DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI
MASA ADALAH PEDANG
Hargailah masa yang ada utk dakkwah dan jihad fisabilillah...

InsyaAllah blog ini sebagai perkongsian ilmu bersama...
Selamatkan Palestin dengan tangan-tangan kita berjihad menentang Yahudi laknatullah.. Allahuakbar...!!!!

Sabda Rasulullah s.a.w.,

"Sungguh,jika ka'abah diruntuhkan batu demi batu, itu adalah masih ringan disisi ALLAH...berbanding ditumpahkan darah seorang ummat Islam".


Muslim...

Marilah kita sama2 doakan agar saudara seislam kita di filistin mendapat kemenangan,menegakkan agama Islam...jika berkesempatan..marilah sama2 berjuang...

dan tegakkan Khilafah...

sesungguhnya semua ummat Islam itu bersaudara...

DENGARKAN

sama-sama lah kita muhasabah diri...

Wednesday, October 28, 2009 at 1:55 AM




5 syarat nak buat maksiat

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"

Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu m asih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.

Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini akut bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak.

Ya ALLAH...hapuskanlah yahudi laknatullah...

at 1:41 AM





Penempatan haram Yahudi terima bekalan tanpa had

BAITULMAQDIS: Amnesty International semalam menuduh Israel menafikan hak rakyat Palestin mendapat air bersih mencukupi ketika membenarkan penduduk Yahudi yang tinggal di penempatan sepanjang Tebing Barat bekalan hampir tidak terhad.

Kumpulan hak asasi manusia itu berkata Israel, mengehadkan bekalan air di jajahan Palestin 'dengan mengekalkan kawalan penuh terhadap sumber yang dikongsi dan terus menggunakan dasar diskriminasi.'

"Israel hanya membenarkan rakyat Palestin sebahagian kemudahan sumber air yang dikongsi yang kebanyakannya terletak di jajahan Tebing Barat sementara penduduk penempatan haram Israel di sana pada hakikatnya menerima bekalan tanpa had," kata penyelidik Amnesty Donatella Rovera dalam satu laporan.

Israel menggunakan empat kali ganda air melebihi rakyat Palestin yang menggunakan purata 70 liter (16 gelen) sehari setiap orang, menurut laporan bertajuk Troubled Waters � Palestinians denied fair access to water.



Amnesty berkata 'ketidaksamarataan' itu lebih teruk lagi di sesetengah kawasan di Tebing Barat di mana penduduk penempatan Yahudi menggunakan sehingga 20 kali lebih air per kapita berbanding masyarakat berjiran Palestin yang hanya menggunakan 20 liter air per kapita sehari.

"Kolam renang, laman yang disirami air dan ladang pengairan besar di kawasan penempatan Israel di OPT (jajahan Palestin diduduki) bukti betapa kontranya dengan keadaan di perkampungan Palestin bersebelahan yang mana penduduknya bertungkus lumus memenuhi keperluan air domestik mereka."

Kementerian luar Israel memberi maklum balas dengan berkata Tel Aviv berkongsi sumber air dengan Palestin secara adil.

Kementerian berkata rakyat Palestin mempunyai capaian dua kali ganda air sama seperti 23.6 juta meter padu air yang diperuntukkan secara tahunan mengikut satu perjanjian dengan Israel.

Laporan Amnesty menunjukkan bahawa rakyat Palestin tidak dibenarkan menggali telaga baru atau memulihkan perigi lama tanpa permit daripada pihak berkuasa Israel yang selalunya sukar. � AFP

salam perjuangan sahabat sekalian...ana perlukan bantuan pencarian 4WD utk dakwah org asli.

Tuesday, October 27, 2009 at 9:27 AM




sahabat2 sekalian, jika sesiapa tahu macam mana untuk dapat tender dengan angkatan tentera malaysia (atm) atau bapa dia org besar dalam atm...bolehla membantu ana untuk kita dapatkan trak ini bagi tujuan jalan dakwah ke perkampungan orang asli. kerana ianya cukup power...ana dah naik...buatan Austria...namanya (Steyr Daimler Puch)@ yang lain pun xpe, harga boleh runding... contact ana..
0129520396.
"bekerja kerana ALLAH".

salam perjuangan...marilah membantu dalam jalan dakwah fisabilillah...

at 9:05 AM
(kesihatan)



Projek membaiki dua buah 4x4 (yala)




Pembaiki : Encik Azmarul Azman bin Aziz

Alamat : No 1, Lorong Harmoni 3, Taman Harmoni, Kangar, Perlis

No Tel : 0194415485



(i) Landrover dari Yala ( jenis landrover 109 )



Barang yang perlu diganti


Harga Anggaran (RM)

Body / Cabin


3500.00

Enjin Toyota 2L


3500.00

Wyring


2000.00

Sistem Break


500.00



Upah = RM 3000.00








(ii) Landrover Kementerian Kesihatan ( jenis landrover 110 )



Barang yang perlu diganti


Harga Anggaran (RM)

Tayar x 4


1200.00

Wyring


2000.00

Break


1000.00

Enjin TD 200


8500.00



Upah = RM 3000.00





.



* Moga Allah swt terima amalan kita ini. ALLAHU AKBAR !!!

CENDIKIAWAN ISLAM TERULUNG...

Sunday, October 25, 2009 at 10:52 PM



Malik Bennabi

Malik Bennabi (1905-73) merupakan seorang pemikir dan cendekiawan Islam yang terulung abad ke-20. Sumbangan beliau yang terbesar ialah teori peradaban yang dikemukakannya.

Lahir di Costantine, Algeria kepada seorang keluarga sederhana, persekitaran kekeluargaan Malik Bennabi sendiri telah menekankan akan kepentingan pendidikan kepada beliau. Waktu itu Algeria merupakan sebahagian daripada jajahan Perancis yang berhasrat mejadikan Algeria sebagai sebahagian daripada wilayah Perancis. Beliau sendiri menerima pendidikan tradisional Arab dan pendidikan Barat (Perancis) yang menjadikannya antara tokoh unik di kalangan pemikir Islam di Afrika Utara ketika itu. Pendidikan awalnya mengaji Al-Quran di Kuttab dan sekolah Perancis. Beliau pernah mendapat markah tertinggi di dalam kelas, namun gred terbaik di dalam kelasnya diberikan kepada seorang pelajar Perancis. Malik melihatkan ini sebagai gambaran diskriminasi kolonialis dan menurut Dr. Fauzia Bariun, beliau "merasakan keperluan untuk mencabar diskriminasi Barat secara intelektual dan berazam untuk meneruskan pendidikannya dan membuktikan kemampuannya."

Di Lycee Franco-Musulman Malik mula meminati sastera Perancis dan membaca novel-novel Jules Verne, Pierre Loti dan Claude Farrere. Namun buku yang lebih berpengaruh di dalam kehidupannya ialah L’Histoire sociale de l’humanite (Sejarah Social Kemanusiaan) karangan Courtellemont, Umm al Qura karangan Al-Kawakibi, Risalah Tauhid karangan Muhammad Abduh dan L’Ambre Chaude de l’Islam. Pada waktu yang sama, disamping meminati syair-syair Arab klasik, beliau turut menuntut ilmu dari Sheikh Maulud Bin Mawhub, seorang bekas mufti Costantine yang progresif dan terbuka.

Kemudian Malik mula terpengaruh dengan gerakan Islah yang sedang berkembang pesat di dunia Islam waktu itu, sebagaimana Kaum Muda di Tanah Melayu sedang giat mencabar doktrin-doktrin konservatif Kaum Tua. Selepas tamat persekolahan, beliau merantau ke Perancis untuk bekerja, tetapi pulang tidak lama selepas itu, kecewa dengan penindasan yang dilakukan oleh kapitalis-kapitalis Perancis terhadap pekerja-pekerja Algeria. Beliau melihatkan dakwaan kolonialisasi Perancis untuk la mission civilsatrice sebagai topeng untuk hegemoni Barat semata-mata.

Namun selepas bekerja di Algeria tidak lama, beliau ke Perancis semula pada tahun 1930. Keluarganya membiayai sebahagian dari pembelajarannya di sana. Beliau menyertai L’Ecole des Langues Orientales namun menghadapi halangan yang beliau sifatkan sebagai halangan politik. Setelah itu beliau menyertai institut kejuruteraan yang meyakinkannya tentang sumbangan besar sains di dalam kejayaan ketamadunan Barat. Di dalam semi-autobiografinya Mudhakkirat Shahidin lil Qarn beliau menjelaskan tentang komitmennya waktu itu untuk "menjadi peyelamat yang ditugaskan" kepada dunia Islam yang mundur. Gaya analisanya di dalam mengutarakan ide-idenya juga kelihatan pendekatan saintifik, kesan pendidikannya.

Kehidupannya di Paris banyak berkaitrapat dengan Latin Quarter yang terkenal itu. Beliau juga aktif bersama Persatuan Pelajar Maghrib yang menyebabkan beliau menghadapi pelbagai masalah di dalam kehidupannya di Perancis. Meskipun beliau bertemu dengan pengasas parti North African Star yang bernaung di bawah payung Parti Komunis Perancis, Massali Haj, namun permainan politik Massali menyebabkan Malik tidak terlibat dengan parti tersebut. Waktu itu juga beliau mula mengenali ide-ide Pan Arab Shakeeb Arslan yang disebarkan menerusi akhbarnya yang berasas di Geneva, La Nation Arabe.

Tidak lama selepas berakhirnya Perang Dunia Kedua barulah Malik Bennabi menulis buku. Fenomena Al Quran (Le Phenomene Coranique) diterbitkan pada 1946; setahun kemudian terbitnya Labbaik, satu-satunya novel karya beliau; Les Conditions de la Renaissance pada 1948 dan pada 1954 beliau menerbitkan La Vocation de l’Islam. Buku-bukunya, antara lain, bertujuan membincangkan aspek-aspek teoretikal untuk menghidupkan kembali gerakan Islah.

Malik mengiktiraf bahawa gerakan kebangkitan Islam dipelopori Jamaluddin al-Afghani meskipun beliau tidak bersetuju bulat-bulat dengan pandangan al-Afghani. Beliau melihat al-Afghani sebagai rajul fitrah atau insan semulajadi yang dapat memberi sumbangan besar terhadap kemajuan peradaban berbanding apa yang menurut Malik, mereka yang berada di luar peradaban. Disamping itu, ketika cubaan-cubaan untuk meniupkan semangat nahdah di kalangan umat Islam dilakukan sebelum ini, semuanya berpunca lebih kepada sentimen puak atau kabilah; al-Afghani tokoh pertama yang memulakan perjuangannya pada Islam, bukan etnik.

Api-api kebangkitan Islam yang disemai ini memainkan peranan besar untuk mengejutkan umat Islam yang sedang tidur di dalam apa yang digelarkan Malik Bennabi sebagai dunia pasca kerajaan Almohads (yakni zaman kemunduran Islam).

Namun al-Afghani menurut kacamata Malik bukanlah pembaharu, tetapi mujahid. Pembaharu, menurutnya, lebih wajar diberikan gelaran tersebut kepada Muhammad Abduh. Muhammad Abduh yang menyedari bahawa untuk menjayakan reformasi di dalam dunia umat Islam, harus ditumpukan pada perkara pokok-pangkalnya dahulu – isu kerohanian. Namun Malik mengkritik pendapat bahawa pendekatan untuk mengubah akidah yang perlu ditekankan, kerana insan pasca Almohads sekalipun, masih setia kepada akidahnya walaupun mundur di dalam aspek lain. Beliau tidak bersetuju dengan pendekatan yang dogmatik dan kaku, beliau mahukan pendekatan yang lebih mengambilkira cara pengamalan Islam di dalam bidang-bidang kehidupan.

Malik Bennabi turut mengkritik pengikut-pengikut kedua-dua tokoh kebangkitan Islam tersebut kerana, menurutnya, di dalam La Vocation de l’Islam (Wijhat al Alam al Islami atau Islam di dalam Sejarah dan Sosiologi), "mereka bukannya mencari fakta, tetapi untuk bukti-bukti" terhadap pihak lawan, yang menyebabkan "mereka tidak cuba mendengar antara satu sama lain, dan setiap daripada mereka akan cuba mengalahkan yang satu lagi di dalam kata-kata yang tidak berhenti-henti."

Sebenarnya beliau turut mengkritik kedua-dua pendukung gerakan modernisasi dan Islah. Baginya di dalam berinteraksi dengan golongan evolues di Algeria, gerakan modenisasi terlalu ghairah di dalam mengambil peradaban Barat dari aspek superficial dan mahu menirunya bulat-bulat untuk menyelesaikan masalah umat Islam. Ini sesuai dengan idenya mengenai ‘dunia benda’ dan ‘dunia ide’. Beliau menilai bahawa ‘dunia ide’ lebih bermakna dari ‘dunia benda’ – maka meskipun negara Jerman menerima kemusnahan yang dasyat dari segi fizikal ketika Perang Dunia Kedua, negara tersebut pantas mendapat tempat semula antara ekonomi paling dinamik dunia kerana ‘dunia ide’nya tidak dimusnahkan oleh Pihak Bersekutu. Turut dikritiknya ialah negara-negara dunia ketiga yang baru merdeka waktu itu, yang berlumba-lumba mendirikan tugu-tugu fizikal kemajuan sedangkan pengisian peradaban itu sendiri tidak wujud; sebagaimana mungkin apa yang sedang terjadi di negara kita hari ini!

Malik Bennabi juga mempunyai perbezaan pendapat dengan pemimpin Ikhwanul Muslimun, Syed Qutb yang dibunuh oleh Gamal Abdul Nasser. Pertelingkahan intelektual ini berakar umbi apabila Syed Qutb menukar tajuk bukunya dari "Ke Arah Sebuah Masyarakat Islam yang Bertamadun" kepada "Ke Arah Sebuah Masyarakat Islam" yang menurut Bennabi, mengandaikan bahawa masyarakat Islam sudah bertamadun sedangkan realiti adalah sebaliknya. Syed Qutb membalas bahawa tindakannya adalah untuk memendekkan tajuk tersebut dan beliau tidak menilai peradaban menurut kaca mata Barat.

Sumbangan pemikiran yang paling besar dibuat oleh Malik Bennabi, sebagaimana yang telah saya nyatakan ialah Teori Peradabannya. Ketika tokoh-tokoh kebangkitan Islam sezaman dengannya lebih meminati istilah ‘nahdah’ (renaissance) atau ‘al-taqaddum’ (pembangunan) beliau menekankan istilah ‘hadara’ (peradaban). Di sini kita dapat melihat dinamik pemikiran di antara Ibnu Khaldun, antara pelopor awal ilmu sosiologi ketika akhir zaman keagungan peradaban Islam yang mengarang Mukaddimah dan Arnold Toynbee, seorang sarjana moden British yang mengkaji peradaban dan telah menghasilkan A Study of History.

Persamaan peradaban yang dikemukan olehnya ialah, Insan + Tanah + Masa = Peradaban.

Namun, dengan menggunakan analisa saintifik, beliau menegaskan bahawa pemangkin atau catalyseur terhadap elemen-elemen tersebut ialah agama. Meskipun ada yang mencabar pendapatnya dengan memberikan contoh negara Soviet yang baru muncul sebagai kuasa dunia waktu itu, sebagaimana Toynbee, Malik melihat perkembangan tersebut sebagai satu yang berpokok pangkal dari tamadun Barat-Kristian.

Dengan pengaruh Ibnu Khaldun di dalam kitaran peradaban, Malik Bennabi mengemukakan pendapatnya mengenai tiga peringkat peradaban. Bermula dengan Peringkat Kerohanian – jika dilihat umat Islam melalui zaman ini bermula dengan turunnya wahyu kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan berakhir dengan jatuhnya Khulafa ar-Rasyidin ketika Perang Siffin. Ini sesuai dengan teori beliau dan Ibnu Khaldun bahawa agama memainkan peranan yang besar di dalam menggerakkan sesebuah tamadun.

Kemudian Peringkat Rasional di mana prinsip-prinsip agama masih kukuh dan berkembang, ketika ilmu sains dan kesenian mula mendapat tempat dan ketamadunan pada waktu ini menuju ke zaman kegemilangannya, tetapi masyarakat tidak lagi dapat dikawal sebagaimana Peringkat Kerohanian. Jika di Islam peringkat ini ditandai oleh kegemilangan pemerintahan Umayyah dan Abasiah, dunia Barat melaluinya ketika Renaissance berkembang di Eropah selepas kejatuhan Islam.

Akhir sekali, Peringkat Naluri di mana masyarakat sesebuah peradaban menghadapi zaman kegelapan. Ikatan keimanan yang menjadi penghubung anggota masyarakat sudah lemah dan kitaran peradaban berakhir. Jika melihat dari segi sejarah, zaman ini dilalui oleh umat Islam ketika jatuhnya Baghdad kepada bangsa Mongol, tidak lama selepas hidupnya Ibnu Khaldun.

Toynbee juga seorang yang banyak terpengaruh dengan Ibnu Khaldun. Toynbee, sebagaimana Spengler, melihat krisis dunia Barat kontemporari akan dapat diatasi dengan satu tempoh di masa hadapan apabila mereka akan memeluk sebuah agama dari Timur. Meskipun begitu, wujud perbezaan di antara Malik Bennabi dengan Toynbee. Toynbee juga seorang sarjana sejarah yang banyak mempengaruhi tasawwur peradabannya, sedangkan Malik Bennabi cuma meminati sejarah lebih sebagai alat untuk menjelaskan teori-teorinya mengenai peradaban.

Sumbangan Malik Bennabi terhadap dunia intelektual Islam terlalu besar untuk diperkatakan. Menurut Dato’ Seri Anwar Ibrahim, "Jika Iqbal menyalakan api dengan imaginasi puisinya, Bennabi melakukan sedemikan dengan prosanya yang sempurna. Tetapi, ulasan Bennabi mengenai pengalaman realiti peradaban mengatasi Iqbal."

ABUJIHADFISABILILLAH...

subhanallah...alhamdulillah...allahu akhbar...

at 9:52 PM








SUBHANALLAH...

HEBAT SUNGGUH CIPTAAN ALLAH...

SIAPA KITA...SIAPA KITA...SIAPA KITA UNTUK BONGKAK DAN SOMBONG DENGAN ALLAH...???

ASSALAMU'ALAIKUM WBT.

at 9:51 PM




SALAM PERJUANGAN FISABILILLAH, SALAM UKHWAH, SALAM TAHNIAH BUAT PIMPINAN BAHARU KELAB BIMBINGAN MAHASISWA DAN JUGA TIDAK LUPA BUAT PIMPINAN YANG BAHARU SAHAJA MELABUHKAN TIRAI "PEMERINTAHAN".

ALHAMDULILLAH...ALHAMDULILLAH...ALHAMDULILLAH...
SUBHANALLAH...SUBHANALLAH...SUBHANALLAH...
ALLAHU AKHBAR...ALLAHU AKHBAR...ALLAHU AKHBAR...

BERSYUKUR KEHADRAT ILAHI, MAHA SUCI ALLAH DAN DIA YANG MAHA BESAR KEAGUNGANNYA...

DISINI, ANA HANYA INGIN BERPESAN SEBAGAI INSAN YANG LEMAH, KERDIL, DAN HINA DISISINYA. MARILAH KITA KEMBALI KEPADA ALLAH DALAM APA JUA KEADAAN PUN AGAR DIRI KITA SENTISA BERADA DIBAWAH NAUNGAN KEREDHOAN ILAHI.

KEPADA PIMPINAN YANG LAMA, ANDA SEMUA TERBAIK...SELAMA HAMPIR 3 TAHUN KITA BERSAMA DALAM UKHWAH FISABILILLAH INI, DEMI ISLAM YANG KITA CINTAI DAN SAYANGI...BANYAK DUGAAN DAN CABARAN YANG KITA HADAPI BERSAMA. SEMUANYA ADALAH KETENTUAN ILAHI JUA..

MAKA, HARUSLAH KITA SENTIASA INGAT " KITA MERANCANG, ALLAH JUA MERANCANG, NAMUN RANCANGAN ALLAH JUA YANG MAHA HEBAT." SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN WADAH KBM INI TELAH MENYUBURKAN HATI DAN JIWA KITA UNTUK BEKERJA KERANA ALLAH. TERUSKAN USAHA ANTUM.

KEPADA ADIK-ADIK YANG BAHARU "DIMANAHKAN" TANGGUNGJAWAB SEBAGAI PEMIMPIN MASYARAKAT KAMPUS INI, MALAH MASYARAKAT LUAR JUA. MAKA, LAKSANAKANLAH AMANAH YANG DITAKLIFKAN ITU DENGAN PENUH KEIMANAN DAN KESABARAN. BERSATULAH ANTUM DALAM APA JUA KEADAAN.

ADIK-ADIK, ANA TIDAK SEBAIK ABU BAKAR, TIDAK SEBERANI UMAR, TIDAK SELEMBUT UTHMAN, TIDAK SEKENTAL ALI, TIDAK SELICIK SALMAN AL-FARISI, TIDAK SEGAGAH KHALID...NAMUN, ISLAM TETAP JUA DIHATI...JALAN DAKWAH FISABILILLAH JUA MENJADI IDAMAN HATI.

JADILAH DIRI SENDIRI, BUKAN BERTOPENGKAN PERWATAKAN DUNIAWI YANG PENUH TIPU DAYA UNTUK MENGGAPAI UKHRAWI...KERANA DI SANA MENANTI SEGALA APA YANG KITA CAGARKAN DI DUNIA YANG FANA INI...

KEPADA RAUF, JADILAH AMIR YANG LAGI BAGUS BERBANDING ABANG YANG TIADA APA-APA INI. PANDULAH WADAH KBM INI KE ARAH YANG LEBIH CEMERLANG DAN BERJAYA UNTUK UMMAT ISLAM. RAUF ADA KEBOLEHAN ITU.

KEPADA FARIS, TAHNIAH DAN SYUKRAN SANGAT...ABANG BANGGA DENGAN FARIS. FARIS MEMPUNYAI BANYAK KELEBIHAN DAN ILMU BERBANDING ABANG. INGAT, TIADA JUARA DALAM ISLAM DAN DAKWAH...HANYALAH NIAT DAN USAHA UNTUK KEREDHOAN ALLAH JUA.

KEPADA 'ATIQAH SYAIRAH, SELAMA HAMPIR TIGA TAHUN KITA DALAM KBM. ABANG UCAPKAN BERBANYAK-BANYAK TERIMA KASIH. BANYAK YANG ABANG BELAJAR DARI KAMU DIK. SEMOGA ALLAH MERAHMATI HIUDPMU DAN FAMILI DI DUNIA DAN AKHIRAT. HANYA KEMAAFAN YANG ABANG POHONKAN

KEPADA SITI SABARIAH, SABARLAH DALAM BERJUANG...:) SABAR JUGA ADA KELEBIHANNYA...GUNAKANNYA UNTUK ISLAM TERCINTA. PERTINGKATKAN ILMU UNTUK SENTIASA BERSEDIA DALAM MEDAN DAKWAH.

SETERUSNYA UNTUK NOR FARHANA, SYUKRAN...JAZAKALLAHU KHOIRAN KATHIRA...SELAMA KITA KENAL DALAM WADAH KBM INI, BANYAK YANG MENGAJAR KITA ERTI PERSAHABATAN DAN HIDUP. TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK JUGA KERANA BANYAK MEMBANTU ANA DALAM KBM.

AKHIR SEKALI UNTUK SEMUA ADIK-ADIK KBM YANG BAHARU DAN LAMA, SEMOGA ALLAH MERAHMATI KAMU SEMUA DAN UKHWAH KITA HINGGA KE AKHIRAT SANA. TIDAK LUPA KEPADA MANTAN-MANTAN KBM YANG BANYAK MEMBANTU DARI SEGI SOKONGAN DAN WANG RINGGIT...ANA DOA'KAN ANTUM DALAM KERDHOAN ILAHI JUA.

ALAHAMDULILLAH...SUBHANALLAH...ALLAHU AKHBAR...JALAN DAKWAH MEMPERTEMUKAN KITA...KEMATIAN DIJALAN DAKWAH FISABILILLAH JUA MEMISAHKAN KITA...DOA'KAN ANA SENTISA ISTIQOMAH DALAM JALAN FISABILILLAH INI DAN MENDAPAT KEAMPUNAN SERTA KEREDHOAN-NYA JUA.

JAZAKUMULLAHU KHOIRAN KATHIRA...KULLU AMM WA ANTUM BIKHOIR...

ABUJIHADFISABILILLAH...AKHI MUHAMMAD FUAD HILMI ZAKARIA.

semoga mendapat manfaatnya...

at 10:42 AM




Bacalah seterusnya, semoga kita dan anak cucu kita terselamat daripada peristiwa seperti ini....amiiin

Antara Michael Jackson & Syahidah Marwa al-Sharbini



Saya sedih, bukan karena kematian MJ yang dipuja jutaan orang di dunia. Tapi saya sedih, karena pada saat yang sama, berlangsung perkebumian seorang muslimah yang Insya Allah menjadi seorang syahidah karena mempertahankan jilbabnya.

Marwa Al-Sharbini, seorang ibu satu anak yang sedang mengandung tiga bulan, syahid akibat ditikam sebanyak 18 kali oleh seorang pemuda Jerman keturunan Rusia yang anti-Islam dan anti-Muslim.

Tapi berita ini, sama sekali tidak saya temukan di tv-tv kita , negara yang majaroti penduduknya Muslim, bahkan mungkin, tak banyak dari kita yang tahu akan peristiwa yang menimpa Marwa Al-Sharbini.


Ribuan orang di Mesir yang mengantar jenazah Marwa Al-Sharbini ke tempat istirihatnya yang terakhir, memang mungkin banyak orang yang menangisi kepergian Michael Jackson. Marwa hanya seorang ibu dan bukan superstar seperti MJ.

Tapi kepergian Marwa Al-Sharbini adalah lambang jihad seorang muslim. Marwa Al- Sharbini mempertahankan harga dirinya sebagai seorang Muslimah yang mematuhi ajaran agamanya meski pun untuk itu ia kehilangan nyawanya.

Marwa Al-Sharbini ditikam di ruang sidang kota Dresden , Jerman saat akan memberikan kesaksian atas ancaman terhadapnya . Ia mengadukan sorang pemuda Jerman bernama Alex W yang kerap menyebutnya "teroris" hanya karena ia mengenakan jilbab.

Dalam suatu kesempatan, pemuda itu bahkan pernah menyerang Marwa dan berusaha melepas jilbab Muslimah asal Mesir itu. Di persidangan itulah, Alex kembali menyerang Marwa, kali ini ia menikam Marwa Al-Sharbini berkali-kali.

Suami Marwa yang berusaha melindungi isterinya, malah terkena tembakan pehak berkuasa keamanan pengadilan yang berdalih tak sengaja menembak suami Marwa yang kini dalam kondisi kritis di r uma h sakit Dresden .


Peristiwa ini sepi dari pemberitaan di media massa Jerman dan mungkin dari pemberitaan media massa asing dunia karena yang menjadi korban adalah seorang muslimah yang dibunuh oleh orang Barat yang anti-Islam dan anti-Muslim.

Situasinya mungkin akan berbeza jika yang menjadi korban adalah satu orang Jerman atau orang Barat yang dibunuh oleh seorang ektrimis Islam. Beritanya dipastikan akan gempar dan mendunia.

Itulah sebabnya, mengapa di tv-tv kita c uma sebuk dengan pemberitaan pemakaman Michael Jackson yang mengharu biru itu. Tak ada berita pemakaman Syahidah Marwa Al-Sharbini yang mendapat sebutan "Pahlwan Jilbab". Tak ada protes dunia Islam atas kematiannya. Tak ada tangisan kaum muslimin dunia untuknya.

Tapi tak mengapa Marwa Al-Sharbini , karena engkau akan mendapatkan tempat yang paling mulia di sisiNya ALLAH SWT . Seiring doa dari orang-orang yang mencintaimu. Selamat jalan saudariku, maafkan kami jika kurang peduli …

sumber: kiriman email daripada seorang sahabat

subhanallah...alhamdulillah...allahu akhbar...

at 10:38 AM



Payahnya Malaikat Meminta Tanah Dari Bumi

Kita selalu mendengar kisahnya Nabi Adam AS.Dan kita juga terlalu tahu tentang kejadianya manusia itu adalah dari tanah.

Tetapi apakah kita tahu akan tanahnya itu?

Apakah kita tahu akan prosesnya kejadian itu?

Mari kita baca kupasan yang sedikit ini, mudah-mudahan kita lebih mengetahui tentangnya dan Insyaallah dapatlah kita mempelajarinya bersama-sama. Berpesan- pesanlah pada kebaikan dan berpesan-pesanlah pada kesabaran.

BETAPA PAYAHNYA MALAIKAT-MALAIKAT MEMINTA TANAH DARI BUMI UNTUK NABI ADAM AS (ABUL BASYAR / Bapa segala manusia)

Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam. Akan tetapi
apabila beliau sampai ke bumi, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam kerana bumi kuathir Adam akan menjadi maksiat kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Allah memberitahu bahawa ia tidak dapat berbuat apa-apa apabila mendengar mendengar sumpah bumi.

Setelah itu, Allah memerintah malaikat Mikail. Jawapan bumi masih sama lalu Allah memerintahkan malaikat Israfil dan jawapan bumi masih tidak berganjak.

Masing-masing kembali dengan jawapan yang hampa.Akhirnya, Allah menyuruh
malaikat Izrail turun ke bumi.Kata Allah:
" Hai Izrail! Engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan, jangan engkau mundur. Katakan bahawa
kerjamu atas perintah dan atas namaKu."

Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya bumi mengizinkan tanahnya diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah,kembalilah ia ke hadrat Allah.

Lalu Allah berfirman: "Ya Izrail, pertama engkau yang Ku tugaskan mengambil
tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan engkau mencabut
roh manusia."

Maka kuathirlah Izrail kerana bimbang akan dibenci oleh umat manusia.Lalu Allah berfirman lagi: "Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu. Aku yang mengaturnya, dan aku jadikan kematian mereka itu bersebab antaranya terbunuh, terbakar, sakit dan sebagainya.

JENIS TANAH YANG DIGUNAKAN:

1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Mugaddis
2. Tanah Bukit Tursina
3. Tanah Iraq
4. Tanah Aden
5. Tanah Al-Kautsar
6. Tanah tempat bakal berdiringa Baitullah
7. Tanah Paris
8... Tanah Khurasan
9. Tanah(Babylon)
10. Tanah India
11. Tanah syurga
12. Tanah Tha'if

Menurut Ibnu Abbas:
1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis kerana disitulah berada otak manusia,dan disitulah tempatnya akal.

2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.

3. Dahinya dari tanah Iraq,kerana disitu tempat sujud kepada Allah.

4. Mukanya dari tanah Aden, kerana disitu tempat berhias dan tempat kecantikan.

5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat menarik perhatian.

6. Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis.

7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah,untuk mencari nafkah dan kerjasama,sesama manusia.

8. Tangan kirinya dari tanah Paris,tempat beristinjak.

9. Perutnya dari tanah Babylon. Disitulah tempat seks(berahi) dan tipudaya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.

10.Tulangnya dari tanah Bukit Thursina,alat peneguh tubuh manusia.

11.Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan.

12.Hatinya dari tanah syurga Firdaus,kerana disitulah iman, keyakinan,ilmu, kemahuan dan sebagainya.

13.Lidahnya dari tanah Tha'if, tempat mengucap Syahadat, bersyukur dan berdoakan kepada Tuhan.

PROSESNYA KEJADIANNYA:

1. Ketika Allah jadikan Adam, tanah itu dicampur dengan air tawar, air masin, air hanyir, angin dan api. Kemudian Allah resapkan Nur kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai macam "sifat".

2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman "Jabarut" kemudian diletakkan didalam "Alam Malakut".

3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan "tubuh Adam" adalah tanah pilihan Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah dan wangi-wangian dari sifat Nur sifat Allah, dan dirasmikan dengan air hujan "Barul Uluhiyah".

4.Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air "Kudral-Izzah- Nya" iaitu sifat "Jalan dan Jammal".Lalu terciptalah tubuh Adam yang sempurna.

5.Demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk kedalam tubuh Adam, ia merasa malas dan enggan, lalu ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar. Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk.Akhirnya mahu tidak mahu roh itupun masuk dan menyerah kepada Izrail.

Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga, sangat baik sekali kulitnya. Tidak seperti warna kulit manusia. Kerana Adam telah diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai peringatan, yang masih tertinggal warnanya
hanyalah pada kuku manusia. Oleh itu, meskipun orang kulitnya hitam,tetapi warna
kukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan.

Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang. Tujuh buah liang dikepala,dan dua buah liang di bawah badan letaknya.

Tujuh buah letaknya adalah di:

1. Kepala : dua.liang mata, Dua liang telinga, Dua liang hidung dan sebuah liang mulut.
2. Dibawah: Sebuah liang kemaluan dan liang dubur.

Dijadikan pula lima buah pancaindera:

1. Mata alat penglihatan
2. Hidung alat penciuman
3. Telinga alat pendengaran
4. Mulut alat merasa manis, masin dan sebagainya.
5. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk merasa halus, kasar dan
sebagainya.

Setelah Roh masuk kedalam tubuh Adam :
Lalu roh itu masuk perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun. Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke dalam tubuh Adam.

Setelah roh meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya dan seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik kekiri, ke kanan dan kebawah dimana pada masa itu
bahagian badannya masih merupakan tanah keras.

Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia. Ketika itu dia telah dapat mendengar para malaikat mengucapkan tasbih dengan suara yang merdu dan mengasyikkan.

Kemudian ketika roh sampai kehidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka.

Ketika itulah Allah ajarkan padanya ucapan Alhamdulillah. Itulah ucapan

Adam pertama kalinya kehadrat Allah. Lalu Allah berkata :"Yarhamukallah"
yang membawa erti: "Semoga engkau diberi rahmat Allah". Oleh kerana itu jika
orang bersin, menjadi sunat mengucap "Alhamdulillah" dan orang yang mendengarnya sunat pula mengucapkan "Yarhamukallah" .

Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal sebahagian bawah badannya masih tanah dan keras. Disini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar). Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud:
"Dan adalah manusia itu, suka tergesa-gesa" .(Al-Israk: II)

Maka ketika roh itu sampai dibahagian perutnya, maka terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Maka seketika itu terasalah lapar. Kemudian terus roh itu meresap
sampai ke seluruh tubuh, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang. Urat-urat berkulit dengan sempurna, yang mana kulit itu kian lama kian cantik dan halus.

Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam. Setelah kejadian Adam sempurna sebagai manusia, maka dialah merupakan makhluk manusia yang pertama. Wajahnya cukup cantik, semua malaikat berasa kagum melihat Adam yang begitu menawan. Kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni dari langit pertama hinggalah kelangit tujuh sebelum dibawa ke syurga tempat mula-mula Adam dijadikan.

(Dipetik dari buku HIMPUNAN KISAH-KISAH MALAIKAT disusun oleh
Muhammad Isa Selamat)

RENUNGAN
Sesungguhnya Allah itu Maha Besar, Maha Agung, Maha pencipta sekian alam
dan pencipta setiap kejadian. Bertaqwalah kita kepadaNya, kerana pada
AllahLah kita akan
dikembalikan.

YA ALLAH...

Wednesday, October 21, 2009 at 4:09 AM




                                            •           
286. Allah tidak memberati seseorang melainkan apa Yang terdaya olehnya. ia mendapat pahala kebaikan Yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan Yang diusahakannya. (Mereka berdoa Dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau mengirakan Kami salah jika Kami lupa atau Kami tersalah. Wahai Tuhan Kami ! janganlah Engkau bebankan kepada Kami bebanan Yang berat sebagaimana Yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang Yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pikulkan kepada Kami apa Yang Kami tidak terdaya memikulnya. dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah Kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum Yang kafir".

Alhamdulillah…Alhamdulillah…Alhamdulillah…

YA ALLAH…Hari ini, sudah kali yang keberapa aku menjejakkan kaki ke perkampungan orang asli di Kuala Mu, Kotai, Beaswok, Bersah, Perjek dan lain-lain lagi. Entahlah…aku pun sudah lupa. Aku amat bersyukur kepada-MU Ya ALLAH SWT. yang telah menunjukkanku jalan yang lurus dan istiqomah ini untuk menyampaikan Kalimah tauhid Lailahaillallah…Muhammad Rasusulullah…kepada kaum orang asli yang mendiami hutan rimba di negeri Perak.Namun, Ya ALLAH… Aku tahu, usaha ku ini tidaklah sehebat perjuangan Rasulullah saw. bersama para sahabat Baginda yang bersusah-payah untuk menegakkan Islam dan membolehkan ku mengecapi nikmat iman dan Islam sehingga hari ini. Ya ALLAH…adakah usaha ku ini mendapat keredhoan-MU dan keberkatan dalam perjuangan ini untuk ku bertemu-MU kelak di akhirat sana…??? Aku takut Ya ALLAH…jika dosa silamku masih membebaniku…ampunkan daku Ya ALLAH…

Perjuangan dakwah ziarah orang asli ini banyak mengajar aku tentang pahit maun kehidupan di dunia yang fana ini untuk menuju ke akhirat sana. Mata melihat, hati merasa, tangan menyentuh, aqal berfikir, semuanya menyedarkan aku tentang kehidupan…
Banyak sungguh cita-cita dan matlamat yang ingin ku capai untuk usaha dakwah ini. Jika suatu hari nanti, pabila ku menjejakkan kaki ke Masjidil Haram…dapat ku bertemu dengan penduduk-penduduk kg orang asli tempat ku dan sahabat sperjuangan datang menyampaikan kalimah tauhid ini.


Petikan dari blog anis IPTB: bintzakaria.blogspot.com

suatu ketika di Masjidilharam, Makkah Al-Mukarramah....bahuku terlanggar seseorang.. aduh,,sakit juga... aku memandang nya tanpa dendam,,biasalah 2..ketika ramai2 begini,,pelanggaran itu satu perkara yg biasa..bersama-samanya ada 2 lagi wanita..sanak saudaranya mungkin.....

" maaf nak,,mak cik x sengaja..maaf2.."

"eh xpe2..biasalah 2,,tengah ramai2 mcm ni..mak cik dari Malaysia..?dari mana ye?"

"dari Kuala Mu..ni saudara mak cik..dari kotai..yg ini, dari beaswok...kami datang dengan rombongan..ketuanya Pak Hadu dan anaknya.."

" subhanALLAH..Alhamdulillah.."


ini imaginasi saya sejak mendengar ucapan khitam oleh amir kami, sdra Fuad..impian abg nuar juga kata beliau..ia seakan2 hidup dalam imaginasi saya sehingga kini...saya membayangkan suasana itu..Indahnya.. :).


tersirat indah impian itu dalam hati ini,,bukan impian,,tapi cita2 dan matlamat..
bukan milik saya seorang,,saya yakin saya berkongsi impian ini dengan ramai orang.....


Alhamdulillah...wujudnya ramai golongan-golongan sedar yang ingin masuk menemui mereka di pedalaman sana. mengajarkan Islam buat mereka...ada yang menerima,namun tidak kurang pula yang menolak kerana ianya bertentangan dengan ajaran nenek moyang mereka...hidayah itu milikNya...apa yang penting, kita sudah berusaha melunaskan satu tanggungjawab dan menjadi suatu bekal untuk kita menjawab persoalan tanggungjawab di hadapan Allah Taala nanti..InsyaAllah...



                   •     •   

21. oleh itu berikanlah sahaja peringatan (Wahai Muhammad, kepada manusia, dan janganlah berdukacita kiranya ada Yang menolaknya), kerana Sesungguhnya Engkau hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan;

22. bukanlah Engkau seorang Yang berkuasa memaksa mereka (menerima ajaran Islam Yang Engkau sampaikan itu).

23. akan tetapi sesiapa Yang berpaling (dari kebenaran) serta ia kufur ingkar, -

24. maka Allah akan menyeksanya Dengan azab seksa Yang sebesar-besarnya.

25. Sesungguhnya kepada Kamilah kembalinya mereka,

26. selain dari itu, Sesungguhnya tanggungan Kamilah soal menghitung amal mereka.

~ Al-Ghasyiah: 21-26 ~



Sesungguhnya perjalanan ke perkampungan orang asli di pedalaman sana cukup mencabar jiwa, mental, dan fizikal setiap jasad yang berkesempatan menyertai perjuangan ini. Sudah ramai para sahabat dan sahabiah yang ku temui sejak 2007 hingga sekarang yang berjiwa kental dan bersemangat waja. Apa yang membakar semangat ku untuk terus dalam usaha dakwah ini adalah kerana seorang hamba ALLAH yang cukup kental semangatnya walaupun sudah berumur hampir 70 tahun. Ustaz Wahab, nama yang cukup menyebabkan semangatku berdebar dan berkobar-kobar untuk istiqomah dalam gerak kerja ini.

Ramai lagi sahabat dan sahabiah yang hebat. Aku jua yang tidak seberapa ini amat bertuah kerana dipertemukan dengan mereka semua.

Aku doa’kan YA ALLAH...SEMOGA DEBU-DEBU YANG TERPALIT DIDAHIKU SERTA SELURUH BADANKU UNTUK JALAN DAKWAH YANG INDAH INI MENJADI SAKSI BAGIKU BERHADAPAN DENGAN-MU DI AKHIRAT SANA...AKU MOHON JUA YA ALLAH,,,SEMOGA DEBU-DEBU INI JUA YANG MENGHAPUSKAN DOSA-DOSAKU YANG LEBIH BANYAK DARIPADA DEBU-DEBU YANG TERPALIT DI BADANKU INI...AMEEN... 

SAMA-SAMALAH KITA BERINGAT...

at 1:44 AM
TEKNIK BARU PEROGOL

Rohypnol&Progestrex~ sebarkan pd saudara @ kawan2 wanita kita
Menurut laporan Polis seorang wanita telah dirogol oleh 5 lelaki disebuah kelab malam di Singapura pada malam Sabtu sebelum ditinggalkan. Wanita tersebut tidak berupaya untuk mengingati kejadian malam tersebut, namun ujian mengesahkan bahawa beliau telah dirogol berulang kali dengan kesan rohypnol di dalam darahnya dan progestrex, sejenis pil "mencuci" yang kecil.
Dadah tersebut kini digunakan oleh perogol-perogol dan kemudian "mencuci" mereka. Progesterex dibekalkan kepada para Doktor haiwan untuk"mencuci" haiwan besar. Khabarnya Progesterex digunakan bersama Rohypnol,
sebagai dadah "Dating" dan rogol.

Apa yang mereka perlu lakukan ialah menitiskan Rohypnol ke dalam minuman si gadis, mangsa tersebut tidak akan ingat apa-apa pun esok paginya, apa yang berlaku kepadanya sepanjang malam tersebut.

Progesterex amat senang larut dalam minuman, akan "mencuci" agar simangsa tidak akan mengandung akibat dari perkosaan tersebut dan siperogol tidak bimbang untuk perlu menjalani ujian air mani dan DNA kemudian. Kesan dadah ini adalah K*E*K*A*L terhadap si mangsa.

Prodesterex asalnya adalahuntuk memandulkan kuda, Mana-mana wanita yang mengambilnya TIDAK AKAN MENGANDUNG SAMPAI BILA-BILA.

Si durjana boleh memperolehi dadah ini boleh mendapatkan dadah ini dari pusat haiwan atau mana-mana universiti, dan ia diramalkan akan digunakan dengan berleluasa di kampus-kampus.

Tolong edarkan maklumat ini kepada semua yang anda kenali, terutama teman wanita dan gadis remaja. Berwaspada apabila anda keluar, jangan biarkan minuman anda terbiar tanpa dijaga oleh orang yang anda percayai.

Azila Bakri,
Social Worker,
All Women's Action Society (AWAM )

KETENTERAMAN MILIK ALLAH JUA.

at 1:43 AM
Empat punca hidup manusia tidak tenteram
SEKUMPULAN bekas pelajar sebuah universiti berkumpul menziarahi bekas pensyarah mereka.. Pensyarah itu amat gembira menerima kedatangan bekas pelajar yang berjaya dalam jurusan dan kehidupan masing-masing. Mereka bertanya khabar dengan penuh mesra dan terus terang. Perbincangan berlanjutan sehingga menyangkut kepada permasalahan berbentuk peribadi. Ada yang mengeluh, mengadu dan meluahkan perasaan yang tertekan dengan pelbagai permasalahan, tekanan hidup berkeluarga, dengan rakan di tempat kerja serta masyarakat sekeliling.

Pensyarah itu hanya tersenyum dan terus menuju ke dapur untuk mengambil cawan pelbagai bentuk dan warna. Ada yang dibuat daripada tembikar, kaca dan plastik. Ada yang cantik, penuh hiasan, kelihatan mahal dan ada yang biasa saja dan murah. Pensyarah itu menjemput semua bekas anak murid itu minum menggunakan cawan pilihan mereka.

Apabila semua bekas pelajar itu mengambil cawan yang terisi air, dia pun berkata: "Jika kamu perhatikan, semua cawan yang cantik dan mahal itu diambil, yang tinggal hanya cawan yang biasa-biasa dan murah! "Begitulah lumrahnya kita hanya akan memilih yang terbaik (menurut pandangan luaran), sebenarnya itulah punca masalah dan tekanan hidup yang kita semua hadapi!"

Apa yang kita perlukan sebenarnya adalah air, bukan cawan itu, tetapi kita secara tidak sedar memilih cawan yang cantik saja! Demikianlah kehidupan ini – ibarat air. Kerjaya, wang ringgit dan kedudukan dalam masyarakat semuanya umpama cawan yang beraneka warna itu. Semua itu adalah alat atau pemudah cara untuk meneruskan hidup tetapi kualiti hidup tidak berubah. Jika kita hanya menumpukan perhatian kepada cawan, kita tidak ada masa untuk menghargai, merasakan dan menikmati air itu!

Apa yang pensyarah itu katakan bertepatan dengan apa yang al- Quran bentangkan mengenai jiwa manusia yang selalu berkeluh kesah dan tidak pernah rasa cukup. Pelbagai permasalahan kita berpunca daripada empat perkara:

# Kita hanya memandang dan menginginkan apa yang ada pada tangan orang lain.. Kita tidak nampak atau lupakan nikmat di dalam genggaman kita. Walhal, Allah telah berikan kepada kita. Oleh itu kita tidak rasakan 'keseronokan' atau terasa nikmat dengan pemberian itu.

# Kita terlalu banyak 'komplen' dan komen (mengadu) dan mengeluh serta menyalahkan keadaan sehingga kepada permasalahan sekecil-kecilnya dalam kehidupan dunia ini. Tetapi, kita sering lupa kesusahan dan penderitaan sebenar yang bakal kita hadapi di akhirat kelak.

# Kita terlalu mengejar kemewahan, kemegahan dan glamor kehidupan sehingga melupakan tujuan hidup kita sebenarnya. Inilah sebenar ujian hidup yang kadang kala kita rasakan amat memeritkan untuk dihindari, pada hal kita tahu ganjarannya adalah syurga daripada Allah.

# Kita selalu menganggap kehidupan di dunia ini untuk hidup selama-lamanya. Oleh itu, kita menghabiskan seluruh sumber dalam diri semata-mata untuk membina pengaruh, mengumpul harta dan kemasyhuran diri seolah-olah 'kematian' itu untuk orang lain, bukan untuk kita. Kita lupa semua kejadian akan mati dan walhal akhirat adalah kehidupan abadi.

Oleh itu, dari sekarang kita hentikan perangai suka komplen, komen dan berkeluh kesah. Kita hargailah kehidupan ini. Kita jalani kehidupan sebagai khalifah Allah, melakukan yang makruf, melarang perkara yang mungkar. Kita syukuri nikmat yang ada dan panjangkan nikmat ini kepada orang lain dengan memberikan khidmat menolong dan memudahkan kehidupan orang lain.

Pernah suatu ketika Saidina Ali ditanya oleh seorang lelaki: "Jika diberikan pilihan, mana satukah yang kamu pilih?, kehidupan di dunia atau mati? Jawapan baginda memeranjatkan lelaki itu: "Saya akan pilih kehidupan di dunia, melalui perjuangan dalam kehidupan ini, saya mendapat bekalan untuk mencapai keredaan Allah di akhirat kelak."

Moga seluruh perjalanan hidup kita diredhai dan dirahmati oleh Allah. Apa guna hidup seorang hamba tanpa keredhaan penciptaNYA.

SEDIKIT JENAKA...:)

at 1:43 AM
HAHAHAHA……Bawak2 la bertaubat…..

Al-kisah ada seorang businessman yang kaya raya bernama Hj.Teepo. Apa saja nama bisnes atas muka bumi ini, dia ada. Sayang, kekayaan Hj.Teepo adalah sebahagian besar hasil penipuan dan putar alamnya dalam bisnes. Sahamnya berpuluh juta, hasil penipuan. Tanah ribu hektar,pun hasil tipu. Wang beratus juta juga, tipu punya hasil. Puas isterinya memberikan kaunseling agar Hj.Teepo berhenti menipu, namun tak dihiraukannya.

Kerana makan terlalu banyak dan mewah, dinner tiap-tiap malam (orang belanja of course), exercise tarak, satu hari Hj.Teepo disahkan oleh doktor mengidapi penyakit barah dan disahkan akan padam dalam masa sebulan. Maka teramatlah hiba hati Hj.Teepo nak meninggalkan dunia ini, tambah pula mengenangkan segala aktivitinya selama ini.

Maka dipanggillah anak isterinya untuk berwasiat. "Kain yang dah buruk, koyak pun tak apa, buat kain kapan aku. Aku dah banyak merasa kemewahan di dunia ini. Biarlah kain buruk yang ku bawa ke akhirat," jelas Hj.Teepo dengan genangan air mata.

"Kenapa begitu bang?" Tanya isterinya.

"Saja aku nak merasa pakai kain buruk pula," jawabnya lagi.

Isterinya terdiam,tapi hatinya berbisik, "Syukurlah, walau dah agak terlambat, ada juga kesedaran dan keinsafan dihati suamiku."

Maka tempoh sebulan cuma tinggal 24 jam lagi. Dengan wajah sugul, Hj.Teepo berbaring di kamarnya. Kain putih yang dah lusuh dan terkoyak sana sini telah siap disediakan.

Untuk terakhir kali, si isteri menghampiri Hj.Teepo. "Bang", bisiknya perlahan. "Buat kali terakhir sebelum abang meninggalkan kami, berilah tahu kenapa abang nak dikapankan dengan kain yang dah buruk. Sedih saya melihat keadaan kain itu bang. Apakah abang telah insaf dan bertaubat dengan perbuatan abang selama ini?"

Hj.Teepo merenung isterinya lama-lama dan bersuara, "Baiklah, mari rapat kepadaku" Isteri Hj.Teepo terus menghampiri suaminya.

Dengan nada yang sedih Hj.Teepo bersuara, "Yang, you pun tahu, terlalu banyak dosa yang I lakukan selama ini. Berapa ramai orang yang dah I kelentong. Jadi cukuplah kemewahan yang I rasakan. Biarlah I dikebumikan dengan kain buruk saja."

Isterinya masih ragu-ragu. "Apakah abang fikir dosa-dosa abang boleh diampunkan dengan berkain kapan yang buruk begitu?" tanyanya lagi.

"Bukan begitu Yang. Kalaulah abang pakai kain kapan yang buruk, nanti Malaikat Mungkar dan Nakir fikir abang dah lama mati. Mereka juga akan fikir abang dah kena soal. Taklah nanti mereka soal abang lagi. Jadi selamatlah abang...."

"Astaghfirullah hal aziiiiiiiiiim" isteri Hj.Teepo terus terlentang kerana terkejut berok dengan penjelasan suaminya.

P/S: Mati pun nak kelentong. Nak kelentong Malaikat pulak tu..... Ambik le iktibar

KEMBALILAH KEPADA ALLAH SWT.

at 1:41 AM
Isu Sebat : Jawapan Kepada Tun Dr Mahathir
Negarawan Malaysia, Tun Dr Mahathir, berkata di dalam blognya : Tetapi benarkah hukuman ini tepat bagi jenayah minum arak? Beliau kemudiannya berkata :
"Dalam Al-Quran terdapat 43 ayat yang menegaskan; "Apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil". Apakah mungkin seorang hakim itu tidak adil ataupun tersilap dalam pertimbangannya? Apakah tidak ada dalam Islam belas kasihan bagi yang bersalah buat kali pertama?
Saya harap pihak-pihak yang pakar dalam perkara ini dapat menunjuk ayat-ayat Al-Quran dan kitab-kitab yang dirujuk oleh hakim apabila hukuman ini dijatuhkan."
Sebagai menyahut pertanyaan Tun tersebut, saya sediakan artikel ringkas ini memberikan input kepada beliau dan mereka yang masih tertanya-tanya.
ARAK DAN STATISTIK KEBURUKANNYA
Sebelum saya menghuraikan ringkas jawapan bagi persoalan Tun Dr Mahathir, izinkan saya meningingatkan pembaca berkenaan arak dan statistik keburukannya, sehingga menyebabkan Islam begitu bersungguh melarang dan meletakkan undang-undang ke atas peminumnya juga. Ia sebenarnya tidak lain kecuali untuk mengutamakan keadilan umum, di atas hak individu.
Menurut statistik rasmi di United Kingdom, Alcohol-related crime adalah seperti berikut :-
* Hampir 45 - 46 % kejadian jenayah, mangsa meyakini bahawa penyerangnya di bawah pengaruh alcohol (arak).
* Angka tadi naik kepada 58% dalam kes serangan oleh individu yang tidak dikenali.
* 39% keganasan dalam rumahtangga melibatkan alcohol (arak)
* Hampir sejuta serangan ganas yang berlaku dalam tahun 2007-2008, dipercayai dilakukan oleh mereka yang sedang mabuk atau separa mabuk.
(Source: British Crime Survey 2007/08)
Manakala di Russia pula, sekitar 72 % kes pembunuhan adalah berkait dengan akibat minuman arak. 42 % pula kes mati bunuh diri hasil dari arak. Menurut Prof Nemtsov, Russia kehilangan (mati) rakyatnya seramai 500,000 ke 750,000 akibat arak. ( sumber )
Tanpa had dan kawalan berkesan, lebih menggerunkan di UK statistik menunjukkan 30% kanak-kanak berumur 11 hingga 15 tahun turut minum arak sekurang-kurangnya sekali seminggu.
Selain penyebab jenayah, arak juga turut memberi impak amat buruk kepada kesihatan.
Seorang doktor di London memaklumkan purata umur pesakit dari kesan arak adalah berumur 20 ke 30 tahun, sebelum ini biasanya mereka yang berumur 50 tahun ke atas sahaja yang kerap ke hospital akibat arak. (rujuk)
Dilaporkan oleh organisasi kesihatan, di United Kingdom jumlah penduduk yang dirawat akibat penyakit dari kesan minuman arak bertambah dua kali ganda sejak sepuluh tahun lepas.
Secara purata rakyat Britain 'menelan' arak sebanyak 9.6 liters arak keras dan tulen secara tahunan, ia lebih dahsyat dari Russia yang mencatatkan 8.7 liter sahaja. Sedangkan Russia diwartakan sebagai negara yang terbanyak `peminum arak' sebelum ini.
Hasil dari petikan statistik ringkas ini, adakah masih terdapat pemimpin yang begitu `TIDAK BERTANGUNGJAWAB' sehingga sanggup mempertahankan penjualan arak dengan MELUAS tanpa kawalan dan hanya beriman dengan `kawalan diri'?, disamping membawakan hujjah hak kebebasan individu, bangsa, agama tertentu dan hak syarikat?.
Sebenarnya, membenarkan penjualan arak adalah satu pencabulan hak bagi majoriti masyarakat Malaysia yang lain, kerana ia mendedahkan individu lain dalam keadaan bahaya sebagaimana yang berlaku di UK, Russia dalam lain-lain negara aktif arak.
HUKUMAN MINUM ARAK DALAM ISLAM
Dalam Islam, arak itu sendiri adalah haram atau dilarang. Sama ada minum sedikit atau banyak adalah sama sahaja larangannya. Demikian juga dadah. Sabda Nabi s.a.w
Ertinya : Apa-apa yang banyaknya memabukkan, maka sedikitnya juga haram ( walaupun belum memabukkan) ( Riwayat Ahmad, Tirmizi, Abu Daud : Ibn HIbban : Sohih )
Ayat al-Quran dan hadis berkenaannya terlalu banyak dan amat biasa kita baca. Islam mengakui wujudnya manfaat kecil dari arak tetapi manfaatnya adalah berdiri di atas kehancuran pihak yang lain. Sama seperti judi, yang menang sememangnya gembira namun ia menang di atas kekalahan pihak yang lain.
Firman Allah swt :
"Mereka bertanyakan kepada kamu tentang arak dan judi, katakanlah (kepada mereka) pada kedua-duanya terdapat dosa yang besar dan kebaikan kepada manusia, dan dosa pada kedua-duanya lebih banyak dari kebaikan" (Al-Baqarah : 219)
Lagi Allah menegaskan :-
FIRMAN ALLAH SWT : Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan setan. Maka jauhilah ( DIHARAMKAN) perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan ( Al-Maidah : 90)
Terbukti secara teori dalam ilmu Islam dan realiti dari statistik yang diberikan, arak adalah salah satu punca utama jenayah, selagi ruang dan peluang dibuka seluasnya selagi itulah manusia akan melakukan kesalahan mabuk.
Kerana itu nabi menyebut :-
Ertinya : Arak itu adalah ibu kepada kejahatan ( Hadis Hasan : Albani ; Silsilah Ahadith As-Sohihah, 1854)
Gunakan kuasa dengan tepat dan adil, selaras dengan perjuangan kamu. Adil dalam konteks arak adalah mengharamkannya dalam penjualan bebas.

HUKUMAN SEBAT BAGI PEMINUM ARAK
Bagi sesiapa sahaja yang bertanya dari kitab mana, dan buku mana, sumber mana diambil hukuman sebat bagi peminum arak, jawabnya adalah seperti berikut, tindakan mengenakan sebatan bagi peminum arak adalah diambil dari kumpulan hadis-hadis Nabi yang cukup banyak, antaranya :-
1) Hadis Nabi :
Ertinya : Apabila mereka minum arak, sebatlah mereka, dan kemudian jika mereka minum lagi, sebatlah mereka dan kemudian jika mereka minum lagi, sebatlah mereka ( Riwayat Abu Daud)
2. Hadis Nabi :
Ertinya : Nabi telah didatangi oleh seorang lelaki yang telah meminum arak, lalu telah disebatnya dengan dua pelepah tamar sebanyak 40 kali (Riwayat Muslim) [1]
3. Hadis Nabi
Ertinya : Sesungguhnya dipukul (sebat) bagi arak (peminum) dengan kasut-kasut dan pelapah tamar sebanyak 40 kali (Riwayat Muslim) [2]
4. Hadis Nabi :-
Ertinya : Sesungguhnya Nabi s.a.w merotan (sebat) dalam kes arak dengan pelepah tamar dan sepatu, kemudian Abu Bakar ( di zaman pemerintahannya) juga menyebat dengan 40 kali sebatan, di ketika pemerintahan Umar, beliau meminta pandangan orang ramai dari kampong dan desa lalu berkata : Apa pandangan kamu berkenaan sebatan bagi peminum arak?, lalu Abd Rahman Auf berkata : Aku berpandangan kita menjadikannya hudud yang paling ringan (merujuk kepada sebatan qazf) [3], maka Umar membuat keputusan untuk menyebat dengan 80 kali sebatan ( Riwayat Muslim dan Abu Daud)[4]
5. Athar sahabat
Ertinya : Berkata Ali r.a : Rasulullah menyebat peminum arak 40 sebatan, Abu Bakar juga 40 sebatan, Umar menyebat 80 sebatan, semuanya adalah sunnah, dan ini ( merujuk kepada 40 sebatan) adalah lebih aku sukai. ( Riwayat Muslim ) [5]
6. Hadis Nabi

Ertinya : Seorang lelaki dibawa ke penghakiman Nabi s.a.w kerana telah mabuk (minum arak), lalu Nabi s.a.w mengarahkan sekitar 20 orang lelaki untuk menyebatnya dengan pelepah tamar dan sepatu ( Al-Bayhaqi)[6]
Jika dikatakan, itu semua hadis, mana dalil al-Quran yang suruh, jawabnya adalah .
Ertinya : Kami turunkan kepadamu Al Qur'an, agar kamu menerangkan kepada umat manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka dan supaya mereka memikirkan ( An-Nahl : 44)
Maka itulah tugas hadis nabi yang bersumber dari kata-kata, perbuatan dan perakuan baginda Nabi s.a.w yang menjadi penjelas kepada Al-Quran.
PERBEZAAN TASFIRAN ULAMA
Ulama telah bersepakat bahawa mesti dijatuhkan hukuman bagi peminum arak, sama ada ia minum banyak atau sedikit. Namun ulama berbeza pandangan dalam sekurang-kurang dua perkara iaitu :-
1) Adakah hukuman sebatan ke atas peminum arak adalah dalam kategori hukuman hudud atau hanya ta'zir.
Kebanyakan mazhab seperti Hanafi, Maliki, Syafie meletakkan hukuman sebat ke atas peminum arak sebagai hukuman hudud.
Namun demikian, sebahagian ulama lain seperti At-Tabari, Ibn Munzir, As-Syawkani, Ibn Qayyim, Al-Qaradhawi, Al-Uthaymin menganggapnya sebagai ta'zir semata-mata, yang mana ia terserah kepada hakim untuk menentukan jumlah sebatan dan keperluan untuk menyebat atau tidak.
Menurut Al-Qaradhawi, ia terbukti sebagai ta'zir kerana wujud pelbagai dalil yang menunjukkan :-
a- Jumlah pukulan berbeza mengikut keadaan peminum. Ada yang dikenakan 40 kali dan ada yang dikenakan 80 kali. Sifat hukuman hudud adalah tetap, namun ini berbeza-beza menunjukkan ia hanyalah dari hukuman ta'zir, yang terserah kepada kebijaksanaan hakim menentukan jumlahnya.
b- Dalam salah satu hadis yang tesebut di atas, Abd Rahman Auf r.a mencadangkan kepada Umar agar diletakkan hukuman yang paling rendah berbanding hudud, ini menunjukkan hukuman ini adalah ta'zir kerana menurut majoriti ulama, hukuman ta'zir tidak boleh melebihi hudud.
c- Cara penjatuhan hukuman juga berbeza, ada yang disebat menggunakan sepatu, ada yang menggunakan tangan, baju dan sebahagian lain menggunakan pelepah tamar[7]. Tidak mungkin hukuman ini dari jenis hudud jika sedemikian kerana hukuman hudud semestinya fixed atau tetap jumlahnya.
Berdasarkan penelitian terhadap dalil dan perbincangan para ulama yang panjang lebar dan mendalam, secara peribadi saya cenderung kepada hukuman ini adalah ta'zir dan bukan hudud. Wallahu'alam.
2) Jumlah sebatan yang perlu dikenakan.
Dalam hal ini, para ulama terbahagi kepada dua kumpulan :-
Pertama : Mazhab Hanafi, Maliki, At-Thawry dan Hanbali : Sebatan sebanyak 80 kali sebatan sama ada lelaki atau perempuan.
Kedua : Mazhab Syafie : 40 kali sebatan sahaja. Namun jika hakim mendapati kesalahannya berat, hakim boleh menambah sehingga 80 kali sebatan, dan lebih dari 40 sebatan itu dikira sebagai ta'zir , manakala 40 sebatan yang awal adalah hudud.
BOLEHKAH PESALAH TIDAK DISEBAT?
Ia bergantung kepada mazhab mana yang dterima pakai oleh Mahkamah Syariah Malaysia, hakim dan negara Malaysia.
Jika Hudud
Jika kesalahan meminum arak diterima sebagai kesalahan hudud sebagaimana pandangan mazhab Syafie. Pesalah tidak boleh dielak dari hukuman sebat tadi kerana hukuman sebat dikira sebagai hak Allah swt. Hak Allah perlu didahulukan dari sekalian hak makhluk dan sesuatu itu termasuk dalam hak Allah apabila kemudaratannya meluas dan umum, seperti zina, riba, murtad dan sebagainya. Namun pelaksanaan hukuman hudud ke atas seseorang pesalah, boleh ditangguh berdasarkan keperluan tertentu.
Dalam kategori ini, semua pesalah walau kali pertama[8] melakukan kesalahan, akan dihukum kerana mudarat ke atas masyarakat umum.
Jika Ta'zir
Jika kesalahan ini dianggap dari jenis Ta'zir, maka hakim mempunyai kuasa untuk mengampun sama ada atas alasan ia kesalahan kali pertama, ia seorang yang lemah, ia seorang tidak sihat dan sebagainya. Demikian menurut mazhab Syafie.
Justeru, sebelum dikritik keputusan hakim, bincangkan terlebih dahulu mazhab mana yang ingin diikuti di Malaysia, khususnya dalam konteks hukum minum arak ini.
SEJAUH MANA SEBATAN INI ADIL?
Pertama
Jika ia benar-benar hudud dan termasuk dalam hak Allah swt, tiada layak manusia yang hina untuk mempersoalkan tentang keadilan, kerana Allah swt sentiasa adil walau menghumban sesorang manusia ke nerakaNya. Allah tetap adil walau Dialah yang menysatkan sekumpulan manusia dan memberi hidayat kepada sebagai yang lain. Kerana Apa adil?? Kerana piawan adil Allah tidak sama dengan manusia yang dicipta. Keadilan Allah adalah kerana dia yang mencipta kita, dan Dia berhak untuk menentukan apa sahaja yang diinginiNya. Jika kita merasakan Allah tidak adil menyesatkan sekumpulan manusia. Individu tersebut perlu memulangkan nyawa yang Allah berikan kepada mereka dan beredar dari galaksi ciptaan Allah swt ini ke sebuah alam ciptaan sendiri.
Kedua
Sebatan ini, tidak zalim sama sekali kerana ia bukan bertujuan menyakitkan seperti sebatan ekor pari yang menghakis kulit, daging dan sampai ke tulang. Sebatan ini hanyalah untuk pengajaran, seperti denda cikgu kepada muridnya, ibu kepada anaknya atas tujuan mengajar, atas asas belas kashian dan bukan dendam kesumat dan `geram' memukul.
Hasilnya, pelbagai displin sebatan telah ditentukan dalam hukum Islam iaitu [9] :-
• Tidak boleh dipukul wajah dan kemaluan.[10]
• Alat yang digunakan mestilah tidak besar, bukan tongkat yang besar, ia adalah seperti dahan dan ranting sederhana sahaja.
• Tidak diharuskan si pemukul mengangkat tanganya melebihi paras ketiaknya, atau tidak boleh terlihat bawah lengannya semasa mengangkat pemukul, dam pukulan tidak terlalu menyakitkan, tidak pula terlalu perlahan.
• Yang diangkat adalah sikunya sahaja dan bukan lengan.
• Lelaki disebat secara berdiri, wanita secara duduk.
Adakah jenis pukulan yang sebegini pun dianggap zalim? Jika demikian guru-guru sekolah, ibu bapa, suami memukul, adalah lebih zalim kerana hukumannya tidak dibicarakan di mahkamah.
Bagi saya, jika hukuman sebegini pun masih zalim, tentunya yang menuduh ia zalim itu akan jadi lebih zalim kerana bercakap dan mengkritik tanpa ilmu.
Ketiga
Sejauh mana pula adilnya orang luar seperti Tun Dr Mahathir dan yang lainnya, mempertikaikan hak seorang hakim dalam membuat keputusan?.
Bukankah sang hakim lebih berhak menentukan hukuman yang paling adil disebabkan beliau berada sepanjang sesi perbicaraan dari kedua-dua belah pihak, mendengar pandangan kesemua pembela dan pendakwa. Justeru, adalah TIDAK ADIL bagi orang di luar mahkamah untuk mengkiritk sewenangnya keputusan hakim, sedangkan mereka tidak mempunyai gambaran sebenar di sebalik sesebuah kes. Mungkin sahaja, si pesalah yang reda dan ingin hukuman dilaksanakan. Justeru itulah keadilannya.
Keempat
Bukankah keputusan hakim patut dihormati sebagai menunjukkan autoriti badan kehakiman dari sebarang gangguan luar?. Kita kerap mendengar di mahkamah civil bahawa sebarang keputusan mahkamah tidak boleh dikritik terbuka sama ada di dalam mahkamah atau diluarnya, kerana akan termasuk di dalam kesalahan `menghina mahkamah' (contempt of court), lalu mengapa pula pihak yang kurang maklumat di luar ini dengan senang dan mudah mengkritik keputusan mahkamah Syariah?.
Kelima
Di dalam Islam, adil atau tidak bukan terletak pada logik aqal manusia semata-mata, namun adil yang sebenarnya adalah melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Allah swt dan baginda Nabi s.a.w. Kalau dalam konteks kes ini, pesalah juga telah bersedia menjalani hukuman tersebut sebagai satu proses kesedaran dirinya. Adilkah kita mempersoalkan hak pesalah untuk mendapat hukuman.?
KESIMPULAN
Sebagai kesimpulan kepada beberapa jawapan kepada persoalan yang diutarakan oleh Tun Dr Mahathir.
• DR. M : Tetapi benarkah hukuman ini tepat bagi jenayah minum arak?
Ye, benar, bukti-bukti berkenaan wujudnya hukuman ini bersumberkan hadis-hadis yang sohih.
• DR. M : Apakah ada larangan dalam Islam untuk mengkanunkan undang-undang syariah?
Di dalam Islam, tiada larangan sama sekali, malah digalakkan bagi mencapai keseragaman dalam keputusan hakim.
• DR. M : Jika Kerajaan tidak mengkanunkan undang-undang syariah melalui proses perbahasan dan kelulusan oleh dewan-dewan undangan, atau melalui fatwa oleh ulama-ulama, bolehkah tulisan-tulisan ulama tertentu dijadikan asas hukum mengikut pendapat hakim?
Ini saya tidak pasti, tetapi sepatutnya sesebuah kerajaan negeri bertanggungjawab untuk mengkanunkannya. Namun sebelum ia dikanunkan, pertikaian yang diutarakan memang relevan dalam konteks hukum dunia, namun adalah salah di sisi Islam, kerana semau hukum Islam sepatutnya dikanunkan.
Mahkamah ini pula adalah mahkamah Syariah yang khusus untuk hal ehwal orang Islam dan bukannya mahkamah sivil. Justeru apa ertinya sebuah mahkamah dinamakan `SYARIAH' jika keputusan yang berlandaskan hukum Islam juga tidak boleh dilaksanakan. ? Jika demikian, tiada erti nama `syariah' pada sebuah mahkamah Syariah lagi.
• DR.M : Dalam Al-Quran terdapat 43 ayat yang menegaskan; "Apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil". Apakah mungkin seorang hakim itu tidak adil ataupun tersilap dalam pertimbangannya? Apakah tidak ada dalam Islam belas kasihan bagi yang bersalah buat kali pertama?
Lebih zalim yang mengkritik tanpa ilmu. Hukuman ini adalah adil atau tidak telah diulas di atas, dan ia juga tertakluk kepada penentuan sama ada hukuman sebat peminum arak adalah hudud atau takzir.
• DR. M : Sudahkah kita rujuk kepada Al-Quran berkenaan dengan minum beer (arak) dan hukuman yang perlu dikenakan supaya keadilan tercapai?
Oleh kerana dirujuk kepada hukum al-Quran dan Hadis nabi, hukuman tersbeut patut dijalankan. Kerna arak terbukti merosakkan umum dan bukan hanya individu terbabit semata-mata. Cuba lihat dan fahami statistik yang disertakan di atas.
• DR. M : Saya harap pihak-pihak yang pakar dalam perkara ini dapat menunjuk ayat-ayat Al-Quran dan kitab-kitab yang dirujuk oleh hakim apabila hukuman ini dijatuhkan.
Boleh rujuk senarai kitab yang dirujuk di dalam nota kaki artikel ini. Itulah kitab-kitabnya. Jika nak lihat gambar kitabnya, saya sertakan salah sebuah darinya yang amat penting. Semoga dapat membacanya dengan faham.

Kitab Fathul Bari Syarah Sohih al-Bukhari, Karangan Imam Ibn HajarAl-Asqolani.
Semoga beroleh manfaat, sekian
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin. net
5 Ramadhan 1430 H
26 Ogos 2009

ARAK HARAM DISISI ISLAM

at 1:35 AM
Kartika, Oh Kartika!
Oleh Mujahid Yusuf Rawa
Ramadan kali ini agak berbeza dengan sebelumnya, berbeza pada saya ialah apabila pada empat hari pertama Ramadan saya bertungkus lumus di Permatang Pasir bagi memenangkan calon kita dari Pas dan Pesuruhjaya saya yang diberi amanah menggalas tanggungjawab mempertahan satu-satunya kubu kuat Pas di Pulau Pinang.

Selalunya menjelang Ramadan saya akan mengurangkan aktiviti politik dan lebih tertumpu kepada pembinaan jiwa dan muhasabah diri bersempena dengan puasa wajib yang dilalui oleh umat Islam. Maklumlah muhasabah diri memerlukan ketenangan dari hiruk pikuk dan hingar bingar rentak politik yang kadang-kadang menjadikan jiwa yang lembut "keras".
Semasa waktu berkempen di Permatang Pasir sembahyang Tarawih pun tergesa-gesa, tak sempat mendengar Tazkirah Ramadan apatah lagi menghayati bacaan Al Quran yang meruntun jiwa. Tetapi walaupun demikian saya tidak kesal dengan empat hari Ramadan yang berlalu dalam "pertarungan politik" di Permatang Pasir kerana saya yakin keberadaan saya dalam kancah PRK baru-baru ini adalah medan jihad, medan dakwah dan medan tarbiyah dan yang paling utama ialah medan ukhuwah yang menjadi benteng kekuatan perjuangan Islam yang saya yakini.
Dalam kesibukan di medan, saya juga tidak dapat lari dari terpandang wajah Kartika Sari Dewi Shukarno yang telah mendapat liputan yang meluas di dada-dada akhbar. Model sambilan yang menarik perhatian saya bukan kerana kejelitaannya walaupun sebagai model sambilan, saya harus akui, Kartika memiliki "cut commercial" tetapi Kartika terkenal kerana sebab yang tidak ada kena mengena dengan professionnya.
Kartika terkenal kerana kesalahan beliau meminum arak di khalayak ramai dan kemudiannya ditahan oleh penguatkuasa agama Pahang di Cherating. Penonjolan wajah Kartika di media kerana kesalahan seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (1982), dan Seksyen 4 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (pindaan 1987).
Pada awalnya saya hanya membaca kes ini dengan tanggapan yang yang biasa kerana ini bukan pertama kali penguatkuasaan terhadap kesalahan meminum arak di khalayak ramai oleh seorang Islam berlaku. Saya sebagai seorang Muslim sudah tentu bersetuju undang-undang Islam mengikut peruntukan yang ada dikuatkuasakan, pertama meminum arak adalah haram, kedua perlakuan seorang Muslim meminum arak di khalayak ramai adalah akhlak yang keji dan memualkan serta ketiga perbuatan meminum arak dikhalayak ramai oleh seorang Muslim lelaki atau perempuan perlu diberi pengajaran kepada Muslim yang lain.
Saya melihat kes Kartika dalam perspektif yang syarie' (undang –undang Islam) dan akhlaki (moral), tidak ada apa yang pelik dalam kes ini. Walaupun saya bersetuju bahawa hukuman sebenar kepada pesalah minum arak ialah 80 kali sebatan, tetapi saya menerima bahawa lebih baik ada dari ditiadakan hukuman ini, iaitu hanya enam sebatan sahaja!
Saya juga tidak dapat lari dari membaca tanggapan si pelaku dan tanggapan golongan "liberal" yang pasti akan "melompat" dengan berita ini dengan bertempik "tidak adil" dan "tidak kepada Polis Moral!"
Bagi si pelaku pula saya membayangkan beliau akan mempertahankan habis-habisan bahawa beliau tidak bersalah malah mungkin akan menyaman pihak penguatkuasa! Jangan salahkan saya jika tanggapan saya kepada golongan ini bersarang di kepala saya kerana asas terbentuk tanggapan ini ialah dari pengalaman lampau di Zouk, Bangsar di mana secara ringkasnya mereka mengutuk tindakan penguatkuasa agama malah si pelaku menyaman pihak berkuasa agama. Dari sinilah bermula perjuangan golongan liberal dari kalangan orang Islam yang mahukan "polis moral" dihapuskan.
Sebelum itu Allahyarham Mufti Selangor Datuk Ishak Baharom dikecam hebat kerana tindakan menahan seorang wanita Muslim berpakaian tidak senonoh di khalayak ramai. Sikap Datuk Mufti Ishak Baharom mempertahankan enakmen itu membawanya kepada "pencen sebelum masanya". Bukan setakat itu sahaja malah tindakan menahan atas peruntukan undang-undang yang ada dikecam oleh pelbagai pihak termasuklah pemimpin Umno sendiri. Hanya PAS ketika itu mempertahankan kesahihan tindakan dari sudut peruntukan enakmen yang ada.
Dengan pengalaman yang lampau dalam kes penguatkuasaan enakmen Syariah, saya terus mengandaikan kes Kartika akan mengikut rentak yang sama kerana saya tahu golongan Liberal masih "bernafsu" melihat apa sahaja yang diperuntukan dalam perlaksanaan Islam akan terus dipolemikkan bagi mencapai tujuan mereka iaitu "Piawaian Moral tidak perlu dipaksakan!"
Dalam kesempatan ini, pengalaman juga memberitahu kepada minda saya bahawa ada dari mereka yang bukan Islam akan "tumpang" sama dalam isu penguatkuasaan Islam ini kerana mereka juga sudah lama mempertikaikan kedudukan undang-undang Islam seolah-olah melebihi undang-undang sivil yang ada! Itulah perjuangan suci mereka bagi membuktikan undang-undang syariah bukanlah yang supreme di negara ini.
Namun di sebalik semua bacaan tadi bersandarkan pengalaman lalu, Kartika sebagai pelaku menunjukkan reaksi yang sangat berbeza. Berlainan dengan pelaku-pelaku sebelum ini Kartika memilih untuk menghormati undang-undang syari'ah yang ada malah begitu bersungguh-sungguh meminta supaya hukuman ini dilaksanakan ke atasnya. Dia redha dan pasrah dalam kata-katanya" saya telah menconteng arang di wajah keluarga saya, saya menerima hukuman sebatan ini sebagai menebus maruah dan menjadi pengajaran kepada orang Islam lain supaya tidak melakukan perkara keji ini, saya benar-benar insaf".
Subhanallah, ini umpama kata-kata mutiara yang bersinaran dalam selerakan kaca-kaca yang tidak pernah melihat keindahan syariat atau sekurang-kurang mengiktirafi enakmen undang-undang Islam yang masih ada. Dalam kesibukan pengamal undang-undang dan golongan liberal berbahas tentang kesahihan hukuman ini, Kartika pula bersiap sedia untuk menerima hukuman dengan dada yang lapang dan redha, malah sudah bergegas ke penjara untuk menanti hukuman enam kali sebatan.
Ketika diberitahu hukumannya terpaksa ditangguhkan atas sebab Ramadan (walaupun hakikatnya ialah soal teknikal dan konflik undang-undang) , Kartika membuat laporan polis atas penangguhan ini kerana tidak mahu difahami oleh sesetengah pihak sebagai cuba lari dari dikenakan hukuman. Satu lagi tindakan Kartika umpama bintang yang berkelipan dalam kegelapan cahaya di mana hukuman undang-undang syariah selalu diperlekehkan dan dipersendakan.
Bagi saya kesungguhan Kartika dengan dorongan yang kuat oleh ayahnya adalah satu petunjuk kepada mulianya undang-undang syariah dimana ia dihormati disanjung dan berjaya membawa kesedaran tentang kejijikan "air setan" itu. Bukankah Kartika menjadi model keinsafan hasil "belaian" dan berkahnya undang-undang syariah?
Kalau bertanya kepada saya setakat model sambilan yang menjadi kerjaya Kartika tidaklah sehebat model keinsafan yang diraihnya kerana pengajaran dari undang-undang syariah yang diterimanya. Saya tidak mengenali Kartika namun jauh di sudut hati saya, saya dapat merasai keikhlasan dan ketulusan jiwa Kartika menerima kesalahanya yang dilakukan dengan penuh ketundukan kepada undang-undang syariah. Kartika memang wanita yang cekal dalam suasana pesalah syariah mengejek dan merendahkan undang-undang Islam. Biarlah saya memberi jaminan kepada Kartika bahawa sikapnya ini adalah contoh yang mulia yang layak mendapat petunjuk daripada Allah, Insyaallah.
Lain halnya dengan penonton yang melihat kes Kartika, mereka lebih sudu dari kuah, tidak ketinggalan menteri wanita yang melihat hukuman sebatan sebagai zalim. Mantan Perdana Menteri Tun Mahathir tidak ketinggalan memberi pandangan dengan menganggap hukuman sebat adalah tidak bertamadun.
Saya pelik, banyak kes sebelum ini kalau pun bukan kesalahan jenayah telah menggunakan sebatan mengapa tiada siapa yang menganggapnya sebagai tidak bertamadun? Apabila adanya hukuman sebatan jenayah syari'ah bergegarlah "satu Malaysia" mengutuk hukuman sebatan 6 rotan kerana kesalahan jenayah syaria'ah.
PM "Satu Malaysia" kata komuniti antarabangsa sedang memerhatikan kita..saya tidak faham apa maksud PM, adakah ia isyarat jangan laksanakan hukuman syari'at kerana dunia tidak suka atau apa maksudnya? Kerana Kartika usaha untuk menghapuskan hukuman sebatan tercetus semula!
Apakah yang menjadi terlalu kontroversi kepada hukuman sebatan ini sehingga semua pihak tiba-tiba berminat? Saya perlu membuat penjelasan , khusus kepada pembaca yang menganggap saya terlalu obsess dengan hukuman sebatan ini ataupun mereka menganggap saya yang banyak bercakap tentang kepelbagaian tiba-tiba menjadi taksob kepada perlaksanaan syari'ah kerana bagi pihak tertentu memilih syari'ah itu adalah eksklusif dan tidak sesuai di Malaysia. Izinkan saya menjelaskan.
Pertama: Undang-undang syari'ah di Malaysia diiktiraf dan wujud sejak sekian lama dan instituisi undang-undang syari'ah melalui berbagai perkembangan. Memandangkan Islam sebagai agama resmi persekutuan sewajarnya undang-undang syari'ah dihormati dan disanjungi sebagai identiti rakyat Malaysia, ini juga adalah kerana Raja-raja Melayu pelindung syaria't.
Kedua: Undang-undang syari'ah di Malaysia adalah di bawah kuasa Kerajaan negeri dan kuasa itu diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan di bawah senarai negeri-negeri. Setiap warganegara harus menghormati peruntukan syari'at ini.
Ketiga: Undang-undang syari'at hanya dipakai untuk orang Islam, jadi yang bukan Islam tidak harus berasa mereka dipaksa, mereka hanya dituntut untuk menghormatinya sebagai undang-undang yang berdaulat dan berwibawa.
Namun apa yang diterima sebagai hukuman jenayah syari'at di Malaysia tidaklah lengkap, kita hanya melaksanakan sebahagian daripada syariat dan bukan sepenuhnya, tetapi saya dapat menerima kaedah Islam yang mengajar saya "apa yang tidak dapat dilaksanakan semuanya maka sebahagian yang ada jangan ditinggalkan" .
Tetapi apa yang saya kesal ialah dalam suasana tidak lengkap itu, institusi syari'at masih ketinggalan hasil dari sikap acuh tak acuh Kerajaan yang tidak ada kekuatan politik untuk memastikan undang-undang syariat diperkasakan, walaupun undang-undang syariat diiktirafi oleh perlembagaan persekutuan. Antaranya ialah tiada peruntukan tahanan di bawah mahkamah syari'at, tiada penyebat yang menyebat dengan cara sebatan syari'at yang jauh berbeza dan lebih bersifat rahmah dari sebatan sivil. Sebab itu tidak heranlah dalam kes denda sebatan hanya beberapa kes sahaja yang dapat dilaksanakan, malah Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengakui bahawa aspek perlaksanaan denda syaria't termasuk sebatan mempunyai berbagai kekurangan.
Saya memuji Kartika bukan sahaja kecekalan Kartika mentaati perintah syari'at tetapi dengan ketegasannya untuk dikenakan hukuman syariat ke atasnya, Kartika telah mendedahkan kelemahan institusi perlaksanaan syariat. Orang ramai pula menyamakan sebatan sama dengan sebatan sivil, memang tidak dapat disalahkan tanggapan mereka termasuklah tanggapan Tun Dr Mahathir kerana Kerajaan tidak menyediakan peruntukan sebatan cara syariat yang syaratnya ketat supaya tidak mencederakan , ia lebih kepada mengajar daripada mendera, bukan seperti sebatan sivil yang dengan sekali sebatan cukup mensoyakkan kulit si pelaku! Bukankah dah tiba masanya institusi undang-undang syariah di Malaysia diperkasakan?
Dalam menjawab persoalan itu semua, tidak terbayang oleh rakyat Malaysia bahawa Kartikalah yang telah menyedarkan kita tentang perlunya semua ini, memang ajaib, seorang model sambilan yang telah melakukan kesalahan syari'at membuka jalan kepada perlaksanaan syariah yang lebih berkesan, ini semua kerana berkat Kartika mentaati perintah Allah dan Rasulnya. Sesungguhnya bulan Ramadan membawa kebaikan kepada umat ini dan ketika rakyat Malaysia menyambut kemerdekaan ke 52, Kartika seoalah-olah bertanya kepada kita merdekakah undang-undang syari'at di Malaysia?

TEGURAN UNTUK SEMUA.

at 1:34 AM
KUKU

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi. Jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang, bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut. Potonglah kuku anda.

The Truth

Jangan ada niat simpan kuku panjang, walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.


Percayalah.

Pasal tabiat berkuku panjang inilah yang membuatkan orang Melayu mundur dan tidak berjaya.
Syarikat Melayu yang bangkrap dan rugi teruk adalah kerana mempunyai pekerja dan pemilik yang berkuku panjang . Untuk yang bujang beringatlah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek... Insya-Allah.

Additional info

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu
E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri.
Nasihat Nabi Muhammad saw. kepada Saidina Ali rhu. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan, Nabi Muhammad Saw.. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di:
1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)
dan jangan memakai pada jari:
1] jari tengah
2] jari telunjuk
Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Perhatian : Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara- mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt.. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat kita pahala.

AKHLAK TERPUJI RASULULLAH...

at 1:31 AM
SEMOGA BERMANFAAT



Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap
harinya selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya,
Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu
pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka kalian akan
dipengaruhinya..

Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawakan
makanan, dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang
dibawanya kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahwa yang
menyuapinya itu adalah Rasulullah SAW. Rasulullah SAW melakukan hal ini setiap hari
sampai beliau wafat.

Setelah wafatnya Rasulullah SAW, tidak ada lagi orang yang membawakan
makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari sahabat terdekat
Rasulullah SAW yakni Abubakar RA berkunjung ke rumah anaknya Aisyah RA yang tidak lain tidak
bukan merupakan isteri Rasulullah SAW dan beliau bertanya kepada anaknya itu,Anakku,
adakah kebiasaan kekasihku yang belum aku kerjakan?

Aisyah RA menjawab,Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan
hampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja.
Apakah Itu?, tanya Abubakar RA. Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke ujung pasar dengan
membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada disana, kata Aisyah RA.

Keesokan harinya Abubakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk
diberikan kepada pengemis itu. Abubakar RA mendatangi pengemis itu lalu memberikan makanan
itu kepadanya. Ketika Abubakar RA mulai menyuapinya, sipengemis marah sambil menghardik,
Siapakah kamu?
Abubakar RA menjawab,Aku orang yang biasa (mendatangi engkau).
Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku, bantah si pengemis buta itu.

Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah.
Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut, setelah itu ia berikan padaku, pengemis itu melanjutkan perkataannya.

Abubakar RA tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu,
Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu.. Aku adalah salah seorang dari sahabatnya,
orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW.

Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan Abubakar RA, dan kemudian berkata,
Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia....

Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan Abubakar RA saat itu juga
dan sejak hari itu menjadi muslim.

Nah, wahai saudaraku, bisakah kita meneladani kemuliaan akhlaq Rasulullah SAW?
Atau adakah setidaknya niatan untuk meneladani beliau?
Beliau adalah ahsanul akhlaq, semulia-mulia akhlaq.

Kalaupun tidak bisa kita meneladani beliau seratus persen, alangkah baiknya kita berusaha
meneladani sedikit demi sedikit, kita mulai dari apa yang kita sanggup melakukannya.

Sebarkanlah riwayat ini ke sebanyak orang apabila kamu mencintai Rasulullahmu....

Sadaqah Jariah salah satu dari nya mudah dilakukan, pahalanya?
MasyaAllah....macam meter taxi...jalan terus.

Hampir keluar air mata saya apabila membaca kisah rasulullah ini…



Sadaqah Jariah - Kebajikan yang tak berakhir.

1. Berikan al-Quran pada seseorang, dan setiap dibaca, Anda mendapatkan hasanah..

2. Sumbangkan kursi roda ke RS dan setiap orang sakit menggunakannya, Anda dapat hasanah.

4. Bantu pendidikan seorang anak.

5. Ajarkan seseorang sebuah do'a. Pada setiap bacaan do'a itu, Anda dapat hasanah.

6. Bagi CD Quran atau Do'a.

7. Terlibat dalam pembangunan sebuah mesjid.

8. Tempatkan pendingin air di tempat umum.

9. Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau binatang berlindung dibawahnya, Anda dapat hasanah.

10. Bagikan email ini dengan orang lain. Jika seseorang menjalankan salah satu dari hal diatas,
Anda dapat hasanah sampai hari Qiamat.

Aminnnnnn semoga bermanfaat

ABU : IBNU ZAKARIA.

PTPTN OH SETAN...

at 1:30 AM
“Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan setan lantaran (tekanan) penyakit gila. Keadaan mereka yang demikian itu, adalah disebabkan mereka berkata (berpendapat), sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba, padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Orang-orang yang telah sampai kepadanya larangan dari Rabbnya, lalu terus berhenti (dari mengambil riba), maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum datang larangan); dan urusannya (terserah) kepada Allah. Orang yang mengulangi (mengambil riba), maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya.” (Al-Baqarah: 275)

1. Riba merupakan pemerasan dan penindasan yang terkutuk.

2. Riba menghilangkan rasa tolong menolong di antara satu sama lain.

3. Riba menambahkan kemelaratan dan kesusahan ke atas orang-orang susah dan miskin.

4. Riba menanamkan semangat tamak haluba kepada orang-orang yang berada dan kaum-kaum pemodal, sebaliknya menimbulkan semangat kebencian dan hasad dengki di dalam hati orang-orang miskin.

5. Orang-orang yang menjalankan perbuatan riba, di akhirat kelak akan menerima hukuman berat daripada Allah.

PTPTN RIBA !!!

KEBELAKANGAN ini kos pentadbiran yang dikenakan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah menjadi isu hangat sebagaimana yang selalu disiarkan dalam Forum Utusan Malaysia.

Secara umumnya, terdapat tiga isu yang ditimbulkan iaitu isu yang membawa kepada gesaan mengurangkan kos pentadbiran; isu yang membawa kepada gesaan menghapuskan kos pentadbiran; dan isu sama ada kos pentadbiran yang dikenakan PTPTN itu riba atau tidak.

Pada pendapat saya, daripada ketiga- tiga isu tersebut, isu berkaitan dengan riba yang paling signifikan dan besar implikasinya.

Sekiranya kos pentadbiran itu bukanlah berbentuk riba, ia tidak menjadi apa- apa masalah. Tetapi kalaulah jelas ia adalah riba, walaupun ia hanyalah empat peratus dan kini telah diturunkan menjadi tiga peratus, ia bukan sahaja bertentangan dengan ajaran Islam, tetapi membawa kepada implikasi yang cukup membimbangkan.

Pertama, Rasulullah s.a.w. melaknat pemakan, pemberi, saksi dan penulis riba sebagaimana dalam sebuah hadis sahih, Jabir melaporkan bahawa: “Rasulullah s.a.w melaknat orang yang memakan riba, memberi (membayar) riba, kedua- dua saksi dan penulisnya, dan baginda bersabda, golongan ini semuanya adalah sama”. (Muslim).

Kedua dan lebih berat lagi, Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w. mengisytiharkan perang kepada sesiapa yang terlibat dengan riba. Ini dirakam di dalam al-Quran yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan tinggalkanlah sisa-sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orang yang beriman. Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggal sisa-sisa riba), maka ketahuilah bahawa Allah dan Rasul-Nya memerangimu…” (al-Baqarah, 2: 278-279).

Kalaulah Rasulullah s.a.w. melaknat malah Allah s.w.t. dan baginda s.a.w. mengisytiharkan perang kepada mereka yang terlibat dengan riba, apalah lagi yang tinggal pada mereka yang terlibat itu?

Begitulah juga, kalaulah kos pentadbiran PTPTN itu merupakan riba, apalah lagi yang tinggal pada pelajar kita? Bolehkah generasi yang daripada awal-awal lagi terlibat dengan riba, kemudian memperoleh pekerjaan, menyara diri, menyara keluarga dan sebagainya diberkati dan dirahmati Allah s.w.t?

Bolehkah generasi yang terlibat dengan riba ini mentadbir negara dengan aman damai sedangkan Allah s.w.t. dan Rasul-Nya telah mengisytiharkan perang kepada mereka?

Inilah yang cukup membimbangkan.

Tetapi apakah kos pentadbiran itu riba sebenarnya?

Ada tiga syarat yang menjadikan sesuatu pinjaman itu berbentuk riba.

Pertama, wujudnya lebihan daripada jumlah pokok pinjaman; kedua, penentuan lebihan ini berkaitan dengan tempoh masa; dan ketiga, persetujuan terhadap syarat lebihan ditentukan terlebih dahulu oleh pemberi pinjaman.

Kaedah perkiraan kos pentadbiran yang dikenakan oleh PTPTN nampaknya memenuhi ketiga-tiga syarat ini. Pertama, tiga peratus kos pentadbiran itu merupakan lebihan daripada jumlah pokok pinjaman. Kedua, ia melibatkan satu tempoh masa. Dan ketiga, pemberi pinjaman, iaitu PTPTNlah yang menentukan lebihan tersebut.

Demi keselamatan generasi dan negara, pihak berkuasa perlulah memandang serius dan meneliti persoalan ini dengan sewajarnya.

Ditulis Oleh – DR. ZAHRI HAMAT,
Pusat Kajian Pengurusan
Pembangunan Islam (ISDEV),
Universiti Sains Malaysia.

Powered by Blogger | Entries (RSS) | Comments (RSS) | Designed by MB Web Design | XML Coded By Cahayabiru.com | Distributed by Sorpotel Recipe |