DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI
MASA ADALAH PEDANG
Hargailah masa yang ada utk dakkwah dan jihad fisabilillah...

InsyaAllah blog ini sebagai perkongsian ilmu bersama...
Selamatkan Palestin dengan tangan-tangan kita berjihad menentang Yahudi laknatullah.. Allahuakbar...!!!!

Sabda Rasulullah s.a.w.,

"Sungguh,jika ka'abah diruntuhkan batu demi batu, itu adalah masih ringan disisi ALLAH...berbanding ditumpahkan darah seorang ummat Islam".


Muslim...

Marilah kita sama2 doakan agar saudara seislam kita di filistin mendapat kemenangan,menegakkan agama Islam...jika berkesempatan..marilah sama2 berjuang...

dan tegakkan Khilafah...

sesungguhnya semua ummat Islam itu bersaudara...

DENGARKAN

LAPORAN KEMBARA ZIARAH DAN DAKWAH ORANG ASLI

Wednesday, March 31, 2010 at 8:00 PM




LAPORAN KEMBARA ZIARAH DAN DAKWAH ORANG ASLI

Tempat : Kotai, Beswok, Bersah dan Kuala Mu, PERAK.
Tarikh : 26-28 Mac 2010

Perjalanan dakwah dan ziarah Kuala Mu kali ini membuat saya sangat bersemangat untuk ke sana. Setelah lebih setahun hasrat untuk ke sana terpaksa disimpan demi melaksanakan tuntutan lain yang lebih penting. Rombongan kali ini terdiri daripada Sdr Salman dan isterinya, Aziyah dari Kedah, Sdr Azmarul, Wan, dan Rosdi dari Perlis, dan juga saya, Fuad dan Nurul Azmaihan dari Kuala Lumpur. Tidak lupa juga En Khairi yang bermootosikal dari Pulau Pinang.

Pada mulanya ada beberapa orang sahabat lain yang ingin turut serta, namun atas sebab tertentu, mereka tidak dapat turut sama. Kami bergerak dari Dengkil jam 12.15 pagi, perjalanan menuju ke Sungai Siput, Perak.

Kami bertemu dengan ahli rombongan yang lain di Sungai Siput pada jam 3 pagi. Setelah majlis ta’aruf untuk rombongan kali ini, perbincangan dan perlantikan amir di lakukan. Keputusan yang kami persetujui pada malam itu adalah untuk naik ke Kotai pada malam itu juga.

Pada saat sunyi malam membuai tidur orang lain, deruan enjin kereta dan 4x4 ini menambah lagi suara malam yang indah di sini. Malam itu bulan cerah menampakkan taburan bintang di langit. SubhanAllah, langit cerah ini mengizinkan perjalanan kami seperti mudah.

Kami tinggalkan kenderaan yang dinaiki dari Kuala Lumpur di rumah Cikgu Bob. Esok dia akan menyusul kami ke Kuala Mu dengan menunggang motorsikalnya yang hebat itu.

Malam itu, dua kenderaan 4x4 dan sebuah motosikal (HONDA-BAJA250) membelah jalan debu menuju ke destinasi pertama kami iaitu Kotai. Alhamdulillah, perjalanan kami dimudahkan ALLAH. Dalam perjalanan ke Kotai, tatkala waktu menghampiri Subuh, kami dapati ada kehidupan subuh hari yang menyambut kedatangan fajar dengan solat kepadaNya. Dari atas bukit, kami lihat ramai orang di sebuah kediaman yang berkelakuan seperti mengambil air wudhuk. Mereka dalam kumpulan yang ramai.

Kami tidak sempat untuk singgah sebentar kerana ingin sampai segera ke Kotai. Perjalanan kami teruskan, dan tiba di Kotai pada jam 6.30 pagi. Fajar Sabtu yang menyinsing di Kotai sangat indah. Dek kerana letih, kami terpaksa melelapkan mata seketika buat melepaskan lelah. Sarapan pagi itu, kami kongsi bersama beberapa penduduk kampong yang hadir.

Ramah mesra walau seketika meninggalkan kenangan berharga buat diri saya. Mencuba untuk mempelajari kemahiran komunikasi dengan masyarakat. Di Kotai, rombongan ini sempat menyiapkan tandas untuk kemudahan akan datang. Di ketuai oleh Sdr Azmarul dan dibantu oleh sahabat-sahabat yang lain.

Selepas siap, kami bertolak ke Beswok. Setibanya di sana, beberapa ahli rombongan telah berjumpa dengan Penghulu Daud bagi memaklumkan kehadiran kami di sana. Masyarakat Asli di Beswok ramah.

Setelah beberapa ketika berada di Beswok, kami menerima kehadiran para pendakwah dari rombongan yang lain. Mereka dari Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) dan JAKIM. Lebih dari 10 buah motosikal dan beberapa 4x4. Baru kami tahu, bahawa merekalah orang yang beramai-ramai mengambil wudhuk pada subuh hari. Mereka juga bertujuan untuk ke Kuala Mu. Namun, perjalanan mereka tidak dapat diteruskan kerana tidak dapat melepasi jalan yang teruk.

Oleh kerana itu, mereka pergi ke Kotai dan Beswok untuk mengadakan ziarah dan dakwah. Rombongan kami beransur pulang. Perjalanan seterusnya menuju Kuala Mu. Dalam perjalanan keluar dari Kotai, sebuah dari kenderaan kami mengalami kerosakan gear. Kenderaan comel itu terpaksa kami tinggalkan sementara waktu. Perjalanan kami teruskan dengan PINZGAUER yang sarat dengan muatan barang dan tambahan orang.

Benar, seperti apa yang diberitakan oleh rombongan dari JAIP dan JAKIM itu. Kami tiba di tempat yang dikatakan teruk jalannya. Doa di hati, moga ALLAH merahmati dan mempermudahkan urusan ini. Rombongan kami terdiri dari sebuah 4x4 dan motorsikal yang ditunggang oleh En.Khairi. sampai di suatu tempat yang agak teruk, En. Khairi terjatuh kerana keadaan jalan yang teruk. Motorsikal tidak dapat dihidupkan. Namun, usaha tanpa penat itu membuahkan hasil. Akhirnya kami melepasi Bukit Petai yang tinggi. Kami mengambil keputusan untuk ke Bersah, rumah Pak Hadu. Atas sebab perut yang sedang menyanyi lagu sedih minta diisi, penat serta rindu pada masakan Ummi (isteri Pak Hadu).

Nikmatnya makan di waktu lapar, Alhamdulillah. Kami solat dan rehat seketika di situ. Setelah petang hampir menjenguk diri, kami beransur lagi, meneruskan perjalanan ke Kuala Mu. Meriahnya Kuala Mu yang kita semua rindu. Rumah-rumah batu sudah banyak dibangunkan, menggantikan rumah buluh yang unik.

Kuala Mu sudah mula menunjukkan perkembangannya. Adik-adik yang dulu masih kecil, sudah besar. Mereka tersenyum melihat kami datang. Seperti selalu, mereka ramah bercakap, bertanyakan itu dan ini.

Ketika kami sampai, terdapat rombongan berbangsa Cina di situ. Untuk tidak mengganggu mereka yang sampai lebih awal dari kami, kami segera mengadakan Cak Raya pada sebelah malamnya. Sebelum Cak Raya dihidangkan, adik-adik di Kuala Mu duduk dalam program santai yang dikendalikan oleh Nurul. Meriah sungguh. Cak Raya malam itu, menunya adalah Gulai Telur dan sayur kobis, yang dimasak oleh semua ahli rombongan yang datang. ;) Setelah habis Cak Raya, kami pulang untuk bermalam di rumah Pak Hadu.

Ummi yang sungguh baik hati, menyediakan bantal-bantal yang cantik untuk kami. Keesokan harinya, rumah Pak Hadu meriah dengan kehadiran adiknya. Muslimin mengadakan perbincangan dan juga sesi temubual yang dirakamkan. Manakala Muslimat bersama adik-adik di halaman.

Ketika kami hampir hendak pulang, Cikgu Bob tiba dengan motornya. Muslimin duduk lagi bersembang, dan kami memanfaatkan masa ini untuk bermandi-manda dengan adik-adik. Semasa mandi, kami mengadakan aktiviti amali berwudhuk, membina istana pasir dan aktiviti menyabun badan mereka. Adik-adik ini gembira dengan aktiviti yang diadakan. Lebih berharga, mereka mengajar kami pula, bagaimana mendapatkan sabun mandian di tepi sungai. ;) Mereka sungguh kreatif !

Ziarah dan dakwah kali ini, bukan sahaja mengubat rindu kepada Kuala Mu dan kampong-kampung yang lain. Tetapi banyak perkara yang di perbincangkan untuk kemaslahatan akan datang. Perbincangan penangguhan ziarah dan dakwah di rumah Cikgu Bob mencatatkan beberapa perkara, antaranya keperluan untuk memenuhi permintaan Pak Hadu, bagi mengadakan majlis ilmu pada ziarah akan datang, bahan bantuan mengajar untuk kelas anak-anak di sana dan juga beberapa perkara lain yang berkaitan.

Majlis itu ditangguhkan dengan pedoman Al Asr, moga dengan ayatNya, kami dikalangan orang yang sabar mengerjakan dakwah ini.

WallahuA’lam.

Disediakan oleh :
Nurul Fikriyah bt Abdul Halim
USIM.

p/s : UNTUK TINDAKAN SAHABAT-SAHABAT YANG AKAN IKUTI PROGRAM AKAN DATANG :
- Diperlukan buku-buku panduan Fardhu Ain, panduan Belajar Solat, Belajar Jawi dan Buku-buku cerita pendek.
- Peralatan menulis dan mengajar (Whiteboard & Marker)
- Apa-apa yang berkaitan yang difikirkan sesuai.

Syukran. ;)

17,303 anak luar nikah didaftar 2009 .

Thursday, March 25, 2010 at 8:05 PM



17,303 anak luar nikah didaftar 2009
Oleh Mohd Azis Ngah
azis@bharian. com.my
2010/03/21

KUALA LUMPUR: Seramai 17,303 anak luar nikah Melayu atau tidak sah taraf didaftarkan di seluruh negara sepanjang tahun lalu.

Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Alwi Ibrahim, berkata bilangan itu meningkat 762 kes berbanding tahun sebelumnya. Pada 2008 seramai 16,541 anak luar nikah didaftarkan di JPN manakala pada 2007 seramai 16,100 orang.
Alwi menjelaskan dalam tempoh lima tahun lalu, JPN mencatatkan 74,723 pendaftaran anak luar nikah adalah membabitkan orang Melayu/Islam. Ini tidak termasuk kes buang bayi yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). “Sepanjang tempoh ini, 214,033 bayi pelbagai bangsa didaftarkan dengan status anak tidak sah taraf, termasuk kes anak yang tidak berbapa 104,834 orang dan 109,199 orang mengikut Seksyen 13, Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (Akta 299),” katanya kepada Berita Minggu.

Mengikut Seksyen 13, bayi itu dianggap anak yang dilahirkan hasil ikatan perkahwinan tidak teratur atau tidak sah mengikut undang-undang negara.

Ini termasuk anak hasil hubungan luar nikah bagi orang Melayu/Islam atau pernikahan tidak didaftarkan mengikut undang-undang negara. Bayi yang lahir kurang enam bulan dari tarikh pernikahan ibu bapanya juga termasuk dalam status sama.

Bagi anak pasangan bukan Islam, kebanyakan kes merujuk kepada anak dilahirkan sebelum tarikh pendaftaran perkahwinan atau anak yang tidak mempunyai bapa.
Dalam tempoh lima tahun dari 2005 hingga 2009, pendaftaran ‘anak luar nikah’ membabitkan orang Melayu menduduki tempat kedua dengan 74,723 kes, di belakang kaum-kaum lain dengan 91,922 kes, diikuti India (23,696 kes) dan Cina (23,692 kes).

Beliau berkata, bayi tanpa bapa daripada keturunan Melayu/Islam diletakkan nama diikuti ‘bin’ atau ‘binti’ Abdullah atau mana-mana nama pilihan Asma Al-Husna (nama-nama Allah).

“Keputusan itu selaras ketetapan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan ia juga selaras format baru sijil kelahiran yang memerlukan nama penuh bayi berserta bin atau binti dipaparkan pada sijil kelahiran.

“Bagaimanapun, hanya maklumat ibu akan dimasukkan dalam sijil kelahiran bayi berkenaan dan nama pada MyKad kanak-kanak itu kekal menggunakan nama dalam sijil kelahiran,” katanya.

Bagi kes bayi pasangan yang berkahwin di luar negara tanpa mendaftar semula di Malaysia, beliau menasihatkan mereka menyelesaikan urusan dengan pihak berkaitan termasuk majlis agama atau mahkamah.

“Jika anak dilahirkan di luar negara, daftar dengan kedutaan dan apabila pulang ke Malaysia, daftar semula dengan JPN.

“Bagi kes yang tidak mendaftar perkahwinan mereka tetapi sudah mempunyai anak, mereka boleh mendaftar terus untuk dapatkan sijil kelahiran tanpa perlu dokumen daripada mahkamah, tetapi nama bapa tidak akan dimasukkan dalam rekod.
“Maklumat itu boleh diganti dengan nama sebenar bapa selepas mendapat pengesahan status perkahwinan,” katanya

http://www.bharian. com.my/bharian/ articles/ 17_303anakluarni kahdidaftar2009/ Article/

apa usaha kita untuk Islam???

Coca-Cola: Pelaburan tidak baik untuk komuniti, kesihatan awam.

Wednesday, March 24, 2010 at 10:02 PM




Coca-Cola: Pelaburan tidak baik untuk komuniti, kesihatan awam


Oleh Presiden CAP
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) merasa amat bimbang apabila mendapati Syarikat Coca-Cola akan mendirikan kilang pembotolan minumannya di Negeri Sembilan, Malaysia. Ketika majlis pecah tanah yang diadakan pada 16 Mac 2010 di Bandar Enstek, Nilai, wakil syarikat menyatakan bahawa Coca-Cola akan menguasai pasaran minuman tempatan yang akan mensasarkan lebih daripada 60% penduduk iaitu mereka yang berusia di bawah 30 tahun.

Minuman Coca-Cola itu sendiri sebenarnya tidak elok, ia tidak lebih daripada karbonat, pewarna, asid, perisa, air yang dimaniskan yang berbahaya kepada kesihatan. Syarikat Coca-Cola juga tidak dapat lari daripada kontroversi kerana didakwa mencabuli hak asasi manusia dan alam sekitar di beberapa buah negara.

Tidak dapat dinafikan bahawa minuman ringan yang dipenuhi dengan gula seperti Coca-Cola mempunyai kesan negatif ke atas kesihatan. Malaysia merupakan negara ke-8 pengguna gula tertinggi di dunia dengan purata 26 sudu teh gula sehari diambil oleh setiap rakyat Malaysia.

Ujian oleh CAP mendapati minuman ringan di dalam tin mempunyai kandungan gula antara 4 – 8 sudu teh dan Coca-Cola mengandungi 7 sudu teh gula. Apabila Syarikat Coca-Cola merancang untuk mensasarkan belia Malaysia, kami bimbang akan implikasi kesihatan yang akan dibawa olehnya.

Gula bukanlah sebahagian daripada diet semula jadi kita, jadi walaupun satu tin minuman ringan diambil sehari, ia adalah tidak sihat dan tidak perlu sama sekali. Malah pada hakikatnya terdapat lebih daripada 60 penyakit yang telah dikaitkan dengan pengambilan gula dalam dokumen perubatan.

Kerajaan Malaysia melalui kementeriannya menjalankan kempen untuk mengurangkan pengambilan gula. Adalah menjadi satu ironi untuk membenarkan pembinaan kilang Coca-Cola di Malaysia memandangkan ia jelas merendahkan usaha untuk mengurangkan pengambilan gula.

Kami amat bimbang bahawa lebih ramai orang yang akan dijangkiti dengan penyakit yang dikaitkan dengan gula dan obesiti dengan menjemput Syarikat Coca-Cola untuk membina kilang pembotolan di negara ini dan berdasarkan strategi pemasarannya.

Adakah kerajaan melakukan penyelidikan yang sempurna sebelum meluluskan pelaburan ini, yang jelas diluluskan secara cepat sepertimana yang dilaporkan bahawa syarikat itu hanya mengambil masa empat bulan selepas perbincangan awal untuk menubuhkan kilang itu di sini.

Bagaimana dengan permintaan untuk air bagi kilang ini? Berapa banyakkah air yang akan digunakan oleh kilang ini dan dari mana sumber air ini akan diambil? Baru-baru ini terdapat laporan berhubung catuan air di Seremban akibat kemarau panjang dan kekurangan hujan di kawasan tadahan air. Kekurangan air ini akan kerap berlaku akibat kesan daripada perubahan iklim.

Selepas kilang Coca-Cola ini mula beroperasi, kami bimbang air yang amat diperlukan oleh orang ramai ini akan dialihkan kepada pihak industri. Perkara ini perlu diambil serius memandangkan Syarikat Coca-Cola mempunyai reputasi yang buruk dalam bentuk konflik dengan komuniti dalam perjuangan mereka untuk mendapatkan air.

Jawapan kepada kekurangan air bukanlah dengan membina lebih banyak empangan kerana empangan boleh menyebabkan kesan negatif kepada alam sekitar.

Perjuangan untuk mempertahankan alam sekitar terhadap Coca-Cola di India seharusnya menjadi amaran kepada kita. Amalan Syarikat Coca-Cola di beberapa negeri di India telah mengakibatkan kesukaran kepada komuniti, ia termasuklah kekurangan air yang serius, pencemaran, masalah kesihatan, kelaparan dan kehilangan pendapatan daripada pertanian.

Rekod buruk Coca-Cola tidak terhad kepada India sahaja, ia juga berdepan dengan dakwaan pencabulan hak asasi manusia, pencabulan terhadap buruh dan pencabulan terhadap buruh kontrak di Colombia, Turki, Pakistan, China, Afrika Selatan, dan Guatemala.

Kami berpendapat pembinaan kilang Syarikat Coca-Cola ini akan menjejaskan komuniti, kesihatan awam dan alam sekitar. Sehubungan itu, CAP menuntut agar kerajaan Malaysia membatalkan rancangan untuk membina kilang Coca-Cola di negara ini.

SM Mohamed Idris,
Presiden CAP

NGO Fail Saman Terhadap Sisters In Islam

at 10:01 PM



NGO Fail Saman Terhadap Sisters In Islam

Sumber Bernama

KUALA LUMPUR: Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini menfailkan saman pemula terhadap Sis Forum (Malaysia) di sini bagi melarang pertubuhan itu menggunakan nama Sisters In Islam sebagai nama dan pengenalan organisasi.

Dewan Pemuda Masjid Malaysia memfailkan saman itu melalui Pengarah Eksekutifnya Mohd Taqiuddin Abdullah di pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi di sini menerusi Sahlan & Associates.
Organisasi itu menamakan Sis Forum (Malaysia) sebagai responden.

Dalam saman pemula itu, Dewan Pemuda Masjid memohon perintah satu deklarasi bahawa nama organisasi responden yang sah di sini undang-undang bukanlah Sisters In Islam dan memohon satu perintah bahawa responden tidak dibenarkan dan dilarang daripada menggunakan nama Sisters In Islam sebagai nama dan pengenalan yang menunjukkan identiti responden dalam mana-mana risalah, surat-menyurat, penerbitan dan/atau kenyataan responden sama ada di internet, media cetak dan elektronik sehingga ia dibenarkan di sisi undang-undang.

Pemohon juga memohon perintah memaksa responden mengeluarkan nama 'Sisters In Islam' daripada papan tanda laman web responden, bahan-bahan cetak dan penerbitan responden dan menghalang responden daripada mengedarkan bahan-bahan terbitan, cetakan dan siaran yang menggunakan nama Sisters In Islam sehingga responden dibenarkan secara sah di sisi undang-undang.

Pemohon juga memohon kos dan relif lain.

Menerusi afidavit sokongan, Mohd Taqiuddin mendakwa Sis Forum telah melanggar Akta Syarikat 1965 iaitu menggunakan nama 'Sisters In Islam' sebagai nama organisasi dalam kegiatan seperti penulisan artikel, penerbitan dan kenyataan akhbar.

Beliau mendakwa berdasarkan 'Memorandum Of Association' milik responden, tiada dinyatakan bahawa matlamat penubuhan dan objektif mereka adalah untuk wanita Islam tetapi lebih kepada gerakan feminisme sekular yang menyokong dasar kesamarataan antara lelaki dan wanita.

Mohd Taqiuddin juga mendakwa responden banyak kali menggunakan nama 'Sisters In Islam' dalam mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan syariat Islam seperti poligami dalam Islam, pegangan agama anak di bawah umur dan mempertikaikan hukum pakaian menutup aurat dan pakaian yang diwajibkan ke atas wanita Islam.

Dakwanya lagi, perbuatan responden menggunakan nama tersebut menggambarkan seolah-olah sebagai organisasi Islam hingga mengelirukan orang ramai dan kenyataan yang dikeluarkan mencetuskan ketidaktenteraman awam dan menghina Islam. - BERNAMA

Agen Israel dalam sistem komunikasi PDRM

at 9:59 PM




Agen Israel dalam sistem komunikasi PDRM



Keseluruhan tender pembinaan sistem komunikasi yang akan ditukar dari analog kepada digital telah pun diserahkan secara rasmi kepada Asiasoft (M) Sdn. Bhd. (no. Syarikat : 150529-H).

Syarikat ini adalah milik penuh kepada syarikat tunggalnya iaitu Asiasoft Pte. Ltd. Yang berpengkalan di Singapura. Nilai penuh tender yang diberikan kerajaan Malaysia ialah RM1 billion tetapi dikecilkan menjadi RM42 juta.

Apa yang mencurigakan ramai penyelidik ialah ‘individu’ yang bertanggungjawab membina sistem itu. Individu tersebut dikenalpasti sebagai bekas tentera Israel yang berkhidmat sebagai programmer semasa di Israel.

Programmer yang bernama Izhak David Naskar yang memegang pasport Israel bernombor 10902695 itu masih lagi warganegara Israel. Jadi, bolehkah kita menganggap ini suatu kebetulan?

Paling membimbangkan ialah Izhak bukanlah tentera atau programmer biasa, beliau adalah ‘pakar’ sistem komputer yang telah memenangi anugerah daripada Kementerian Pertahanan Israel. Malah beliau juga bertanggungjawab membina sistem risikan berteknologi tinggi untuk pasukan pertahanan Israel sekitar 1970 hingga 1987.

Seorang lagi rakan Izhak yang bertanggungjawab membina sistem komunikasi PDRM ialah Ido Sccheschter yang memegang pasport Israel bernombor 56626252. Ido pula lebih mencurigakan kerana selaku ahli pasukan yang bertanggungjawab membina sistem komunikasi untuk PDRM bersama-sama Izhak, hingga saat ini beliau masih lagi seorang tentera Israel yang sah bukannya tentera pencen.

Apakah yang menyebabkan PDRM mengambil orang-orang Israel ini? Adakah kerana terdesak atau didesak?

Bukankah lebih baik jika melantik programmer-programm er dari kementerian pertahanan Iran yang sememangnya lebih pakar dari Israel.

pertingkatkan usaha dakwah kita...ALLAHUAKHBAR...

at 9:57 PM




Na'uzubillah....
PENTING! Pengakuan Ikhlas Seorang Umat Islam

KISAH BENAR PENGAKUAN BEKAS PADERI KRISTIAN. TOLONG SEBARKAN JIKA ANDA
PRIHATIN PADA AGAMA ISLAM KITA!!!!!

Nama saya Salleh Bin Omar, nama Kristian Joseph.

Saya dilahirkan di Kedah pada 5/5/1940, bapa saya seorang India
Muslim dan mak saya orang Banting, Selangor. Bapa saya telah pulang ke India
dan emak saya berada di Kedah,Pondok Kg Pisang. Pada 1970 saya telah
pergi ke Johor Bahru untuk mencari kerja bersama-sama kawan-kawantetapi gagal. Saya terpaksa
tidur di stesen keretapi. Saya telah bertemu dengan seorang paderi bernama Father Chong. Kami diberi layanan istimewa,tempat tinggal, makan dan minum dan tinggal selama 2 tahun. Kami diajar sembahyang dalam bahasa Inggeris. Pada satu hari iaitu dalam tahun 1974, saya telah bertemu dengan seorang paderi besar di Malaysia, dari KualaLumpur bernama Kamaruddin Hj Ahmad. Beliau telah membawa saya tinggal diseksyen 14, Jalan Gasing, Petaling Jaya. Kami belajar selok belok agama Kristian di Gereja Jalan Gasing dan dibina khas! untuk orang Melayu beragama Islam (ada hingga sekarang).Setelah satu tahun saya tinggal disana, saya telah dihantar ke Indonesia selama 6 bulan, belajar cara-cara
untuk sembahyang orang mati, talkinkan orang dan macam-macam lagi dalamBahasa Malaysia .

Saya belajar sekali dengan Ibu Tien Suharto yang menjadi pemimpin
Agong Wanita Kristian seluruh Asia dan Bendahari Agong wanita Kristian
seluruh Indonesia . Saya pulang ke Malaysia, kemudian dilantik sebagai
pendakwah dari Perlis hingga ke Johor Bahru. Oleh kerana saya aktif di gereja, saya dihantar
pula ke Filipina selama 1 bulan, belajar selok belok Kristian dalam
bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia kerana terdapat orang Malaysia ,Singapura dan orang Filipina.
Kemudian saya balik ke Malaysia sebagai pendakwah dibayar RM60.00
sehari, kenderaan percuma, seramai 6 orang. Selepas itu dihantar ke Singapura selama 1 bulan di Port Carzy bersama En Aziz orang Telok Intan. Beliau adalah Setiausha Agong Persatuan Melayu
Kristian Singapura. Beliau juga adalah bekas Tentera Udara Di Raja dan berhenti memegang jawatan setiausha agong Kristian Singapore . Apabila dilantik ke gereja saya masih lagi ketua dakwah bersama 6 orang kawan.

Saya dihantar ke Baptish Church di Ipoh, dibekalkan duit RM1,400.00, bersama 2 orang kawan dan sebuah kereta untuk mengkristiankan pelajar-pelajar dan pemuda-pemuda Negeri Perak.... Pada bulan Januari saya berasa tak tenteram dan telah bertemu dengan Tuan Ibrahim, Kadi daerah Ipoh
dan membawa saya bertemu MuftiNegeri Perak dan En Azlan, Pengarah Jabatan Agama dan saya terus
bertaubat.

Jumlah Kristian seramai 3,000 orang telah dikristiankan, terutama penduduk Negeri Perak dan Johor Bahru, Manjoi dan Rapat Setia (Perak). Cara hendak mengenali mereka Lelaki - Berseluar hitam, berbaju putih, bertali
leher hitam, bawa beg James Bond (elaun satu hari RM60.00 ). Perempuan - Berbaju putih skirt hitam dan reben hitam. Di Kuala Lumpur - Daya Bumi, Kota Raya dan Sg Wang Plaza.

Cara-cara berdakwah:
Mereka akan menemubual, tanya asal terutama pencari kerja. Pendakwah
akan belanja makan apa saja, mempelawa tempat tinggal(asrama 120 katil, makan disediakan) didakwah dengan kaset, cara perlahan-lahan diajak sembahyang dengan diberi satu cross selepas dibawa sembahyang akan diberi sejenis air hitam (holy water). Setelah diberi minum 1 minggu lidah menjadi hitam, tidak boleh mengucap dan mendengar azan macam menutup telinga hal dakwah Islam tidak mahu. Air itu khusus untuk orang Islam sahaja. Kewangan gereja RM12.6 juta, sumber dari Sabah, Sarawak ,Filipina dan Singapura.

Motorola adalah penyokong dakwah Kristian ini (terletak di Petaling
Jaya, Pulau Pinang dan Senawang). Senawang terlibat seramai 200 orang, ketua di Senawang, Haji Hanapi Saat dan Hj Ismail orang Sungai Petani Kedah. Haji Hanapi bekas guru - akibat desakan hidup terpengaruh dengan Kristian. Sekolah yang paling teruk dilanda Kristian ialah Victoria Institution. Pengetuanya En Ismail Rahim. 20 orang telah Kristian-susah untuk diberi nasihat kerana kebanyakannya anak menteri dan datuk-datuk.

Di Ipoh
Sekolah Tengku Abd Rahman (STAR)- 2 orang Sekolah teknik seorang pelajar perempuan (bersalib) telah bertaubat, bila saya tanya, katanya untukmain-main saja, akhirnya dia bertaubat. Banting Kamariah bt Sidek -
lepasan sekolah ditarik oleh seorang guru Cina (pendakwah Cina dibayar RM165.00 sehari) En Salleh Omar yang menawarkan cek sebanyak RM10 juta kepada Yusof Noor untuk mengadakan persidangan Kristian sedunia (sebagaimana tersebar di akhbar)1982.

Salasiah bt Sidek- Sekolah Tengku Khursiah, Seremban balik ke Nibong Tebal, accident motor, didalam tudungnya ada salib. Punca terjebak dalam Kristian:

1. Desakan hidup
2.. Kurang agama

Beliau telah dapat menarik semula 300-400 orang
kepada Kristian.Beliau sekarang bekerja dengan Badan Kebajikan
Islam Perak. Beliau mendedahkan juga matlamat 1990 untuk menawan satu Malaysia/Brunei kepada
Kristian. Padri Besar di Malaysia ialah Kamaruddin Hj Ahmad. Pairin Ketingan adalah penaungnya dan saya sebagai timbalan padri itu. Beliau telah dihantar ke Melaka (masjid paling banyak). Beliau pergi
setiap masjid bertanya imam dan bilal untuk membuat kajian mengapa umat Islam malas ke masjid. Selepas mesyuarat 3 hari saya hantar 6 orang pendakwah, tidak sampai sebulan 400 orang telah masuk Kristian di Melaka.

Target Kristian: Pemuda yang tidak faham agama, ada yang tidak tahu Fatihah dan dengan rock-pameran di kapal-kapal. Cara untuk masuk Kristian, mereka perlu gambar 2 keping dan duit setem $7.00 pergi ke mahkamah di Selangor, Kedah, Kuala Lumpur angkat sumpah. Nama dalam kad pengenalan tidak ditukar
(sukar nak dikesan)

Beliau beri penerangan kepada
1. Polis Bukit Aman,
2. Pusat Islam (untukmenyedarkan umat Islam)
Bila dibaca kitab tidak akan terpengaruh dengan Kristian ini. Seorang bekas padri Abd Rahman Yaakob
(Pengarah Anti Dadah,Batu Gajah) pernah menjadi padri selama 23 tahun. En Abd Rahman adalah
berdakwah didalam bahasa Inggeris. Beliau sebagai padri dikenakan 4 syarat
1. Tidak boleh hisap rokok
2. Tidak boleh minum arak
3. Tidak boleh makan benda-benda berdarah
4. Tidak boleh kahwin.


Holy water dibawa dari Indonesia (Ketua padriIndonesia) bapak Bruto yang menyediakan air ini.. Percetakan buku-buku Kristian di Cheras telah disiasat dan mereka ada lesen. Ketua padri Kamaruddin Hj Ahmad. Dalam
pada berdakwah Kristian sebanyak 3 negeri tak boleh dimasuk Kristian iaitu,Kelantan, Kedah dan Terengganu, mereka pernah dipukul hingga patah tangan.

PENGUMUMAN - HARAP DISAMPAIKAN! KPD
ORANG ISLAM KITA
'Sebarkanlah walausatu ayat pun'
(Sabda Rasulullah SAW) 'Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan
mengampuni bagimu dosa-dosamu.
Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya,
maka sesungguhnya ia telahmendapat kemenangan yang besar.'


(Surah Al-Ahzab:71) demi kebaikan kita bersama untuk
suami,isteri,anak-anak,kaum keluarga,saudara- mara, sahabat-handai dan
generasi akan datang yang kita sayangi. 'Agungkanlah dan laungkanlah
'Allah hu Akbar'......maha suci Allah.


ALLAHUAKHBAR...ALLAHUAKHBAR...

ALLAHUAKHBAR

...denial

Wednesday, March 17, 2010 at 6:11 PM
in sya ALLAH...suatu hari nanti aku akan menerangkan segala-galanya kepada anak-anakku. Aku pun tahu, tak patut aku berkelakuan sebegini rupa kan...umur pun dah lanjut usia. Tapi, salah kah aku??? salah kah aku ingin dibelai dan dimanja seperti orang lain??? aku pun manusia juga kan? maaf jika "statement" aku ni mengguris hati dan perasaan sesiapa yang terlibat...

namun, aku juga tahu...aku tidak semestinya berkelakuan mengalahkan anak-anak muda. maybe...yang tu aku silap, aku pun sedang memperbaiki kesilapan dan kekhilafan diriku ini...aku sentiasa mengharapkan sokongan dan dorongan daripada kawan-kawanku semua. aku juga tahu perbuatan ku ini tidak molek disisi agama dan akan meruntuhkan serta merosakkan nama agama kita.

dia datang dalam hidupku tanpa ku sedari...dia menyerikan hidupku seperti alam muda ku dahulu kala. dia dapat membahagiakan ku dan melayaniku seperti sang puteri idaman hati. dia mencintaiku sepenuh hatinya dan telah berjanji setia untuk hidup dan mati hanya bersamaku. apa yang boleh kulakukan wahai sahabat? aku terlalu sayangkan dia dan telah memberikan seluruh hatiku ini kepadanya.

dan ingatlah sahabat...dikau pun manusia sang insan yang bersifat pelupa dan naif jua. aku pun sama seperti mu, kita adalah sama dan serupa. tidak lari daripada melakukan kesilapan. namun, sahabat...aku sentiasa memohon kpeada ALLAH agar hubungan ku dan dia akan berakhir dengan kejayaan yang sentiasa ku idam-idamkan. inginkan kebahagian dan kehidupan yang menjaminkan keharmonian rumah tangga.

lagipun, anak-anak ku semua sudah meningkat dewasa. aku tidak tahu umurku ini sampai bila dan bila ajlku kan datang menjemputku. aku ingin pabila diri ini sudah tidak larat nanti, ada seseorang yang ikhlas dan sudi menemani ku untuk kesekian lamanya. agar sakit demam ku nanti tidak terabai kerana kesibukan anak-anakku dengan dunia mereka sendiri.


sahabat, kau jangan risau...suatu hari nanti akan ku ceritakan kesemuanya kepada mu dan anak-anak ku. duhai sahabat...datanglah dihari persandingan ku anati...semoga dirimu juag kan bahagia dunia dan akhirat yang kita akan tuju nanti...dan ingatlah tempat kita di akhirat sana...

Powered by Blogger | Entries (RSS) | Comments (RSS) | Designed by MB Web Design | XML Coded By Cahayabiru.com | Distributed by Sorpotel Recipe |