
Aku takut matiku dengan dosa,
lalu menjadi penghuni neraka.
Takut, kerana mati itu pasti, sedang ajal tidakku ketahui,
Tapi, Ia hilang dalam alpa
Kembali dengan mengingati-Nya
Janganlah Kau jauh dari ku
Janganlah Kau benci diriku
Dimana hendak ku bergantung jika bukan padaMu?
Dimana hendak ku memohon jika bukan padaMu?
Ya Rabb, cintaku untukMu, kekalkan ia dihatiku.
Beri aku kekuatan untuk jauh dari dosa
Kurniakan aku kekuatan agar iman merajai hatiku,
Agar syahadah jadi ucapan terakhirku
Agar matinya aku dalam redhaMu
0 comments