermin. Dia pon bawak balik cermin tu dan disimpankan cermin tersebut di tingkat atas rumahnya tanpa pengetahun isterinya.
Setiap hari sebelum pergi keluar mencari makanan, dia akan masuk ke bilik dan melihat cerminnya. Sehinggalah satu hari, si isteri naik pelik melihat telatah suaminya tu..
Maka disiasatlah bilik yang selalu dimasuki oleh suaminya.. bimbang-bimbang kalau suaminya menyimpan perempuan lain di bilik tersebut tanpa pengetahuannya. .
Dan punyalah terkejut beruk.. dia masuk je bilik tu.. di ternampak cermin suaminya. Oleh kerana si isteri ni taktau cermin tu apa.. so, dia ingat orang dalam cermin tu memang perempuan simpanan suaminya.
Apa lagi.. habis berlari dan meraung menangisla dia cari mak nya..
Lepas berjumpa dengan maknya.. mak dia cakap nak lihat sendiri perempuan yang kononnya disembunyikan oleh suaminya tu..
Lalu maknya pon masuk ke bilik tersebut.
Kemudian keluar dari bilik tersebut sambil ketawa terbahak-bahak.
Isteri: Apsal mak ketawa?.. Mak: Apa teruk benor selere suami ko tu.. kalau ye pon nak kawin lain.. carik la perempuan yang elok sikit.. Ini tak.. aku tengok perempuan kat bilik tu.. dah la tua.. hodoh pulak tu..
| 0 comments |
SENTIASALAH BERDOA...
DOA ADALAH SUATU AMALAN YANG BAIK...JADI, BERDOALAH KITA WAHAI UMMAT MANUSIA YANG MENAGKU HAMBA KEPADA YANG MAHA MENSIPTAKAN...
| 0 comments |
PUISI MINGGU INI...
kematian.
Kematian,
Suatu kemestian dalam kehidupan,
Setiap yang hidup pasti merasainya,
Tidak ada yang terlepas darinya,
Tidak kenal usia ataupun masa.
Kematian,
Amatlah ditakuti setiap umat manusia,
Apatah lagi yang tak beriman pada-Nya,
Kecuali yang sedia menantinya,
Dengan iman penuh didada.
Kematian,
Sentiasa menyelubungi,
Hanya masa, tempat, dan caranya,
Takkan dapat jangkaannya,
Hanyalah ALLAH yang mengetahuinya.
Kematian,
Pabila jasad terkujur kaku dipembaringan,
Tiada apa yang dapat lakukan,
Tiada harta yang bawakan,
Hanyalah sehelai kain kafan.
Kematian,
Pabila jasad dikuburkan,
Ditimbus tanah ditinggalkan,
Dibaca talqin ilmu akhiran,
Hanya amalan menjadi teman.
Nukilan;FUAD(abu), kamar KTP,UPM.
16.02.08 / 09 Safar 1429H.
| 0 comments |
CERPEN MINGGU INI...
Taubat Menegurku… Mohd Fuad Hilmi Zakaria
Kenangan itu masih mengimbau kotak mindanya. Masih menjadi teman setia kepada mimpinya yang enggan pergi pada dinihari yang kedinginan itu.
‘Adakah engkau melihat orang yang mengambil nafsunya menjadi Tuhannya dan Allah menyesatkannya kerana mengetahui (Kejahatan hatinya) selepas didatangi ilmu kepadanya” ( Jatsiyah:23),. Dan tiadalah di dunia ini, selain dari permainan belaka. Dan sungguh perkampungan akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Maka tidakkah kamu mahu memahaminya? (Al-An’aam:32).
Mengapa dia masih berperasaan sedemikian sedangkan telah diusir perasaan itu dari dalam dirinya sejak lama dahulu. Hidupnya kini telah dibebaskan dari perasaan yang membelenggu jiwanya itu. Perasaan serba salah dan dosa yang amat. Kenapa kenangan itu harus kembali semula?
Dan dia cuba untuk memadam memori silam namun kisah itu bagaikan berterbangan di kotak matanya yang hampir berair.
5 tahun yang lepas…
“Awak, awak sanggup tak buat apa sahaja untuk saya?” Harman dengan lembut bertanya, sambil membelai rambutnya yang bertebangan dek angin yang melambai.
“Hurrm…. Apa dia? Banyak dah saya buat untuk awak ni,” dengan senyuman manja dia membalas.
Ya, apa lagi yang dia tak buat untuk Harman. Segala-galanya akan diserahkan buat pujaan hatinya itu. Harman Haji Khalid. Pemuda idaman yang menjadi siulan rakan-rakan di kampusnya. Pemuda tinggi lampai berbidang sasa. Lesung pipinya menjadi pelengkap kepada wajahnya yang sudah setia tampan. Dengan sedikit kumis di dagunya, Harman mempu menggetarkan sekilas pantulan mata wanita. Dan Harman adalah miliknya! Siapa yang tidak berasa bertuah mendapat jejaka itu. Apa sahaja untukmu Harman akan kutunaikan!
“Saya tahu. Saya tahu awak sanggup buat apa sahaja untuk saya. Tapi itulah, permintaan ini agak berat sikit. Tak taulah awak sanggup tak nak buat,”
Adlina mula berkira-kira sendiri akan permintaan Harman. Kadang-kadang dia sendiri keliru dengan dirinya sendiri. Dia tahu apa yang dilakukannya adalah salah. Duduk berdua-duaan di tempat sunyi sambil bersentuh-sentuhan.Tapi dia tak mengerti kenapa dia sangat suka buat perkara itu. Dia merasakan kebahagian tak terhingga bersama Harman. Hidupnya terasa berbunga-bunga penuh makna. Hari-hari dia bernyanyi riang sepulangnya dia pulang keluar bersama Harman sehinggakan adik beradiknya lali dengan suara sumbangnya menyanyi-nyanyi di dalam bilik air.
Kadang-kadang bisikan hatinya menghembus udara suci, minta dirinya untuk berhenti sejenak dan berfikir. Kadang-kadang dia membuka mahkota agungnya di hadapan Harman.Harman teringin melihat kecantikannya. Kecantikan yang sepatutnya dinikmati oleh mereka yang berhak. Namun Harman berjanji padanya jika ada rezeki mereka akan berkahwin. Dia tahu Harman takkan menipu. Harman terlalu baik untuk menipu.
Allah akan ampunkan dosaku, bisiknya. Dia bukan tak nak kahwin. Cuma masanya belum lagi. Dan dia pasti, pintu taubat itu sentiasa terbuka. Allah akan ampunkan dosa-dosanya. Lagipun dia masih solat dan bertudung di hadapan orang lain.
“Cakaplah sayang, apa dia?”
Perlahan-lahan Harman meramas tangannya dan memegang kejap kedua belah tangannya. Jantungnya berhenti berdegup. Kadang-kadang Harman gemar membuat aksi-aksi romantis, dan dia sangat rasa dihargai apabila Harman melayannya sebegitu.
“Adlina permata hatiku, sudikah Adlina menjadi pemaisuri rumah tangga saya? Yang akan mewarnakan hari-hari saya dan menjadi ibu kepada anak-anak saya?”
Dia gamam. Terkesima. Antara gembira dan teruja. Dia tak mampu berkata apa-apa. Ada manik-manik yang hampir jatuh di pipinya. Perasaannya terlalu gembira tetapi tiada kalimah yang dapat mengucapkannya.
“Tapi Adlinaku sayang, boleh tak saya nak minta sesuatu dari awak?”
Dan dia membiarkan Harman berbisik halus di celah rongga telinganya. Matanya bulat tatkala Harman habis berbicara. Diketap kedua bibirnya. Keliru dirasakan dirinya ketika itu. Dia masih belum boleh berkata-kata sambil merenung bebola mata Harman yang berharap.
Lama ditenung mata hazel jejakan yang menjadi pujaan ramai itu. Mata itu mampu mencairkan hati perempuan-perempuan yang lemah.
Dan akhirnya dia mengangguk setuju...
‘ Tolong aku Azia! Tolong aku! Dia nak orang lebih 21 tahun untuk kasi kebenaran aku buat operation tu!”
“Yang kau buat kerja tu sape suruh. Kau tak ingat Tuhan ke? Tak ingat dosa pahala? Kau tak ingat kat mak ayah ke? Pastu kau nak heret aku untuk tolong kau?”
Jangan macam tu Azia, aku perlukan sangat pertolongan kau sekarang ni. Kau jangan tambahkan lagi masalah aku!”
Adlina menangis teresak-esak di peha kakaknya. Dia rasakan empangan air matanya telah pecah. Dia sangat bingung ketika dan tiada siapa lagi yang boleh diminta pertolongan melainkan kakak kandungnya sendiri.
“ Aku tahu kau sayangkan Harman tu. Tapi dia yang harus bertanggungjawab ke atas kau. Aku bukan tak nak tolong kau tapi aku nak dia bertanggungjawab!”
“ Azia! Dia tak ngaku tu anak dia. Dia dah tinggalkan aku dah! Dia tu memang tak guna! Jantan miang! Pergi jahanam dengan dia!” Adlina terus menerus menangis sambil menjerit-jerit kepada kakaknya. Mujurlah dia berada di flat kakaknya yang tidak berpenghuni. Dihentak-hentak bantal yang berada di sofa ruang tamu.
Dia berasa dunia dia gelap. Dia harus gugurkan kandunganya itu! Dia mesti! Tapi dia masih di bawah umur. Cuma kakaknya sahaja harapannya untuk dia mendapat tanda tangan keizinan untuk melakukan pengguguran itu. Tanpa tanda tangan itu, tiada klinik yang akan menerimanya untuk dibedah.
“Ok. Begini. Aku sanggup tolong kau. Tapi dengan satu syarat.”Kakaknya menarik nafas berat. Seolah-olah mahu memberi amanah besar di pundaknya.
Kakaknya menyambung, “Aku nak kau tinggalkan universiti itu dan apply untuk study di overseas. Aku nak kau tinggalkan Harman itu. Aku tak mampu nak tanggung kau ke sana. Mak abah tak boleh tahu pasal benda ini. Aku tak nak kau menyebabkan mereka tak mengaku kau sebagai anak mereka. Kau ada otak pandai, aku rasa kau akan dapat tempat tu. Bila kau tinggalkan universiti itu, kau jangan beritahu sesiapa pun kau akan ke mana. Aku tak nak kawan-kawan kau cari kau. Aku nak Harman betul-betul lenyap dalam hidup kau!‘
Dia masih ingat pada malam hujan renyai di mana kakaknya Azia memberi ceramah yang panjang lebar dalam mencorakkan masa depannya. Dirasakan hidupnya ketika itu kelam dan gelap, segelap batu di hitam di malam hari. Tetapi kakaknya memberikan sinar harapan baginya.
Dia berjaya mengugurkan kandunganya yang baru berusia 5 minggu itu. Itulah dosa besar paling dahsyat pernah dilakukannya setelah dosa yang dilakukan saat dia menunaikan permintaan Harman untuk menjamah tubuh yang tidak halal baginya. Mengapa dia begitu bodoh melakukan pekerjaan terkutuk itu?
Allah sayangkan dia! Itu dia sangat pasti kerana Allah masih menyelamatkan dia! Setelah apa yang telah dia lakukan Allah masih sayangkan dia!
Dan kini dia melalui kehidupan yang bersih, sebersih bayi yang bahu lahir. Dia bertaubat dengan taubat yang sesungguhnya.
“Orang yang bertaubat dari dosanya adalah seperti orang yang tidak berdosa lagi” ( Hadis)
“Adlina, akak nak tanya ni....,’
Kak Rahmah yang menjadi penjaganya di bumi kangaroo itu menyapanya mesra setelah melihatnya begitu lama mengelamun. Dia berada di rumah Kak Rahmah ketika itu kerana ada kuliah ilmu di situ.
“Adlina sudah bersedia untuk berumah tangga?”
Terkejut dan terperanjat, dia tunduk menyepi. Dia merasakan air matanya mahu gugur dan hatinya dirasakan mahu pecah. Namun digagahkan juga hatinya. Bagaimana mampu dia menjawap persoalan itu sedangkan dirinya itu kotor dan jijik? Lebih dahsyat dari bangkai anjing yang dicampakkan ke dalam lombong najis? Manakan boleh aku hidup bersama dengan manusia yang tidak pernah ada noda dalam dirinya?
“ Sesungguhnya taubat yang dapat diterima oleh Allah untuk orang-orang yang mengerjakan kejahatan kerana kejahilan, kemudian mereka bertaubat dalam masa yang dekat” (An- Nisa:17)
Lama dia menunduk. Tiba-tiba dia merasakan ada sentuhan lembut di bahunya.
‘Lina, akak minta maaf jika pertanyaan akak mengguris hati Lina. Akak tidak tahu yang Lina belum bersedia. Walaupun Lina masih belum menceritakan pada akak tentang perkara yang sentiasa menghantui diri Lina, tapi akak sangat harap Lina akan dapat melupakan kisah itu. Allah itu maha menerima taubat. Dia mendengar doa hamba-hambaNya. Akak yakin, sebesar manapun dosa Lina pada Dia, Dia akan ampunkan Lina.’
Dia mengangguk lemah. Dalam hatinya tidak putus –putus beristighfar agar dikuatkan hatinya.
‘Akak dan suami akak cuma risaukan Lina sahaja. Hidup di negara bukan Islam ini banyak dugaannya. Cabaran datang dari pihak bukan Islam mahupun bukan.’
Lina mendengar kata-kata Kak Rahmah dengan penuh cermat. Walaupun persoalan perkahwinan adalah persoalan yang tidak mampu difikirkannya sekarang. Namun dia tahu, semenjak mengenali Kak Rahmah, Kak Rahmah hanya berbicara jika perkara itu penting dan masanya sesuai sahaja.
Adlina sedar, dia telah banyak berubah semenjak datang ke situ. Tudungnya mula bertutup kemas. Pergaulannya sangat terjaga. Banyak ilmu-ilmu Islam yang dipelajarinya di situ. Malah dia benar-benar merasakan nikmatnya Islam itu apabila di datang ke bumi orang putih ini.
Dia sedar dia perlukan teman hidup yang kuat untuk menyokongnya untuk kekal berterusan di atas jalan ini. Yang mampu membimbingnya tanpa kebosanan mengenal penciptaNya dan beramal dengan sunnah NabiNya.
‘Akak harap Lina sudi memikirkan perkara ini. Terpulang pada Lina untuk membuat pilihan. Pemuda itu sendiri tidaklah sempurna juga. Dia turut mengalami pengalaman yang serupa dengan Lina. Tapi. dia sudah pun bertaubat dari dosa-dosa silamnya. ’
Lina mengangkat muka dan merenung Kak Rahmah penuh kaget. Mana akak tahu?bisik hatinya.
‘Usah risau Lina, tiada siapa yang memberitahu kami. Cuma kami rasakan sahaja. Sudah ada seorang yang seperti Lina juga tapi alhamdulillah, di sini dia menemui cahayaNya.’
Adlina berfikir lama sambil menatap kosong ke sisi ruang tamu rumah Kak Rahmah. Teman-temannya sudah lama pulang. Sengaja Kak Rahmah minta dia pulang lewat hari itu.
‘ Jika Lina dah buat keputusan, nanti datanglah rumah akak minggu hadapan. Insyaallah dia akan datang juga untuk hadiri pengajian dengan suami akak. Dia pemuda yang paling baik akhlaknya pernah akak lihat. Tak pernah tinggal kuliah ilmu dan tidak pernah tinggal solat jemaah subuh di masjid.’
Adlina tersentak sejenak. Layakkah aku untuk pemuda itu? Manakan sama aku dengan dia! Adakah mampu aku memelihara cintaMu Ya rabb di saat aku memiliki seorang lelaki dalam hidupku? Adakah aku tidak akan melupakanMu dan meninggalkan jalanMu di saat aku sudah berteman nanti?
“Katakanlah: Jika bapa-bapamu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, isteri-isterimu, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, ataupun perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya dan tempat tinggal yang kamu sukai, lebih kamu cintai dari Allah dan
rasulNya dan berjihad di dalanNya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusanNya’ (Al- Anfal: 24)
Dia sudah serik dikecewakan manusia dan dia pernah membenci lelaki dengan kebenciannya yang kesumat. Namun dia sedar dia tak boleh menyimpan perasaan itu. Allah menciptakan manusia itu berpasang-pasangan. Tidak boleh kerana seorang pemuda dia membenci keseluruhan lelaki di atas dunia!
Tapi dia tidak mahu lagi terlalu menyintai manusia! Mereka membuatkannya kecewa!
‘Perkahwinan itu seharusnya memberi kekuatan dan sinergi kepada individu dalam rumah tangga itu, bukan melemahkan. Jika isteri leka suami mengingatkan, jika suami lalai isteri menyedarkan. ’ begitulah kata-kata Kak Rahmah di saat kami berbicara tentang perkahwinan dengannya.
Di saat itu, hawa dingin semula jadi menerobos ke dalam bilik sepinya, menggigilkan tubuh badannya. Di saat hening itu dia merasakan Allah sangat dekat dengan dirinya, lantas dia menadahkan tangannya ke langit sambil memohon:
“ Ya Allah, jika benar dia pilihan terbaik untukku, maka tunjukkanlah aku jalanMu dan janganlah Kau palingkan cintaku dariMu. Ya Allah, kiranya tiada cinta insani untukku…cukupla cintaMu penyuluh hidupku…moga kelak ada CINTA untukku daripada insan yang mencintaiMu sepertimana cintaku terhadapMu…Amin…
Dia mendengar suara kekecohan berada di rumah Kak Rahmah. Bagaikan ada kenduri yang kecil. Kak Rahmah kata ada majlis ilmu, bukannya majlis makan-makan. Mungkin ramai orang barangkali, fikirnya.
Di saat dia masuk, ramai orang lelaki sudah mula beredar dari ruang tamu rumah Kak Rahmah itu. Tersipu-sipu dia bergegas ke ruang dapur untuk menemui Kak Rahmah. Segan dia kepada lelaki bukan ajnabi.
Kak Rahmah memeluknya dengan penuh kehangatan, menghilangkan hawa sejuk yang dialaminya di saat kedatangannya ke rumah itu.
‘Ibu, mari sini ibu. Bawa Lina sekali,’ Kedengaran suara Abang Hakim memanggil isterinya dari luar.
Kak Rahmah menarik tangan Lina dan di bawanya ke ruang tamu. Lina terlihat susuk tubuh yang agak dikenalinya duduk bersimpuh sopan di sisi Abang Hakim. Pernah aku lihat pemuda ini, dia berkira-kira. tapi di mana ya? Fikirannya pantas memikirkan. Dia cuba untuk
mencuri-curi pandang ke arah lelaki itu namun lelaki itu juga tunduk statik menghadap lantai rumah.
Lina dengan mata tertunduk duduk di balik Kak Rahmah. Dia memang agak kekok berada dalam suasana begini. Apatah lagi dalam majlis yang sebegitu.
‘Adlina Malik. Kenalkan, ini calon suamimu, Harman Haji Khalid.’
Di saat itu, dua insan di bilik itu mengangkat wajah masing-masing sambil merenung tajam antara satu sama lain. Ada makna di sebalik pandangan itu. Ada jawapan yang mahu diselidiki tapi suara mereka seolah-olah tenggelam di balik bunyian heater yang memanaskan ruangan di bilik tamu itu.
Kak Rahmah dan Abang Hakim mungkin menjadi insan paling hairan melihat mereka di tika itu. Adlina memberitahu segala-galanya kepada Kak Ramlah dan Abang Hakim, mereka memahaminya. Adlina bersyukur kepada Allah, kerana Harman masih mencintainya dan bertanggunggjawab atas dosa yang mereka lakukan. Pintu taubat masih terbuka dan masih belum terlambat buat insan yang bergelar hamba yang hina…
| 0 comments |
BERDOALAH...
DOA UTK SUAMI DR ISTERI SOLEHAH
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada
terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan
Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus
bersamanya
Sekir¬anya suami ku ini adalah suami yang akan
membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanl¬ah aku sifat kasih dan redha atas segala
perbuatannya
Se¬kiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di
Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan
segala perintahnya
Sekiranya¬ suami ku ini adalah yang terbaik untukku di
DuniaMu
Peliharalah¬ tingkah laku serta kata-kataku dari
menyakiti perasaannya
Sekiranya¬...
suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah
dan ragamnya
Tetapi Ya Allah...
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku
seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku
harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya. .
Sekir¬anya suami ku tunduk terhadap nafsu yang
melalaikan..
Kurn¬iakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan
keadaa¬nya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya
keluar dari terus terlena
Ya Allah...
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan
ketelanjuranku
Sek¬iranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbingla¬h aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai
isteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku
petunjuk kearah rahmat Mu
Ya Allah sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu. .
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..
Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu
Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati
Amin, amin Ya Rabbal Allamin..
| 0 comments |
ARAK HALAL???
Arak Halal?... Bangga Ke??
Syarikat Iran mahu buka kilang bir tanpa alkohol
Nabi SAW dengan tegas telah melarang kita daripada meniru budaya Yahudi dan Nasrani dalam hadis yang bermaksud,
“Nescaya kamu akan turut jejak langkah mereka (Yahudi dan Nasrani ) sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga kamu akan turuti mereka walaupun mereka masuk ke dalam lubang biawak. Lantaran sahabat bertanya: Adakah mereka itu Yahudi dan Nasrani? Baginda menjawab: Siapa lagi kalau bukan mereka”
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
1. sanggupkah anda makan daging ayam disembelih tapi dibentuk menyerupai babi?
2. bolehkah anda sambut aidilfitri tapi memakai baju santa claus?
3. mengapa dibotol arak halal menyerupai arak haram? tak terkeliru ke dgn arak haram?
4. forum halal ni tidak dipantau majlis agama ke?
5. esok2 bebudak sekolah minum arak haram pun orang boleh kata tu arak halal..nak buat macam mana dah rupa lebih kurang..
6. apa komen Majlis fatwa?...
Rasulullah SAW pernah memberi amaran keras kepada umatnya berkenaan gejala mengikut, meniru atau melakukan budaya asing melalui sabda Baginda bermaksud:
"Sesiapa yang melakukan perbuatan yang menyerupai sesuatu kaum itu, maka dia turut termasuk bersama golongan itu." (Hadis riwayat Abu Daud dan Ahmad)
Oleh WAN NAJIB WAN DAUD
najib.daud@utusan. com.my
KUALA LUMPUR 7 Mei - Malaysian Iranian Corporation Sdn. Bhd. (MICSB), pemegang hak eksklusif bagi pengedaran minuman bir tanpa alkohol jenama 'Istak' dari Iran, bakal membuka sebuah kilang di negara ini dengan pelaburan hampir RM50 juta. Pengarah Urusan MICSB, Mahdi Bagherian berkata, pelaburan itu merupakan langkah pertama untuk produknya meneroka pasaran Malaysia dan Asia Tenggara.
Tiga lokasi yang dicadangkan bagi pembinaan kilang itu ialah di Pelabuhan Klang, Melaka, dan Johor Bahru, katanya. "Minuman tanpa alkohol atau halal ini merupakan produk terbaru yang dipasarkan ke negara ini malah permintaan terhadapnya amat menggalakkan terutamanya bagi pelanggan bukan Islam dan penggemar minuman alkohol yang mahu mencari alternatif lain," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.
Istak dihasilkan melalui pemilihan malt (bijirin biasanya barli yang
diperam) paling berkualiti dan dikeluarkan menerusi syarikat yang berpengkalan di Iran, Arpanoosh Industrial Co. yang berpangkalan di Iran .
Syarikat dengan keupayaan pengeluaran 35,000 botol sejam itu memiliki barisan pengeluaran terbesar di samping keupayaan teknologi mesin paling terkini dari Jerman. Menurut Bagherian, produk tersebut masih baru di pasaran tempatan namun produk tersebut akan dijual di pasar raya besar, pasar raya dan hotel-hotel di seluruh negara.
Katanya, ketika ini syarikat yang beroperasi di Putrajaya itu mengimport kira-kira 20 buah kontena yang mengandungi 1.2 juta botol minuman Istak untuk dipasarkan ke Malaysia.
Melalui pembinaan kilang yang bakal dibina itu, beliau memberitahu, keupayaan untuk mengeluarkan minuman itu boleh mencapai dua kali ganda jika penggunaan teknologi sama seperti di Iran diguna di negara ini.
"Jenama Istak ini bukan jenama asing di luar negara kerana Arpanoosh telah mengeksport minuman itu ke Jerman, Afghanistan, Palestin, Lubnan, Azerbaijan dan Australia" katanya.
Jika perancangan untuk membuka kilang baru di negara ini menjadi kenyataan, Istak akan dieksport ke Indonesia, Thailand dan Singapura manakala di Vietnam jenama minuman tersebut telah pun dijual baru-baru ini.
Bagi mengukuhkan jenama itu di rantau ini, MICSB telah menaja sebuah pasukan rali-SR Motorsports bagi meningkatkan kesedaran jenama itu di kalangan pengguna, selain meningkatkan kesedaran di kalangan pengguna remaja tentang kebaikan minuman tanpa alkohol di dalam sukan. Selain itu, minuman itu didakwa baik untuk kesihatan termasuk mampu mengelakkan sakit buah pinggang, mengurangkan tekanan, membina tenaga dan mampu mengurangkan kolesterol.
| 0 comments |
inilah hebatnya jalan da'wah wa jihad...namun,xsehebat cabaran yang dilalui RASULULLAH S.A.W...
| 0 comments |
kuala mu...rinduku...
Kuala Mu.
Kusambut tanganmu Kuala Mu,
Kutatap matamu serta wajahmu,
Dengan penuh harapan dan,
Kegembiraan menyambutku,
Tanpa rasa ragu-ragu.
Kuala Mu, tanganmu kusambut,
Matamu kupaut,
Harpanmu kugengam,
Dengan segala kekuatanku,
Untuk membawamu ke puncak kegemilangan.
Kuala Mu, kau sambut tanganku,
Dengan keindahan panorama alam,
Burung-burung berkicauan,
Angin petang yang menghembus,
Amat nyaman kurasakan.
Kuala Mu, suasana malammu yang nyaman,
Jauh dari kesibukan kota yang mencengkam,
Jiwaku kosong bagai malam itu,
Sungguh indah dan permai,
Bagai dibuai alam mimpi.
Kuala Mu, tidakkan kulupakan,
Saat indah bersamamu,
Akan kudatang melengkapkan rinduku,
Nanti pulang sentiasa di benak fikiranku,
Sampai malam bermain dalam mimpiku.
Nukilan;FUAD(abu), 19Muharam1429H, 28-01-08.
Kamar KTP,UPM.
| 0 comments |
Destinasi impianku...in sya ALLAH Ameen...
Rasa nak menangis bila membaca. Rindu rasanya nak pergi lagi ke Tanah Suci. Semoga Allah murahkan rezeki dan semoga dapat tawaf Kaabah lagi.
Tuan Guru Haji Mohd Baqi Osman, tok guru dah mula kuliah. Beliau menceritakan tentang peristiwa yang bakal berlaku di akhirat kelak. Tentang syurga, tentang neraka. Para jemaah masing-masing diam, tunduk dan insaf.
Salah satu cerita menarik yang disampaikan oleh tok guru iaitu berkaitan dengan titian As Sirat. Jambatan yang merentangi neraka menuju ke syurga itu bersifat fleksibel. Ia boleh membesar, mengecil, memendek dan memanjang mengikut kumpulan yang akan melintasinya.
Jika orang beriman, pastilah ia akan melebar dan memendek. Manakala bagi orang kafir, ia akan mengecil dan memanjang. Antara yang akan turut berarak menuju ke syurga ialah kaabah. Malaikat datang membawa perintah Allah kepada kaabah yang dihias indah pada hari itu supaya bergerak menuju ke syurga..
Yang menghairankan, biarpun kaabah tahu itu perintah Allah, namun ia enggan bergerak. Lalu malaikat bertanya kenapa enggan bergerak ke syurga.. Kaabah menjawab bahawa ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan jika diiringi oleh semua manusia yang pernah tawaf di sekelilingnya.
Lalu malaikat mengumpulkan semua yang pernah tawaf untuk mengiringi kaabah ke syurga. Kaabah terus mendiamkan diri tak mahu bergerak. Malaikat bertanya lagi kenapa tak mahu bergerak.Kaabah menjawab, ada lagi beberapa orang yang tidak hadir..
Apabila diperiksa, rupa-rupanya orang-orang berkenaan telah dilempar ke dalam neraka kerana kesalahan yang pernah mereka lakukan di dunia.
Malaikat maklumkan bahawa orang berkenaan adalah orang-orang yang berdosa dan perlu disiksa di dalam neraka.
Kaabah berkata, ia tidak peduli orang itu berdosa atau tidak. Yang penting ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan diiringi oleh semua orang yang pernah tawaf di sekelilingnya.
Malaikat mengadu kepada Allah tentang hal yang berlaku.... Allah yang Maha Pengampun dan Maha Mengasihani terus mengisytiharkan bahawa orang-orang itu telah diampunkan dosa mereka. Mereka lantas di bawa keluar daripada neraka dan mengiringi kaabah menuju ke syurga....
Betapa nikmat dan beruntung nya.... bersyukur sekiranya dapat mengerjakan Haji dan Umrah....
Posted In Impianku.... | 0 comments |
My Dream Car... For Dakwah.... & JIhad...
Posted In Impianku.... | 0 comments |
Tokoh Ulama' Kelantan...
Posted In Islam Itu Indah... | 0 comments |
Man Ana???
SEORANG HAMBA ALLAH YANG HINA LAGI DINA DAN KERDIL DISISI-NYA.
BERASAL DARI NEGERI DI PANTAI TIMUR DAN DIBESARKAN DALAM KELUARGA YANG PENUH DENGAN NILAI2 KEISLAMAN DAN KETEGASAN DALAM APA JUA PERKARA YANG BERTENTANGAN DENGAN HUKUM (DLM QURAN) ALLAH.
MARILAH PARA SAHABAT SEKALIAN KITA BERKONGSI APA2 SAHAJA YANG BERKAITAN DENGAN ISLAM... MARILAH KITA MENCARI TITIK-TITIK PERSAMAAN SESAMA KITA ,BUKANNYA PERBEZAAN DAN KESALAHAN. BARULAH ISLAM ITU DIPANDANG HEBAT.
Posted In Diri Ana.. | 0 comments |
La Tahzan Palestina..!
BUMI AL-AQSA
Allahuakhbar…3x
Hidup Al-Aqsa,
Hidup Palestin.
Ketika 1400 tahun lalu. kau,
Dibebaskan dari cengkaman tentera salib romanise,
Oleh pahlawan unggul Khalid dan Umar Al-Farooq.
Ketika 800 tahun lalu pula. Kau,
Telah diselamatkan oleh pahlawan gagah Qutz,
Daripada dihancurkan oleh pelampau tatar al-barbarik.
Sejurus itu, kau telah disucikan lagi,
Daripada tangan-tangan najis para solibiyyin,
Oleh pahlawan Islam Sallahuddin Al-Ayyubi.
Namun, ketika rabi-rabi,pengganas dan pemalsu Taurat,
Meratah dan merobek kesucianmu,
Menajisi tanahmu seinci demi seinci.
Di mana pahlawan unggulmu,
Di mana Khalid?
Di mana Umar?
Di mana Qutz? Dan,
Di mana Sallahuddin?
Hanyalah darah merah si Khalid yang kerdil mengalir,
Membasahi dataran tanah suburmu,
Membajai benih-benih Syuhada,
Akan melahirkan ratusan Khalid, ribuan Umar, dan
Jutaan Sallahuddin menyahut seruan perjuangan intifadah.
Allahuakhbar…3x.
Nukilan;FUAD(abu),19Muharam1429H, 28-01-08
Kamar KTP, UPM.
Posted In Puisi | 0 comments |
Jihad Fisabilillah... Allahuakbar!!!
Kasih sayang ALLAH
Kita sering mahukan hari yang cerah,
Namun, ALLAH lebih mengetahui,
Hakikatnya hujan perlu diturunkan.
Kita sering inginkan keseronokan,
Jauh sekali kesusahan,
Namun, ALLAH lebih mengetahui,
Kesusahan itulah yang mengajar erti kehidupan.
Kita sering inginkan ketenangan,
Hakikatnya diri ini penuh dicemari,
Dosa dan kejahatan,
Namun,manusia tidak dapat lari daripada kesilapan.
Semua itu bukanlah suatu hukuman,
Namun, sebagai tanda kasih dan saynag-NYA,
Agar kita lebih beriman dan bertawakal kepada-NYA.
Nukilan; FUAD(abu), kamar KTP,UPM.
15.02.08
Posted In Puisi | 0 comments |
Maut...
Terbayang satu persatu segala perbuatan dan amalannya sepanjang 20 tahun kehidupannya. Sikit sekali kebaikkan yang telah dia lakukan. Dosa pula, tidak terkira banyaknya.. Terbayang pula api neraka yang menjulang-julang. Teringat pula azab-azab Allah yang selalu dia terbaca dan terdengar…
Isnin
4.00 petang
Assalamu’alaikum. ..!!! Assalamu’alaikum....!!! Assalamu’alaikum…!!!
Sayup-sayup terdengar laungan salam dari luar rumahnya."Ai. .sape pulak ni.Kacau betullah."Atin mengomel sendirian.Tangannya pula masih terus laju menekan papan keyboard laptop di depan katilnya.Kedengaran pula dentingan loceng pintu ditekan bertalu-talu. "eeeee!!! sabarla!!! kacau betullah!!!" Dengan malas, dia bangun juga . Hatinya menggumam geram.
"Wa’alaikumsalam, mak ayah saya tak de. Saya tak nak beli kain la." ucap Atin malas sambil membuka tombol pintu.
"Eh,korang. rupanya. Ingat benggali mana lah tadi"Terjengul wajah rakan-rakan serumahnya sebaik saja pintu rumah dibuka.
"Amboi cik Atin, sampai hati kata kami ni benggali jual kain .Cun-cun macam kami ni, takkanla Benggali je", jawab Lina sambil masuk ke rumah. Mukanya mencebik.
"Ala, takkanla merajuk kot cik Lina intan payung permata , berlian , gangsa, perak, apa lagi ya," Atin mengusik.
"Dah-dah, tak payah nak pujuk-pujuk, aku tau, aku punya kecantikan memang tahap berlian-berlian dan permata-permata tu,"Mereka tergelak kecil. Kelihatan berplastik-plastik barang dibawa ditangan masing-masing.
"Penatnya...dah la panas kat luar tu". Keluh Aini , kepenatan jelas tergambar di wajahnya.. Dia terus menuju ke dapur bersama-sama barang yang di belinya.
"Nasib baik balik dengan teksi", tambah Rita pula yang sedang menanggalkan kasutnya, terus di susun di rak kasut yang terletak berhampiran pintu.
"Banyaknya la barang yang korang beli.Stok rumah untuk sebulan ke setahun?",
"Uish Atin ni, barang rumah sikit je, yang selebih tu barang sendirian berhadla", jawab Lina yang juga terus menuju ke dapur bersama barang-barang yang dibeli tadi. Setelah pintu di tutup rapat, Atin segera kembali ke biliknya. Kelihatan Aini sudahpun terlena di atas katil. Kepenatan agaknya. Atin terus saja duduk didepan laptop miliknya, tangannya mula laju menaip.
5.00.Petang.
"Jenal onla. Yes, nak kacau la mamat ni, hehe…", die tersengih sendirian. Terus ditekan butang buzz. Tak menang tangan di buatnya. Masakan tidak, berchating 10 orang dalam satu masa. Tak terlayan. Kadangkala dia tersenyum, kadang kala tergelak dan kadang kala pula wajahnya berubah kelat. Berbagai riak muka yang terhasil tiap kali dia menghadap laptopnya itu. Menuntut ilmu di perantauan jauh daripada keluarga dan rakan-rakan menjadikan internet seperti suatu keperluan. Dengan internetlah dia berhubung dengan keluarga di Malaysia, dengan internetlah dia mengetahui perkembangan rakan-rakan lamanya, melalui internet juga dia mengetahui isu semasa di tanah air dan melalui internet jugalah dia menonton Tv, juga mendengar radio serta tidak kurang juga untuk berhubung insan tersayang yang juga berada di perantauan. Aktiviti dan mesyuarat persatuan juga menggunakan internet sebagai medan menyampaikan maklumat dan berita terkini. Internet lah segala-segalanya. Tidak hairanlah andainya hampir setiap mahasiswa-mahasiswi di situ mempunyai komputer mahupun laptop sendiri. Malangnya, akibat salah menggunakan kemudahan ini, membuatkan ramai yang terleka.. Atin sendiri, hampir 24 jam menghadap laptopnya itu. Aktiviti yang paling di gemarinya apabila duduk di depan laptopnya ialah berchating atau istilah pasarnya, YM.
6.00 Petang
Aini tersentak dari lena. Tawa Atin yang nyaring mengilai telah mengejutkannya.. Tiba-tiba dilihatnya wajah Atin berubah kelat. Tawanya tadi terhenti "Apa kenalah dengan budak ni. Tadi gelak macam orang gila, tiba-tiba masam mencuka pula .Uish, tak faham aku"…monolog Aini sendirian sambil menggaru-garu kepalanya. "Erm...Atin, dah pukul berapa sekarang?", tanya Aini sambil menggosok-gosok matanya
"erm…pukul. ..6," jawab Atin tanpa memandangnya.. Tangannya masih terus laju menaip. "Ha!!! Alamak, Aini tak solat asar lagi. Atin dah solat asar ke?," Tanpa menunggu jawapan Atin pantas dia melompat turun dari katilnya menuju ke bilik air. Atin masih lagi tekun dengan rakan-rakan chatingnya. " Ala, nanti nak dekat Maghrib aku solat la, nanti boleh terus solat Maghrib. Senang sikit.", Ngomel Atin sendirian.
6.30petang.
Seusai solat, Aini kembali ke biliknya semula. Masih tersisa lagi kepenatan membeli belah tengah hari tadi. "Atin, dah solat?," soalnya sebaik saja melihat Atin masih lagi tekun di depan laptopnya .."emh…belumlah. .". jawab Atin malas." Eh, Fatin Nadia, dah pukul 6.30 , dah lewat sangat ni, 6.45 kan dah Maghrib. Tinggalkan la sekejap "buah hati" Atin tu...," Nasihat Aini lembut.
"Ha!!6.30?!! ",t erus dia melompat bangun menghilang ke bilik air. Tidak lama kemudian dia kembali semula ke bilik dengan wajah basah dengan air wuduk dan singgah sebentar di laptopnya," Ya Allah Atin, dah lewat sangat ni…Janganlah singgah-singgah lagi. Tingalkan laptop tu," Aini mengeraskan sedikit suaranya.. Marah benar dia melihat Atin seperti mempermainkan- mainkan ibadah wajib itu, " Sabar la, nak bagi tau kat kawan-kawan ni suruh tunggu sekejap la., " Atin menjawab geram dan terus menghilang ke bilik solat. Aini hanya menggeleng melihat kerenah rakan sebiliknya itu. Kedudukan Atin sebagai anak tunggal menjadikannya seorang yang manja dan mudah merajuk. Pantang ditegur, pasti akan mencebik wajahnya.. Pening Aini nak memujuknya semula.
6.35 Petang.
“Eei, tak habis-habis membebel nenek sorang ni”. Ngomel Atin sendirian sambil melangkah ke bilik solat. Dia melangkah sambil sengaja menghentak-hentak kakinya. Tiba- tiba .."Aduh!!!", Atin jatuh terlentang. Kakinya tergelincir terpijak kain bajunya yang tidak berlipat bertaburan di bilik solat. Kepalanya terhentak ke lantai. Dunia gelap tiba-tiba.
Selasa
8.00 pagi
"Yassin…wal quranil hakim.."
Kedengaran bacaan yassin sayup-sayup ditelinganya.. Atin membuka matanya perlahan. Kepalanya terasa berpinar-pinar. Dia mendapati dirinya sedang terbaring di ruang tamu sambil dikelilingi orang ramai. Bacaan surah yassin semakin jelas kedengaran, bukan seorang tetapi hampir semua orang yang berada di situ membacanya.. Dia bingung.
"Boleh lah kita mandikan sekarang. Sebelum zohor juga kena dikebumikan. "Suara Aiman tu. Apa yang presiden ni buat kat rumah aku ni???, Atin semakin kebingungan. Diteliti satu persatu wajah insan di sekelilingnya. Tiba-tiba pandangannya terhenti.
Aini!!!
Aini duduk berhampiran kepalanya sambil tunduk memegang kitab yassin dan membacanya perlahan. Dilihatnya ada air mata mengalir di pipi sahabatnya itu. Ditoleh pula di sebelah kirinya, kelihatan kesemua teman serumahnya yang lain jaga sedang tunduk membaca Surah Yassin disisinya. Hampir semua teman seperantauannya ada di sini.
Tiba-tiba terasa dirinya diangkat perlahan .
"Angkat perlahan-lahan, bawa ke luar, kami dah sediakan semua bahan yang diperlukan di sana".
Sekali lagi terdengar suara Aiman memberi arahan. Aini, Lina dan teman-teman serumah dan beberapa akak senior mengangkatnya, perlahan dan berhati-hati sekali. Dia terasa tubuhnya di bawa perlahan menuju ke luar rumah. Kemudian terasa dirinya diletakkan semula di dalam suatu bekas seperti sebuah kotak panjang yang diperbuat daripada aluminum yang terletak di luar rumah. Sejuk!!!...Dingin terasa Tatkala saja tubuhnya menyentuh permukaan bekas itu. Dia menjadi semakin kebingungan.
"Eh, kenapa ni. Apa yang korang semua nak buat kat Atin ni???." tanyanya kebingungan. Dipandang satu persatu wajah di sekelilingnya. Menanti jawapan keluar dari bibir salah seorang daripada sahabat-sahabatnya itu. Namun ...semua diam membisu, tiada siapa yang menghiraukan pertanyaannya. Seakan-akan mereka tidak mendengar soalannya.
Geram terasa, malas menanti jawapan dari rakan-rakannya itu, lantas dia cuba untuk bangun, tetapi badannnya seakan-akan mengeras, tidak boleh digerakkan. Sekali lagi dia berusaha untuk bangun,cuba digerakkan kaki juga tangannya.
Keras!!!.
Walaupun hanya satu jari, tidak mampu untuk digerakkan. Atin menjadi semakin kalut, dia takut menanti apa yang bakal dilakukan oleh sahabat-sahabatnya itu yang kelihatan sibuk berbincang dan menyiapkan sesuatu. Sedang dia kalut berusaha untuk bangun, kelihatan tempat itu ditutupi dengan kain. Seperti tirai. Tempat itu menjadi seperti sebuah bilik kecil, seolah- olah wad di hospital.
Dia makin kebingungan.
"Aini!!! Kenapa ni!!!. Apa yang Aini nak buat kat Atin...???! ," Jeritnya pada Aini, tapi tiada respon.
"Baiklah, kita mulakan sekarang, Bismillah, ". Kedengaran suara Aini membaca sesuatu sambil mejirus perlahan air ke atas tubuhnya yang hanya ditutupi dengan sehelai kain batik.
"Aduh!!! Sejukkkkkkk!!!!!!!!! Sakitnya aaaaaaaaaaaaa!!! Ya Allah!!!" , Atin menjerit sekuat-kuat hatinya sebaik sahaja jirusan air menyentuh tubuhnya. Air dingin itu terasa seperti kejutan elektrik .
Badannya juga terasa sakit-sakit seperti disiat-siat. Sakitnya berbeza sekali.
"Korang nak bunuh Atin ke ha!!!" tengkingnya sambil mengerang kesakitan. Sedangkan selama ni, tubuhnya biasa saja apabila disentuh air. Tetapi kali ini, walau setitis air pun terkena tubuhnya, terasa keperitan yang amat sekali. Jirusan demi jirusan disiram perlahan atas tubuh kakunya itu.
"Berhentiiii!!!"
"Ya Allah!, sakitnya! !", Atin menjerit-jerit kesakitan bercampur kesejukkan yang amat. Tapi tidak seorang pun yang ada disitu menghiraukannya. Perlahan- lahan tubuhnya terus dibersihkan. Masing-masing senyap dan tekun melakukan tugas mereka.
"Kenapa korang mandikan Atin ni??? Tahula Atin mandi sendiri nanti!!! Ya Allah, sejuknya!!!"
Dia terus menjerit dan meronta-ronta. Sekali lagi dia cuba untuk bangun, tapi tidak temampu. Badannya seakan-akan lumpuh. Dia berusaha lagi, tapi tetap tidak berhasil, seluruh tubuhnya kaku, t idak mampu untuk digerakkan walau seinci.
Dia pasrah ..."mak..ayah.. tolong Atin.."Tangisnya hiba.
Proses memandikannya tetap terus di jalankan. Dia hanya mampu menangis dan memandang sayu satu-persatu wajah rakan-rakan yang sedang memandikannya. Tiada siapa pun yang mendengar tangisannya. Walaupun seorang.
9.oo pagi
Proses memandikannya sudahpun selesai. Tetapi tangisannya masih tidak berhenti. Badannnya di angkat semula dan ditutupi dengan sehelai kain kering. Tirai yang menutup tempat yang memandikannya di buka. Perlahan- lahan tubuhnya di bawa masuk ke
dalam rumah semula. Beberapa helai kain putih kelihatan sudahpun terbentang di tempat pembaringannya tadi. Macam pernah dilihatnya kain putih itu. “Itu....kain. ..
YA Allah!!! KAIN KAPAN!!!”Dia terpana seketika.
"Aku.....aku dah mati??? Aku DAH MATI ???!!! Tidaaaaaaaak! !!!!!!", Atin menjerit semahunya dan meronta-meronta. Tapi seperti tadi, dia tidak mmpu menggerakkan walau seinci pun tubuhnya.
"Kullu nafsin dzaaiqatul maut..." (Al Ankabut : 57, AliImran : 185)
Janji Allah kini terbukti dan pastinya benar…
Perlahan-lahan tubuhnya, sebetulnya , MAYATNYA di letakkan di atas pembaringan yang beralas lapisan-lapisan kain putih di ruang tamu.
"Tidak!!! Aku tak nak mati lagi!!," Atin menangis , meraung dan meronta semahunya.
Proses pengkapanan tetap diteruskan. Jeritan dan raungannya, tiada siapa yang dengar. Sehelai demi sehelai kain putih menutupi tubuhnya dan di ikat kemas di beberapa bahagian tubuhnya. Haruman air mawar dan kapur barus menusuk hidungnya. Bau yang dulu amat dibencinya, kini bau itulah yang menjadi pewangi tubuhnya. Proses pengkapannya selesai. Hanya wajahnya sahaja yang dibiar terbuka. Dia masih lagi menangis.
"Aini...tolonglah Atin, Atin minta maaf sangat-sangat sebab selalu tak dengar nasihat Aini. Aini..Atin tak nak mati lagi.., Aini. ..Tolonglah. ."..rayunya pilu pada Aini yang setia duduk disisinya. Aini hanya memandang sayu ke arahnya.. Matanya merah. Dia mengharap Aini mendengar suaranya.
Aini kemudian dia tunduk semula meneruskan pembacaan Surah Yassin . Langsung tidak mengendahkan rayuannya.
"Aini!!! Dengar tak!!!! Atin tak nak mati lagiiiiiiii!!!,"dia menjerit-jerit dalam raung tangis yang sungguh memilukan. Aini tetap tunduk membaca kitab yassin di tangannya.. Atin sekali lagi cuba meronta. Dia ingin bangun. Tapi, sia-sia…
11.00 pagi
"Kedua ibu bapanya akan tiba sebentar lagi. Sudah sampai di lapangan terbang. Kita nak bawa ke kubur dulu atau tungu saja di sini??,"
"Saya rasa , kita bawalah dulu ke tanah perkuburan, kita tunggu kedua ibu bapanya di sana. Hampir zohor ni. Hari pun nampak seperti nak hujan.,"
Kedengaran suara Aiman berbual dengan seorang lelaki di situ.
Mak??? Ayah???!!! Meraka akan datang sebentar lagi. Dia lega seketika.. Tidak lama, dia terkaku .
TANAH PERKUBURAN!!
"Aku....".
"aku, benar-benar sudah mati??
Terbayang satu persatu segala perbuatan dan amalannya sepanjang 20 tahun kehidupannya.
Sikit sekali kebaikkan yang telah dia lakukan. Dosa pula, tidak terkira banyaknya.
Terbayang pula api neraka yang menjulang-julang. Teringat pula azab-azab Allah yang selalu dia terbaca dan terdengar.
Dia meraung semahu-mahunya. Ketakutan menyelubungi dirinya. Ketakutan yang teramat sangat.
“Ya Allah!!!
Aku seringkali ingkar perintahMu , dosaku tidak terhitung banyaknya
Jangnlah kau cabut nyawaku sekarang, berilah aku kesempatan untuk menyucikan diri ini.
Aku tak nak mati lagi”.
Dia teresak-esak merayu dan berdoa.
“Ya Allah......Hidupkan lah aku walau seketika, walau sesaat pun”.
“Ya Allah!!!!!!! !, ampunkan dosaku!!!!!! !!!!!”
Dia menangis semahu-mahunya.. Penyesalannya kini tiada gunanya.
Disaat manusia terlena dengan mimpi-mimpinya yang indah khayalannya yang manis dan angan-angannya yang membuai, tiba-tiba sang maut datang, sang ajal tiba, sang pemutus kenikmatan hadir menghancurkan semua impiannya, mengubur semua angan-angannya, saat itulah ia sedar bahawa apa yang ia lakukan selama ini sia-sia dan ia berharap untuk kembali ke dunia mengulangi kembali perjalan kehidupannya dengan berbuat amal baik.
agar aku berbuat amal yang saleh terhadap yang telah aku tinggalkan. Sekali-kali tidak.
Sesungguhnya itu adalah perkataan yang diucapkan saja. Dan di hadapan mereka ada dinding sampai hari mereka dibangkitan. (QS.Al-Mu’minun 23:100)
Sedang dia terus meratap dan menangis, terasa dahinya dikucup lembut. Aini!! Merah matanya merenung wajahnya.. Terasa wajahnya diusap lembut. Dengan suara yang tersekat-sekat , penuh kesayuan, Aini berbisik…
"Wahai sahabatku sayang…sudahku maafkan segala kesalahan-kesalahan mu padaku. Ku doakan, semoga dirimu aman dan tenang bersemadi menghadap Sang Pencipta . Semoga dirimu ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Tidurlah dengan tenang dan aman..., Fatin Nadia..,sahabatku. .," satu lagi kucupan lembut hinggap di dahinya. Terus saja Aini bingkas bangun lari pergi darinya. Terdengar sayup esakkannya dari kejahuan. Atin menangis semahu-mahunya.
"Aini…Atin sayang Aini…terima kasih kerana sudi memaafkan segala kesalahan sahabatmu ini, maafkan Atin...."
Dia terus menangis dan meraung. Tetapi kini, sesalan sudah tiada gunanya lagi. Seorang demi seorang rakan-rakan perempuan yang lain mengucup lembut dahi dan merenung wajahnya buat kali terakhir . Dia hanya mampu menangis dan merenung wajah sahabat-sahabatnya, dengan pndangan sayu dalam esak tangis yang tiada henti-henti. Kehidupannya di dunia sudah pun berakhir, tugasnya juga sebagai kahlifah di muka bumi, sudahpun terhenti. Kini segala-galanya sudah berakhir.
12.00 tengah hari.
Redup dedaunan hijau pokok memenuhi tanah perkuburan. Guruh dilangit sayup kedengaran.
Suasana tanah perkuburan sepi dan tenang sekali. Penghuni- penghuni negara abadi ini senyap di pembaringan mereka.
Dari tanah kita diciptakan dan di dalamnya juga kita akan dikembalikan.
“Dan kini, aku kan di kembalikan dan dipulangkan kepada Sang Pencipta. Aku akan ditinggalkan sendirian. Dalam kubur. Dalam kegelapan. Keseorangan...”
Tangisan dan raungannya kini....Tiada siapa pun yang akan mendengarnya... Terasa hangat kepanasan api neraka menantinya.. ....
Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,
Perjalanan Rohku,
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda,
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh,
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan,
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,
Tanah Yang Basah Berwarna Merah,
Semerah Mawar Dan Juga Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Susai Talkin Penanda Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,
Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan x2
Tetapi Ia Sebenar Kejadian x2
Kembali Oh Kembali,
Kembalilah Kedalam Diri,
Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Didalam Keranda Kayu,
Ajal Yang Datang Dimuka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali Jasadku Untuk kuMengulangi,
Jantung Berdegup Kencang,
Menantikan Malaikat Datang,
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan x2
Kini Aku Merasakan x2
Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan x2
Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,
Menanti di Barzakh:Far East.
Karya: Mohd. Fuad Hilmi Bin Zakaria
Posted In Cerpen | 0 comments |