DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI
MASA ADALAH PEDANG
Hargailah masa yang ada utk dakkwah dan jihad fisabilillah...

InsyaAllah blog ini sebagai perkongsian ilmu bersama...
Selamatkan Palestin dengan tangan-tangan kita berjihad menentang Yahudi laknatullah.. Allahuakbar...!!!!

Sabda Rasulullah s.a.w.,

"Sungguh,jika ka'abah diruntuhkan batu demi batu, itu adalah masih ringan disisi ALLAH...berbanding ditumpahkan darah seorang ummat Islam".


Muslim...

Marilah kita sama2 doakan agar saudara seislam kita di filistin mendapat kemenangan,menegakkan agama Islam...jika berkesempatan..marilah sama2 berjuang...

dan tegakkan Khilafah...

sesungguhnya semua ummat Islam itu bersaudara...

DENGARKAN

KEMBARA ZIARAH DAKWAH ORANG ASLI KUALA MU, FELDA LASAH, SG.SIPUT, PERAK - DISEMBER 09.

Saturday, December 12, 2009 at 7:42 PM




LAPORAN KEMBARA ZIARAH DAKWAH SAHABAT KITA ORANG ASLI
KUALA MU, FELDA LASAH, SG.SIPUT, PERAK. (04-06 DISEMBER 2009)

Kembara ziarah dakwah Ummah Aid & Muhammadiyah International(teraju utama : ayahanda ustaz Wahab)& Prihatin Malaysia kali ini diteruskan lagi bagi menjalankan program rutin untuk bulan Disember kepada SAHABAT KITA Orang Asli. Untuk kali ini, kembara ziarah dakwah yang setiap bulan dianjurkan ini, disertai oleh peserta Akademi Dakwah (AD 09)satu program anjuran ANGKATAN PEMUDA-PEMUDI ISLAM (API) serta dibantu oleh kumpulan pacuan 4 roda (4WD) Utara Offroad serta dari Unit Amal Malaysia. Kembara ziarah dakwah sahabat kita ini bermula pada 04 Disember hingga 06 Disember 2009. Walaupun, tempoh kembara kali ini agak singkat, namun kesannya amat bermakna dan tidak mungkin dapat dilupakan oleh semua sahabat dan sahabiah yang menyertainya serta SAHABAT KITA Orang Asli yang terlibat.

Kembara ziarah dakwah kali ini disertai oleh tiga kumpulan utama iaitu kumpulan dari Selangor, Pulau Pinang dan Perlis. Kumpulan dari Selangor diketuai oleh ana (Fuad), kumpulan dari Perlis diketuai oleh Ustaz Wahab dan kumpulan dari (AD '09) Pulau Pinang diketuai oleh Akh Amir (pengerusi API). Jumlah mujahid dan mujahidah yang berjuang untuk kembara ziarah dakwah SABAT KITA kali ini, seramai enam puluh (60) orang, iaitu 5 dari Selangor, 27 dari (AD '09) Pulau Pinang dan 8 dari Perlis + Kedah + Johor + Melaka + Chan Rai, Tahiland(sahabat ayahanda ustaz wahab), 5 dari Unit amal Malaysia dan 15 dari "Group Utara Offroad" . Manakala, kekuatan kenderaan yang terlibat dalam kembara ziarah dakwah kali ini sebanyak 13 buah buah pacuan empat roda iaitu dua buah dari Perlis (Land cruiser11 & Steyr Daimler Puch(Truck Kuning) kepunyaan sahabat kita abg Azmarul. sebelas buah dari Utara Offraod, bermacam jenis 4WD.

Setelah syura,jam 3.00am Cikgu Khalid peserta AD '09 telah dilantik sebagai amir dalam Kembara ziarah Dakwah kali ini, manakala akh Hadi juga peserta AD '09 dilantik sebagai imam solat jemaah. Muslimat pula (diketuai ukht Wahida, peserta AD '09) dipertanggungjawabkan untuk menyediakan makanan kepada ahli kembara ziarah dakwah dan SAHABAT KITA Orang Asli, juga dibantu oleh muslimin. Manakala, Akhi Salman dan Akhi amir bertindak sebagai Komanden Kembara. Lokasi utama kembara kali ini ialah kampung Orang Asli Kotai / Kuntai dan Kuala Mu. Namun, setelah syura keputusan dibuat setelah mempertimbangkan faktor masa yang terhad, kembara ini diteruskan hanya ke Kuala Mu. Tetapi, ayahanda Ustaz Wahab dan Abg Azmarul memulakan perjalanan terlebih dahulu lebih kurang jam 2.30 am. Kerana mereka ada kerja di Kotai/Kuntai. Perjalanan yang dibantu oleh "Group Utara Offroad" bermula esok paginya jam 7.00 am, bertolak dari masjid mukim Felda Lasah. Perjalanan ini terpaksa dilewatkan kerana pemandu "Group Utara Offroad" ingin berehat dari kepenatan terlebih dahulu. maka terpaksalah saya tidur balik, dari Kuala Lumpur jam 11.00pm saya sudah tiba di masjid Felda Lasah.

Seusai solat subuh berjemaah di masjid mukim Felda Lasah, lebih kurang jam 7.30am kami memulakan perjalanan bagi tujuan memenuhi perjuangan kami bagi menegakkan kalimah tauhid lailahaillallah kepada SAHABAT KITA orang asli di hutan sana. hal inilah yang sentiasa memanggil-manggil hati saya untuk terus istiqomah berjuang demi kalimah tauhid ini, serta semangat jihad dan syahid dijalan ALLAH impian kami semua in sya ALLAH... saya masih ingat kata ayahanda ustaz wahab dan merupakan hadist Rasulullah " tidak akan bertemu dua debu di akhirat nanti, iaitu debu berjuang di jalan ALLAH dan debu api neraka" . semoaga debu-debu perjuangan ini menjadi saksi dihadapan ALLAH S.W.T kelak serat penghapus dosa kita. ameen...

setelah beberapa buah 4WD kepunyaan "group Utara offraod" mengisi minyak di Pos Perlop, kenderaan Kembara ziarah dakwah mula memasuki jalan merah menuju ke kampung Orang Asli. Kembara Ziarah dakwah ini melintasi lima belas (15) buah kampung Orang Asli termasuklah kampung Orang Asli pecahan. Kampung-kampung tersebut ialah kampung Orang Asli Bawong, Kajang, Saseh, Kemores, Cemakah, Santih, Jai (Jey), Chua’ant, Pos Legap, Rengkeh, Dawoi, Ke’ep, Bersah, Toh dan Gapeh hilir atau kampung seberang (seberang sungai dengan Pos Kuala Mu). Di sepanjang Kembara ini, kami berjumpa dengan ramai SAHABAT KITA Orang Asli. Mereka melambai-lambaikan tangan serta melemparkansenyuman manis kepada kami, setelah kami melambaikan tangan tanda PERSAHABATAN(UKHWAH ISLAMIAH) serta melemparkan senyuman gembira serta penuh harapan dan keyakinan yang mana, mereka suatu hari nanti menjadi saudara seislam dengan kita. inilah baru boleh dikatakan 1(satu) Malaysia, pabila semua satu agama. :).


Kami rasa teruja dengan keindahan alam semula jadi di sepanjang perjalanan ini, namun sayang ia telah pun mula disentuh dek ‘tangan-tangan’ pembangunan. Banyak bukit bukau yang telah ditarah, keindahan flora dan fauna telah digantikan dengan pelbagai tumbuhan industri seperti sawit, getah, koko dan sebagainya. saya sempat berborak dengan akhi Amir semasa dalam perjalanan kembara ini berkaitan kemusnahan 'alam semula jadi sepanjang jalan yang kami lalui.Ia dilakukan atas alasan untuk menyeimbangkan masyarakat Orang Asli dengan pembangunan arus perdana negara. Sebaliknya, kesan dari tindakan tersebut telah membawa masyarakat Orang Asli ke arah kemiskinan yang lebih parah dan sering dieksploitasi oleh peraih luar untuk mendapatkan hasil mahsul hutan. sahabat saya Haji Razak sempat menanyakan hal ini kepada Penghulu Jamal kampung Toh, mereka pernah menjual kayu gaharu kepada peraih. Kayu gaharu bagi gred A dibeli oleh peraih dengan harga RM2,000 -RM3,000 bagi satu kilogram. sedangkan rasanya harga diluar lebih mahal.

Perjalanan kembara ziarah dakwah kali ini banyak dugaannya, sebuah pacuan 4 roada rosak dan gear 4WD nya tidak boleh berfungsi. maka tersangkut di permulaan bukit "abg nuar". :) , ALHAMDULILLAH, kecekapan pemandu "Group Utara Offroad" dapat mengatasi segalanya. pacuan 4 roda yang tersangkut itu tadi telah di tarik disepanjang bukit "abg nuar"(tempat Yala tersungkur menyembah bumi demi perjuangan yang hakiki menyampaikan dakwah dan ziarah SAHABAT KITA orang asli). setelah itu, perjalanan kembali elok untuk seketika sahaja. sesampai sahaja di bukit petai, sebuah bukit yang tidak akan saya lupakan. ketika pertama kali saya menjejakkan kaki ke perkampungan SAHABAT KITA oarbg asli Kuala Mu pada 31 Ogos 2007, saya dan sahabat-sahabat telah tersangkut di situ selama 7jam, disebabkan sebuah 4WD (KESIHATAN) yang turun ketika itu, namun ianya banyak berjasa kepada jalan juang ini. kali ini dua(2) buah pacuan 4 roda yang ttidak mampu mengharungi lumpur tebal disepanjang bukit petai itu. sebuah 4WD hanya lepas ditolak oleh kami dan sebuah lagi yang rosak gear tadi terpkasa dtarik sekali lagi oleh sebuah 4WD yang lain.

Kira-kira jam 12.00pm kami tiba di rumah SAHABAT KITA Pak Hadu. Namun, saya dan akh Amir berjalan kaki menuju ke Kuala Mu untuk mencari khabar ayahanda Ustaz wahab dan abg azmarul bersama kumpulannya yang naik seawal pagi lagi. teteapi mereka masih belum tiba di Kuala Mu. setibanya kami berdua di Kuala Mu, mereka yang singgah di bersah tadi yang diketuai akh Salman(abg Salmen, kata Awan dan kawan-kawanya), telah menuju ke Kuala Mu juga. Perkara pertama yang kami lakukan sebaik sahaja tiba di Kuala Mu, setelah mengangkat kesemua barang-barang yang dibawa, kami sekali lagi syura yang diketuai amir(Cikgu Khalid) di dewan yang bertaraf lima bintang dengan alunan muzik semula jadi air sungai yang mendamaikan jiwa serta segala masalah yang bermain di kepala telah hilang dengan sendirinya. tjuan syura diadakan adalah untuk merancang aktiviti selanjutnya dari bila nak solat, apa yang nak dimasak untuk cak raya(makan besar) bersama SAHABAT KITA di Kuala Mu dan juga aktiviti dengan anak-anak serta penduduk kampung di Kuala Mu dan yang sekitarnya. saya mencadangkan agar kita pergi ziarah kesemua kampung disekitarnya yang sudah lama kita tidak mengunjunginya memandangkan kita ramai untuk kali ini. selain itu, ianya adalah suatu pendedahan awal kepada peserta "Akademi Dakwah 09" terhadap SAHABAT KITA orang asli di sana. ALHAMDULILLAH, cadangan ini disambut baik oleh sahabat-sahabat yang menyertai Kembara pada kali ini.

seusai solat jamak takdim zohor dan asar, kami memulakan denagn aktiviti yang telah dirancang sebentar tadi. tugas dibahagikan mengikut perancangan awal. ada yang memasak untuk "cak raya", ada yang bersama anak-anak di sana, dengan golongan ibu muslimat yang dipertangungjawabkan untuk menziarah mereka. sambil-sambil itu, biskut dan kuih-muih raya yang dibawa dibahagikan kepada meraka semua. satu cabaran kami ketika hendak memasak nasi dengan dapur kayu untuk 60 orang. suatu yang agak sukar untuk dilaksanakan, namun ianya dapat di lakukan dengan bantuan SAHABAT KITA Razak dan Alang. saya dan sahabat seperjuangan pergi mencari kayu api untuk memasak kerana tong gas hanya ada dengan abg zamarul dalam trak kuningnye...

setelah semua siap, menu tgh hari kita sardin hancur kobis goreng. menu yang amat biasa nagi kita, namun, ianya amat luar biasa bagi SAHABAT KITA orang asli di sana. mereka makan dengan berselera sekali dan tambah(tabe) berkali-kali. anak-nak kecil berlari-lari mendapatkan nasi bila kami memanggil mereka " Mado...mado...cak...cak chanak... mado...". Mereka datang berduyun-duyun dengan membawa "ayan" pinggan menuju tempat kami membahagi-bahagikan nasi. sedih bercampur baur bila melihat anak-anak kecil yang berkaki ayam berpakaian lusuh tidak berbasuh serta dengan muka yang comot menyuapkan nasi ke mulut tanpa dibantu ibu-ibu mereka. semangat dan kekentalan anak-anak ini sungguh kuat dan mampu mengalirkan air mata saya serta menghibakan hati yang melihatnya.

Ingat saya pada pesanan haji Razak sahabat kepada ayahanda ustaza Wahab. beliau cakap "inilah kerja yang Rasulullah buat dan Rasulullah suruh. dalam Islam dituntut untuk menyampaikan dakwah. ini kerja rukun Islam yang pertama...syahadah...". Berfikir sejenak saya pabila mendengarnya, Rasulullah bersahabat dengan sesiapa sahaja, Rasulullah berjuang, berperang...rasulullah menyuapkan(memberi makan) makanan kepada orang lain adalah kerana demi Islam tercinta. Ya ALLAH...indah sungguh Islam itu...mudah sungguh untuk dilakukan. Hanya dengan semangat yang kental.

semasa sedang asyik menjamu selera, ayahanda ustaz Wahab dan abg azmarul serta kumpulannya pun sampai ke Kuala Mu dari Kotai/ Kuntai. ayahanda ustaz wahab dan sahabat-sahabat yang lain disambut dengan salaman dan pelukan erat. sungguh indah persahabatan dijalan juang untuk ALLAH. Ukhwah Fillah...abadan abada...hidup dan matiku hanya untuk JIHAD FISABILILLAH...AMEEN... dan mereka dijemput makan tgh hari bersama kami yang sampai awal tadi. seusai makan, ayahanda ustaz wahab mengajak kami pergi ziarah SAHABAT KITA di kampung Toh dan Kampung2 yang lainnya sebelum kampung Bersah dari arah Kuala Mu. dua buah 4WD kepunyaan abg azmarul yang pergi untuk ziarah pada petang itu.

sekembalinya kami dari ziarah SAHABAT KITA di kampung Toh, hari sudah maghrib. amir mengarahkan supaya kami solat jamak takdim maghrib dan isyak kerana pada mlmnya nanti ada pertunjukkan sewang daripada penduduk Kuala Mu. seusai solat, akh salman memulakan kultum(kuliah tujuh minit) beliau membacakan surah-surah Al-Quran bertujuan membangkitkan semangat kami dalam berjuang dan mengingati ALLAH. kemudian diteruskan dengan Haji Razak meneruskan bicara malam yang sungguh indah sekali. seusai sesi kultum, kami menjamu selera dalam kepekatan malam yang hanya diterangi dengan beberapa lampu suluh yang dibawa. inilah baru boleh dikatakan makan "malam" sebab gelap sungguh...:).

seusai makan malam, masing-masing buat aktiviti sendiri. ada yang melepaskan kepenatan seharian perjalanan yang agak memenatkan badan. kira-kira jam 10.00pm , majlis sewang pun bermula dihadapan sebuah rumah SAHABAT KITA iaitu panghulu zainal. yang dipersembahkan oleh emak kepada penghulu zainal dan ahli keluarganya serta penduduk-penduduk Kuala Mu. kerana keasyikan bunyi ketukan buluh dan paluan gendang menyebabkan kami juga turut serta menari. saya telah diajak oleh alang untuk menari mengikut rentak muzik. inilah kali pertama saya menari sewang.

kemudian, setelah selesai majlis sewang kami memeutuskan untuk ziarah ke rumah Pak Hadu di Bersah. saya jika ke Kuala Mu dan tidak ke Rumah Pak Hadu tidak cukup rasanya, kerana merindui ubi kayu goreng yang dapat mengalahkan kentang goreng KFC. Dan juga untuk jumpa Pak Hadu SAHABAT KITA yang sungguh baik hati dan paling lama memeluk agama Islam dalam kalangan mereka. ketika dalam ucapan Pak Hadu yang tidak dapat saya lupakan dan amat menyentuh jiwa. kata Pak Hadu " saya dah anggap ustaz wahab macam bapa saya sendiri, jika dia mati saya akan sedih sangat...dan jika dia mati saya mintaklah siapa sahaja yang boleh menghubungi saya dan datang ambik saya dari pulau pinang ke...xkiralah anuar ke...shah ke...datang sini ambik saya dan keluarga saya...saya nak pergi tgk...". sedih dan gembira bila saya mendengar kata-kata Pak Hadu ketika itu. Begitu sekali sayang beliau kepada ayahanda ustaz wahab. Jasa Ayahanda Ustaz Wahab sungguh banyak sekali buat SAHABAT KITA di perkampungan orang asli di sana.

Jam didinding rumah Pak Hadu sudah menunjukkan pukul 12.00pm. Mata pun sudah terasa mengantuk, badan terasa kepenatannya. Namun, mulut masih mengunyah ubi kayu goreng ummi(isteri Pak Hadu). :) selesai ziarah , kami semua pulang untuk tidur di Kuala Mu. yang tinggal di Bersah hanya ayahanda ustaz Wahab dan abg Azmarul bersama kumpulannya serta Abg Khairi dan anak-naknya yang naik menggunakan motorcross(scrambler).

Jam 5.00am. kami bangun untuk bersiap bagi menunaikan solat subuh berjemaah. tepat jam 6.00am laungan azan oleh akhi Salman berkumandang di keheningan pagi yang cukup mendamaikan serta mendinginkan. seusai solat subuh dan kultum, kami mengadakan syura sekali lagi untuk menentukan aktiviti yang akan berlansung pada hari kedua di Kuala Mu. kami memutuskan untuk mengadakan sekali lagi cak raya dan membahagi-bahagikan beras, biskut dan apa sahaja yang ada kepada penduduk kampaung sekitarnya. semua peserta AD '09 diarahkan ke kampung seberang atau kampung Gapeh Hilir yang majoritinya bukan muslim. mereka diarahkan untuk mengagihkan beras kepada penduduk kampung tersebut. sementara itu saya dan Alang telah memasak nasi bagi tujuan cak raya kedua sebelum kami pulang nanti.

ALHAMDULILLAH, agihan beras pun selesai...tibalah masa untuk cak raya pula. menu tengah hari kali ini sayur kobis dan kari telur serta ikan masin goreng..."speacial for" SAHABAT KITA sebelum kepulangan kami...diingatkan kami bukan bersiap untuk pulang...tapi, kami bersiap untuk datang lagi...in sya ALLAH.

seusai mandi di lubuk taring(saya xpi pun kali ni), dan makan serta mengagihkan nasi kepada anak-anak kita serta SAHABAT KITA di sana dan solat jamak takdim zohor wa asar. kami bersiap untuk kembali ke destinasi masing-masing. namun begitu, "Group Utara Offroad" yang membawa peserta AD '09 dan unit amal Malaysia memeulakan perjalanan terlebih dahulu. saya dan kumpulan ayahanda ustaz Wahab serta abg Azmarul pulang lambat sedikit kerana kami ada agenda tersendiri untuk singgah ziarah di kampung-kampung terdekat seperti Gapeh Hilir(penghulu lama merupakan penghulu samad) yang baru penghulu Rasali. Kampung Toh (penghulu Jamal) dan berkahir di rumah Pak Hadu untuk mengucapkan selamat dan kami akan datang lagi. cuma kata-kat Panghulu Samad yang diucapkan suatu ketika dahulu diucapkan lagi kepada kami ketika kami berkunjung ziarah ke rumahnya. walaupun beliau bukan Islam, belaiu kata " kalau boleh Ustaz...saya nak mintaklah dengan ustaz...kalau boleh, ada sorang ustaz yang boleh duduk di Kuala Mu untuk mengajar orang-orang Asli yang sudah Islam di sana...kerana saya nampak...mintak maafla ustaz, saya bukan nak kata...tapi mereka agak ketinggalan bila tidak ada yang ajar...macam saya xpe...saya bukan Islam...kalau bolehla...kerana rugi jika kita fikirkan..." Ya ALLAH ianya muncul dari mulut seorang SAHABAT YANG BUKAN ISLAM...IN SYA ALLAH...YA ALLAH KU MOHON DIKAU BERILAH HIDAYAH KEPADANYA...AMEEN...

Berkahir di rumah Pak Hadu setelah minum teh...kami pun memulakan perjalanan...Alhamdulillah, perjalanan kami lancar dan baik sahaja dibantu kepakaran "multhy purpose man" kata abg Khairi kepada abg Azmarul dan keizinan dan batuan ALLAH jua untuk menyampaikan Kalimah Tauhid. Kami tiba di masjid mukim Felda Lasah tepat dengan laungan Azan mahgrib. setelah mandi dan menyegarkan badan kerana perjalanan ke Kuala Lumpur masih jauh. sebelum balik kami semua yang dah macam anak dengan bapa, abg dengan adik berpeluk dan berjanji akan datang lagi meneruskan usaha ini...jihad dan syahid menunggu kita...in sya ALLAH...

PERHATIAN...BUKAN DEPAN NAK PI KUALA MU IKUT JALAN LAMA YE SAHABAT SEMUA, KERANA JAMBATAN YANG RUNTUH DAH PUN DIBAIKI DENGAN ELOK...
24-26 DISEMBER 2009. KEMBARA ZIARAH DAKWAH KE KUALA MU...BERHUBUNG TERUS DENGAN USTAZ WAHAB.

SYUKRAN, JAZAKUMULLAHU KHOIRAN KATHIRA...KULLU 'AAMIN...WA ANTUM BIKHOIRIN...

MUHAMMAD FUAD HILMI ZAKARIA.
ABUJIHADFISABILILLAH.
PRIHATIN MALAYSIA.

PENGORBANAN....

Thursday, December 3, 2009 at 3:51 PM


ASSALAMU'ALAIKUM WBT,

SALAM PENGORBANAN...SALAM PERJUANGAN...SALAM UKHWAH FILLAH.

ALHAMDULILLAH...'AIDIL ADHA KALI INI AMAT BEERTI DALAM DIRI SAYA.

BERCAKAP TENTANG PENGORBANAN, PADA DIRI...APAKAH YANG ANDA LAKUKAN PENGORBANAN PADA DIRI ANDA??? ADAKAH CUKUP DENGAN HANYA BERKATA DIBIBIR TETAPI TIDAK DIUSAHAKAN??? KEBANYAKAN UMMAT SEKARANG INI HANYA ITU YANG MAMPU DIKATAKAN...
BAGI ANA...BERKORBAN PADA DIRI SENDIRI, KITA BERKORBAN MASA,KEHIDUPAN DUNIAWI HANYA UNTUK MEMILIKI CINTA ALLAH YANG SEJATI KEPADA KITA...KITA BERUSAHA, BERKORBAN MASA, HARTA, TENAGA KE ARAH ITU...DAN MESTILAH DENGAN LILLAHI TA'ALA...SUDAH CUKUP BAGI KITA CINTA DAN REDHO ALLAH...
SEPERTI NABI IBRAHIM AS. SAYA MENANGIS APABILA MEMBACA KHUTBAH DIHADAPAN PENDUDUK KAMPUNG UNTUK RAYA KALI NI..KERANA MENYINGKAP KEMBALI PENGORBANAN NABI ALLAH IBRAHIM UNTUK MEMILIKI CINTA ALLAH BAGI DIRINYA, KELUARGANYA...KERANA SANGGUP MENINGGALKAN ISTERI TERCINTA YANG SARAT MENGANDUNG DI PADANG PASIR(MAKKAH) YANG KERING KONTANG DAN TIDAK BERPENGHUNI...NAMUN, KERANA PERINTAH DAN KEYAKIKANAN KEPADA ALLAH MENGATASI SEGALA-GALANYA, CINYA ALLAH LEBIH DIDAMBAKAN DARIPADA CINTA MANUSIA...ALLAHU AKHBAR...ADAKAH KITA SANGGUP??? NAK SUSAH DI JALAN ALLAH SIKIT PUN KITA TAK MAMPU DAN MERUNGUT...KAN??? RENUNG-RENUNGKANLAH...

PADA GERAK KERJA DAKWAH ISLAM...
ALHAMDULILLAH, ALLAH MASIH SAYANG PADA SAYA...SAYA DIBERI RUANG OLEHNYA UNTUK BERGERAK DALAM MEDAN DAKWAH SEJAK 3 TAHUN YANG LALU. INILAH DIKATAKAN KASIH ALLAH PADA HAMBANYA YANG SERAB KEKURANGAN DAN HINA INI. SAYA SANGGUP BERKORBAN MASA, TENAGA, HARTA DEMI GERAK KERJA ISLAM ADALAH KERANA LILLAHI TA'ALA...CUKUP ALLAH BAGIKU, MUHAMMAD PETUNJUKKU...MENUJU SYAHID FISABILILLAH...

AIDIL ADHA ADALAH SUATU HARI KEMENANGAN YANG BESAR BAGI UMMAT ISLAM...DITUNJUKKAN OLEH NABI ALLAH IBRAHIM AS. BAGINDA TELAH MENANG DALAM MEMENUHI PERINTAH ALLAH...WALUPUN BERAT DAN SUKAR BAGI KITA MELAKSANAKAN...NAMUN, KITA ADAKAH MAMPU BERBUAT DEMIKIAN???

ANTUM SEMUA SUDAH MENGERTI UNTUK MENJAWAB PERSOALAN-PERSOALAN YANG ANA TIMBULKAN...SYUKRAN

JAZAKUMULLAHU KHOIRAN KATHIRA...KULLU 'AAMIN WA ANTUM BIKHOIRIN...

PERPECAHAN UMMAT...

Monday, November 16, 2009 at 7:38 AM



BACALAH DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI...

HARI INI JIKA KITA LIHAT, RENUNG, FIKIR, TENGOK, TATAP DAN DENGAN BERMACAM
REAKSI LAGI. SEMUANYA AKAN MENYESAKKAN KOTAK PEMIKIRAN KITA. HAL INI KERANA UMMAT ISLAM SEKARANG INI ASYIK DAN TERSANGAT HEBAT DUK BERGADUH SESAMA SENDIRI.

MAKA, YANG DUK BERGUMBIRA DAN SENYUM LEBAR KEPADA KITA SIAPA??? YAHUDI LAKNATULLAH DAN SEKUTUNYA. SEMUA INI ADALAH PERCATURAN YANG DIBUAT OLEH MEREKA. PENJAJAHAN MINDA DAN SERANGAN IDEALOGI DISERAPKAN KE DALAM DIRI UMMAT ISLAM AGAR BEPECAH-BELAH. BAERGADUH SESAMA SENDIRI.MENGATAKAN YANG ITU SALAH YANG ITU BETUL. SEMUANYA ADALAH SUATU YANG AMAT MERUGIKAN UMMAT ISLAM.

SEBAGAI CONTOH,PERGADUHAN ANTARA JEMAAH, PARTI POLITIK PAS,PKR,UMNO DAN LAIN-LAIN LAGI. TIDAK KETERLALUAN JUGA JIKA SAYA MENGATAKAN ANTARA FAHAMAN JUGA SEPERTI WAHABI(ASRI ZAINAL ABIDIN), SUNNI, SYIAH, SALAFI DAN BERBAGAI LAGI. KENAPA INI HARUS TERJADI??? HAL INI ADALAH KERANA TAHAP KEBODOHAN UMMAT ISLAM ITU SENDIRI. TIDAK BOLEH NAK DDISALAHKAN FAKTOR LAIN SEMATA-MATA.

KITA UMMAT ISLAM YANG PERLU LIHAT, TENGOK, RENUNG, TATAP DAN MENGERTI APA YANG SEPATUTNYA KITA LAKUKAN. BUKAN HANYA DENGAN DUK ASYIK BERGADUH SEMTA-MATA. BANYAK LAGI PERKARA YANG KITA PERLU LIHAT. UMMAT ISLAM PERLU BERSATU. KESATUAN AKAN MEMBENTUK PERPADUAN. BUKAN "1 MALAYSIA" (YANG DPERKANALKAN OLEH NAJIB TUN RAZAK), ITU YANG AKAN MEMBENTUK PERPADUAN. KENAPA??? KERANA ZAMAN RASULULLAH DAHULU KALA ORANG KAFIR BOLEH JUGA HORMAT. KERANA SISTEM ISLAM ITU SEMPURNA... ISLAM TU ADALAH DIEN...INDAH DAN SEMPURNA. AL-QURAN DAN SUNNAH CUKUP MEMBUKTIKAN.

NAMUN, HARI INI KITA KATA KITA IKUT SUNNAH. NAMUN, SEBENARNYA TIDAK...KENAPA??? ADAKAH SUNNAH RASULULLAH DAN AJARAN ISLAM KITA DUK BERGADUH SESAMA SENDIRI??? RASULULLAH AJAR BILA BERSELISIH PENDAPAT ADAKAH DENGAN CARA BERGADUH??? BUKAN...TAPI DENGAN MUSYAWARAH(SYURA). ITULAH ISLAM...SEDARLAH WAHAI 'ALIM ULAMA', DOKTOR-DOKTOR(PHD) YANG BIJAK PANDAI, USTAZ-USTAZ...

DAN ADAKAH DENGAN PERLU ADANYA TAULIAH UNTUK KITA BERDAKWAH??? RASULULLAH DULU JAIS KAH YANG BAGI TAULIAH??? HAL INI AMAT MENAKUTKAN SAYA, KERANA APA??? KERANA AKAN SEMAKIN BANYAK PERPECAHAN DAN PERGADUHAN ANTARA UMMAT ISLAM. TIDAK CUKUP DENGAN PERGADUHAN AHLI-AHLI PARTI POLITIK SAMA ADA PEMBANGKANG DAN PEMERINTAH. BAGI SAYA KEDUA-DUANYA MENGARUT KERANA BERKEPENTINGAN SENDIRI. JIKA PAS KATA MEMBAWA ISLAM, ADAKAH DENGAN SUMPAH SERANAH MEMBAWA ISLAM??? JIKA UMNO UNTUK MELAYU DAN ISLAM...ADAKAH DENGAN RASUAH DAN TIDAK MENGAMALKAN DENGAN CARA ORANG ISLAM YANG SEBENARNYA UNTUK MENERAJUI UMMAT??? TIDAK...HANYALAH DENGAN CARA RASULULLAH DAN PARA SAHABAT BAGINDA, BARULAH ISLAM AKAN BETUL-BETUL INDAH.

SAYA BUKAN NAK SALAHKAN JAIS ATAU JAKIM, APA YANG JAIS DAN JAKIM BUAT JIKA SAYA PERNAH KE SEBUAH RESTORAN MAKANAN JEPUN "SUSHI KING" , DI ALAMANDA...NAMUN, IANYA TIDAK HALAL{HARAM). DI NEGARA ISLAM MALAYSIA (DALAM PERLEMBAGAAN) , REALITINYA TIDAK. TIDAK USAHLAH DUK BERGADUH WAHAI UMMAT...BERSATU UNTUK MENCARI PENYELESAIAN ITULAH SEBAIK-BAIKNYA.

SAYA ADA TERBACA DALAM BLOG SAHABAT:

Al-Qaeda dakwa Syiah lebih bahaya

DUBAI: Seorang komander sebuah kumpulan berkaitan al-Qaeda memberi amaran kepada masyarakat Islam Sunnah bahawa golongan Syiah dan Iran adalah lebih ‘berbahaya’ ’kepada agama daripada Yahudi atau Kristian.

“Kami menyeru kepada seluruh negara supaya mempertahankan Sunnah dengan cara apa sekali pun, daripada bahaya Iran dan mereka yang mengikuti fahaman Syiah di rantau ini,” kata Mohammed bin Abdul Rahman al-Rashid daripada al-Qaeda di Semenanjung Arab, dalam rakaman suara yang disiarkan oleh kumpulan perisikan Amerika, SITE.

“Apakah anda tidak lihat dan dengar aspirasi puak Huthi di Yaman dan pencerobohan mereka terhadap Sunnah?”

Beliau merujuk kepada pemberontak Zaidi daripada golongan Syiah, yang setia kepada ketua mereka, Abdul-Malek al-Huthi, yang terjebak dalam peperangan dengan tentera Yaman yang diperintah Sunnah di utara negara berkenaan. - AFP.


PELIK... KENAPA PERISIK AMERIKA MENYEBARKAN RAKAMAN SUARA???
MEREKA ADALAH SANG KAFIR DURJANA...
MEREKA DARI KALANGAN YAHUDI LAKNATULLAH DAN KRISTIAN...

MEREKA JUGA DAHAGAKAN DARAH KITA...
MEREKA INTELLIGENT ANIMAL YANG KITA TIDAK PERLU PERCAYAI...
MEREKA MELETAKKAN KITA DALAM PENGELASAN HAIWAN...

SESUNGGUHNYA MEREKA HANYA INGIN MENJADIKAN KITA HAIWAN SEPERTI MEREKA...

LUPAKAH KITA...
DENGAN SEJARAH PERJUANGAN RASULULLAH S.A.W...
PARA SAHABAT...
DALAM JALAN DAKWAH UNTUK MENEGAKKAN ISLAM DAN KALIMAH TAUHID "LAILAHAILLALLAH".
HINGGAKAN KITA MASIH DAPAT MENGECAPI NIKMAT ISLAM DAN IMAN ITU...

LUPAKAH KITA...
SALAHUDDIN AL-AYUBI...(BERBANGSA KURDISH)
PERWIRA YANG MEMBAWA KEMBALI BAITUL MAQDIS KEMBALI KE TANGAN ISLAM...



KEJAYAAAN INI BUKAN LAH ATAS NAMA SUNNAH...SYIAH...ATAU KHAWARIJ ATAU WAHABI ATAU APA-APA SAHAJA...NAMUN...
ISLAM ITU DISATUKAN ATAS SATU KALIMAH SAHAJA...

LAILAHAILLALLAH...

UMMAT ISLAM TIDAK KIRA SAMA ADA SYIAH, SUNNAH, KHAWARIJ, WAHABI, PARSI, ARAB, MELAYU, PAS, UMNO, ABIM DAN SEBAGINYA...
SEMUANYA BERSATU ATAS SATU KALIMAH SEMATA-MATA...KALIMAH TAUHID...
DAN KEYAKINAN KEPADA AL-QURAN DAN SUNNAH...
SERTA KEESAAN PADA ILAHI...



CARILAH PERSAMAAN,
FAHAMILAH PERBEZAAN,
LALU TERBUKALAH JALAN DAKWAH,

UNTUK KITA TEGAKKAN KEBENARAN,

"BEKERJALAH KERANA ALLAH".


ABUJIHAD
PENGERUSI PRIHATIN MALAYSIA
abujihad87@gmail.com

Lagi tentang.... AKADEMI DAKWAH 09

Monday, November 9, 2009 at 1:02 PM
Akademi Dakwah 2009

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam Perjuangan


Angkatan Pemuda-pemudi Islam (API) dengan kerjasama Persatuan Ulama’ Malaysia Pulau Pinang (PUMPP) akan menganjurkan program realiti sebenar dakwah di lapangan masyarakat pada 30 November 2009 hingga 13 Disember 2009. Selama 2 minggu ini, para peserta akan didedahkan tentang selok-belok dakwah di lapangan dengan menampilkan konsep dakwah yang lebih meluas serta kritikal.

Diberi nama Akademi Dakwah, program ini terbuka kepada sesiapa yang berminat untuk mengikuti dakwah di lapangan secara terancang dan terfokus. Para peserta haruslah berumur di antara 19 hingga 30 tahun sahaja dan yuran yang dikenakan hanyalah RM70.00 sahaja.

Program ini akan diadakan di sekitar Pulau Pinang, Kedah dan Perak. Bertemakan serangan pemikiran, kepenggunaan, alam sekitar, gejala sosial, masyarakat minoriti dan dakwah dalam penulisan, program ini akan memberi pengalaman baru kepada para peserta dalam menghayati erti dakwah melalui pengisian oleh pakar-pakar dalam bidang dakwah yang disebutkan tadi.

Berikut merupakan sedikit penerangan tentang tema-tema dakwah dalam AD09:

Serangan Pemikiran

Melibatkan dakwah dalam mengislahkan kembali pemikiran masyarakat di Malaysia yang diserang secara halus terutamanya oleh dakyah sesat fahaman Islam Liberal. Para peserta akan didedahkan secara ekslusif tentang fahaman sesat Islam Liberal dan konsep-konsep pemikiran lain yang ternyata bertentangan dengan Islam. Pemikiran-pemikiran sebegini melambak di dalam kosmo hidup masyarakat sehingga ḥaqq (benar) dan baṭil (palsu) menjadi kabur di kacamata masyarakat Islam khususnya di Malaysia.

Kepenggunaan

Malaysia merupakan antara negara yang tertinggi jumlah pembelian dan penggunaan barangan komersil dalam kategori negara membangun. Hal ini tidak dapat tidak akan mendedahkan pengguna Muslim terutamanya kepada barang-barangan yang tidak halal serta memudharatkan tubuh badan. Di samping itu juga, pelaburan dan pengaliran wang yang tidak selari dengan Syari‘ah menyebabkan keberkatan dalam kehidupan seharian masyarakat Islam di Malaysia hilang secara tidak sedar. Pendedahan kepada dakwah kepengunaan akan memberi input yang sangat kritikal dan berguna kepada para peserta.

Alam Sekitar

Alam sekitar merupakan ciptaan Allah SWT dan amanah kepada manusia di dunia untuk memelihara dan mengurus sumber bumi secara lestari berdasarkan prinsip-prinsip al-Qur’ān dan al-Sunnah. Kepincangan ma‘na pembangunan, kerakusan nafsu pemaju, kehilangan sifat prihatin masyarakat, kematian rasa kehambaan kepada Tuhan, antara faktor yang memungkinkan masyarakat tidak endah kerosakan alam sekitar yang berlaku di sekeliling mereka saban hari. Di dalam AD09, para peserta akan didedahkan tentang dakwah alam sekitar yang merupakan keperluan terpenting demi menyelamatkan kelestarian pengurusan pembangunan berasaskan konsep hamba dan khalifah.

Gejala Sosial

Jiwa remaja yang sering mencuba segala keseronokan menyebabkan berlakunya kepincangan akhlak yang mengheret mereka ke kancah kemaksiatan yang serius. Lambakan isu-isu semasa yang berkaitan dengan gejala sosial memberikan satu tamparan hebat kepada kesemua gerakan Islam di Malaysia dalam mempertahankan ‘Aqidah dan Syari‘ah masyarakat yang kian terhakis. Pendedahan langsung di lapangan masyarakat akan membuka mata para peserta dalam memahami dan menghayati punca utama kesuburan gejala sosial di Malaysia dan langkah terbaik dalam mempertahankan akhlak dalam diri setiap ahli masyarakat.

Masyarakat Minoriti

Masyarakat minoriti di Malaysia terutama masyarakat orang asli kurang dititikberatkan oleh gerakan dakwah akibat kos yang terlalu tinggi dan kemahiran dakwah yang konsisten di dalam situasi yang sangat mencabar. Pendakian bukit serta halangan lain antara pengalaman baru yang akan dirasai oleh para peserta dalam merealisasikan dakwah kepada masyarakat orang asli yang rata-ratanya adalah bukan Islam. Cabaran dan ujian yang bakal dihadapi oleh para peserta akan memberikan satu impak dan semangat dakwah yang kental dalam menyampaikan risalah kebenaran – warisan para Nabi dan Sahabat.

Dakwah Dalam Penulisan

Penulisan merupakan elemen dakwah yang paling penting. Penulisan akan kekal walaupun si penulisnya telah tiada. Keberkesanan penulisan dakwah dapat memberikan ruang dakwah yang optimum di samping penyebaran pengisian dakwah yang lebih meluas. Para peserta akan diajar untuk menghasilkan penulis yang lebih sistematik dan berkesan. Malah, para peserta akan diberi peluang untuk mempersembahkan penulisan masing-masing di dalam beberapa ruang penulisan semasa yang terpilih.

Kepada sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi saudari Azwaahidah (019-5989382 / paspertama_86@yahoo.com.my) atau saudara Amir (013-7069509 / api_penang@yahoo.com.my) dengan segera. Tempat adalah terhad kepada 30 peserta terawal.

Ayat 1000 Dinar

Saturday, November 7, 2009 at 8:45 PM
Bismillahirrahmanirrahim...




Maksudnya
" Barangsiapa yang bertakwa kepada ALLAH nescaya ALLAH akan lepaskan ia dari masalah hidup dan diberikanNYA rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada ALLAH nescaya ALLAH akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya ALLAH melaksanakan urusan (yang dikehendaki)NYA.
Sesungguhnya ALLAH telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu."
(At-Thalaq 2-3)


Sedikit perkongsian, masih terngiang-ngiang di teliga ini setiap kali selesai solat jemaah atau sendirian pesanan ayah saya " mie, jangan lupa baca ayat seribu dinar setiap kali selepas solat. bacalah 7 kali, sebab ianya akan mempermudahkan rezeki kita dan diri kita dijauhkan dari segala mara bahaya".

Itulah pesan ayah saya yang saya tidak lupa pabila setiap kali selesai solat dan alahamdulillah ianya amat membantu. disini ingin saya kongsikan 3 perkara :

1. istiqomahnya kita dalam beribadat, hal ini amat penting untuk kita berjaya ianya mendapat keberhasilan.
2. mendengar dan patuh kepada orang tua. hal ini yang paling berkat, kerana akan
perintah ibu bapa itu amat bermakna jika kita patuhi.
3. sentiasa bersangka baik kepada ALLAH.

in sya ALLAH, semoga kita semua mengamalkannya...
wallahu'alam...

Apakah nilai kejujuran itu???

at 8:32 PM

KEJUJURAN?

Suatu malam, seorang pemuda datang ke sebuah restoran dan membeli beberapa ketul ayam goreng. Ia membawa ayam gorengnya ke taman, untuk dinikmati bersama kekasihnya di bawah sinar rembulan yang romantis. Ketika membuka bungkusan ayam goreng itu, pemuda itu terkejut.

Bukan ayam yang didapatinya, melainkan wang hasil penjualan restoran itu sebanyak RM1000. Pemuda itu kemudian mengembalikan wang itu dan meminta ayam goreng sebagai gantinya.

Pemilik restoran, merasa kagum atas kejujuran si pemuda, menanyakan namanya dan mengatakan hendak menelefon wartawan Metro dan TV3 agar membuat cerita tentang si pemuda. Ia akan menjadi pahlawan, sebuah contoh nilai kejujuran dan moral yang akan menjadi contoh kepada yang lain!

Namun pemuda yang sedang lapar itu menolaknya. "Kekasihku sedang menunggu. Aku hanya inginkan ayam gorengku."

Pemilik restoran menjadi semakin kagum atas sikap si pemuda yang begitu rendah hati. Ia terus memohon agar diizinkan menceritakan kejadian itu kepada wartawan. Pada saat itulah si pemuda jujur menjadi marah dan meminta ayam gorengnya.

"Aku tidak mengerti" kata pemilik restoran. "Anda adalah satu-satunya pemuda jujur di tengah dunia yang tidak jujur! Ini merupakan suatu kesempatan yang baik untuk mengatakan kepada dunia bahawa masih ada orang-orang jujur yang mau bertindak benar. Saya mohon, beritahukan nama anda dan juga nama wanita itu. Apakah ia isterimu?"

"Itulah masalahnya," kata si pemuda. "Isteriku ada di rumah dan wanita di dalam kereta itu adalah kekasihku. Sekarang berikan ayamku agar aku dapat pergi dari sini."

Ingatlah..........

at 8:25 PM

Larangan dari Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam:

Dari Jabir radhiyallahu ‘anhu, dia berkata,

“Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam telah melarang kuburan dikapur (di simen), dijadikan tempat duduk, dan juga didirikan bangunan diatasnya.”
(Hadith Riwayat Imam Muslim)

Dan membawa bunga-bungaan / jambak-jambak bunga dan seumpamanya bersama jenazah adalah diharamkan yang telah menular di kalangan orang-orang Islam kerana mengikuti adat-adat orang kafir dan Melayu kuno dalam upacara-upacara jenazah mereka. Juga kerana perbuatan tersebut boleh mensia-siakan harta tanpa faedah dan memberi makna bermegah-megah dan berbangga.

Manakala hukumnya adalah haram jika kubur dibina menggunakan marmar (marble) dan seumpamanya, kerana amat berlawanan dengan ajaran Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam, juga kerana terdapat pembaziran harta yang ditegah syarak serta terdapat sifat bermegah dan menunjuk yang amat dimurkai Allah subhanahuwata’ ala.
Ali bin Abi Talib radhiyallahu ‘anhu berkata kepada Abi Hayyaj Al-Asadi.

wALLAHua’lam. .
Renung-renungkan........

CINTA HAKIKI...ALLAH, IZINKAN KU KE SANA...

Monday, November 2, 2009 at 7:11 PM



KEMBARA CINTA SUDAH BERMULA…

30 Oktober 2009 pada 4:30 pm (Puisi)
Tags: Allah, cinta, haji, hati, Kaabah, sayang

268076-001Sudah mula berbondong-bondong manusia ke sana. Membawa hati yang lara mencari cinta. Walaupun tanahnya gersang, tetapi hati manusia yang menuju ke sana sentiasa basah dengan rindu dan cumbu. Kami datang, kami datang… Semuanya menyeru untuk bertemu dan bertamu. Tetamu-tetamu Allah itu pasrah menyerahkan segalanya, meninggalkan semua demi bertemu-Nya.

Di kejauhan ini aku berdoa untuk kalian. Apalah yang dapat kukirimkan sebagai pamitan dan bekalan… Aku masih tertahan menunggu giliran, menanti panggilan. Aku rindu, tetapi apakan daya, layangan jiwa ini masih perlukan sayap yang nyata. Itu aku tak punya.

Untuk mu tetamu-tetamu Allah, sudi apalah kiranya menatap puisiku walau sekilas cuma. Doaku untuk mu semua. Dan mana tahu, seorang darimu sudi mendoakan aku… pengemis cinta-Nya yang masih terbelenggu ini.

Pergilah saudara-saudaraku, pergilah menuju Allah. Jika cinta kita SATU… pasti satu ketika kita akan bertemu juga di situ. Di Kaabah itu! Tataplah pusi ini (yang ku tulis sejak lama dulu)…

KEMBARA CINTA SUDAH BERMULA...

Pergilah tetamu Allah
Pergilah menuju Allah…
Pergilah membawa hatimu yang pasrah
Tiada lain yang kau cari
Kecuali kasih-sayang Ilahi

Haji ertinya menuju…
menuju Allah yang satu
Namun jalan cinta itu penuh sembilu
Kan bertandang ujian beribu liku
Merintang diri dan hati
Kerna setiap cinta itu pasti diuji…
Apakah sejati atau ilusi.

Sebelum melangkah mulakan muhasabah
Bagaimana belanja kita ke sana?
Apakah keringat sendiri yang mengalir?
Apakah dari sumber yang bersih?
Apakah dari pekerjaan yang baik?
Tanpa penipuan, tanpa penzaliman
Hasil usaha ‘halalan taiyiban?’Kemudian muhasabah pula diri kita seikhlasnya
Leburkan mazmumah semampunya
Hasad, dengki, marah, bakhil ditekan sekuatnya
Mensucikan hati di pohon keampunan
Minta kemaafan dari manusia
Mohon taubat segala dosa…
Barulah nanti terlerai rantai di hati
Terasa ringan melangkah kaki!

Pakaikan kain ihram di tubuh
Serah diri seluruh…
Pangkat, derjat, bintang dan gelaran meluruh
Kini kita hanya seorang hamba
Yang benar-benar hina di hadapan-Nya

Datanglah bagaikan hamba tawanan
Yang bertelut gementar… menanti hukuman
Labaiklallah humma labaik!
Hambamu datang ya Allah…
Dengan hias rohani
Di cermin matahati katakan pada diri:
Aku tidak punya apa-apa
Harta, keluarga dan milik Mu jua
Asalku hanya dari titisan air yang hina …
Jahil, miskin, lemah dan tidak berdaya…
Namun Hambamu datang jua ya Allah…
Labaikallah humma labaik
Aku datang wahai Tuhan
Aku datang… menyahut panggilan

Tuluskan niat kita ketika memulakan
Haji ini, ibadah ini…
Bukan untuk ihsan manusia
Bukan lanjutan urus niaga
Pun bukan kerana riak dan bangga
Tetapi benar-benar kerana kita hamba
Yang mengharap wajah dan keredhaan-Nya

Niat yang suci itu perisai hati
Menangkis kelalaian sepanjang destinasi
Ikhlas itu sangat maknawi
Namun kesannya zahir pada diri

Ikhlas melahirkan sabar…
Sabar kita dengan karenah insan
Demi mengharapkan rahmat Tuhan
Ikhlas melahirkan syukur…
Syukur dengan ruang yang sempit
Demi mengharap keampuan yang melangit

9 Zulhijjah…wukuf di Arafah
Dalam himpunan terbesar gambaran Mahsyar
Tiada bezanya derjat dan pangkat
Yang kaya atau melarat
Semuanya tenggelam dalam dalam zikir dan munajat

10 Zulhijjah… bermalam di Mudzalifah
Talbiah, tasbih dan selawat
Bangsawan, hartawan, marhein dan miskin
Segalanya sama seputih kain
Moga-moga perrhimpunan ini menginsafkan
Hanya taqwa… nilaian Tuhan

Tuhan tidak menilai rupa
Tuhan tidakmenilai harta
Tuhan hanya menilai hati
… hati yang bertaqwa kepada-Nya

11, 12, 13 Zulhijjah…
bermalam di Mina melontar 3 Jamrah
Genggam butiran batu itu dengan tangan kita
Tapi lontarkan ia dengan satu rasa
Di Jamrah itu kita perangi musuh Allah
Simbolik satu kebencian
Metafora sebuah peperangan
Melawan syaitan dalam kehidupan
Nyahkan ia jauh-jauh…
Perangi ia sungguh-sungguh…
Usah berpaling lagi
Pada bujukannya… kita tak sudi!

Nun di sana kelibat Kaabah mula menyapa
Rindu tiba-tiba semakin membara
Hati hiba tanpa diminta
Tanda disedari mengalir air mata kita
Oh! situ pernah melutut Ibrahim
Di situ pernah sujud Ismail
Dan di situ pernah menangis Muhammad SAW
Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali…

Bagaikan ‘melihat’ wajah Allah
Di hitam warnanya ada nur kesucian
Langkah kian cepat… kian mendekat
Tawaf, tawaf, tawaf tujuh pusingan
Tiga pertama bagaikan lari dari dosa…
menuju pahala
Empat yang kedua lepas dari kesalahan…
menuju pengampunan

Lambaian istilam tanda kerinduan
Dikucup tangan tanda kecintaan
Tuhan cintaku hanya pada-Mu…
Walaupun cinta itu sering terganggu!

Bawalah hati yang lara di Safa dan Marwah
Saie ke sini ke sana bagai seorang sandera
Cemas bila dirasuk azab…
Tenang seketika dibujuk harap…
Ke sana khauf…
ke sini raja’…
Bimbang tenang berulang datang
Bagai gelombang tanpa tepian

Oh! Tuhan siapakah diriku
pada pandangan-Mu?

Kepalamu kau cukur
Helaian rambutmu pun gugur
Luruh bersama simbolik dirimu yang lalu
Kini bangun dirimu yang baru

Bukan sekadar membunag setipis rambut…
tetapi mengungkai fikiran yang berkabut
Bukan sekadar membersih kepala…
tetapi hakikatnya menjernih minda

Itulah rahsia tahallul
Meninggalkan diri yang kotor
Hijrah ke dunia yang luhur!

Di Madinah… di masjid Nabawi
Hati kita kan tersentuh oleh imbauan azannya
Terbayang sejarah anak yatim yang kesepian
Terbayang gembala kecil di padang pasir
Luka kakinya di Taif
Hilang kesayangannya di Badar
Gugur giginya di Uhud
Atap rumahnya dicecah jari
alas tidurnya berbekas di badan

Sujudlah, bertelekulah di situ
Tunduk malu di makam nabi
Di sana tersimpan jasadnya yang mulia
Rasul yang tak pernah jera berkorban…
Demi umatnya
Tega baginda pada semua derita

Hayatilah betapa malunya Rasul di Masjid Qiblatain
Ingin merayu tapi lidahnya kelu
Qiblat itu hak Tuhan…
tak layak dirinya memohon pertukaran
Namun Tuhan Maha Mengetahui resah di hati Rasululah
Lalu beralihlah qiblat dari Masjidil Aqsa… ke Baitullah
Rintihan Rasul-Nya terjawab sudah

Di Badar kita diajar bertawakkal
Betapa golongan sedikit bisa mengalahkan golongan yang ramai
Tetapi bila disiplin robek godaan harta
Uhud mengingatkan kita pada sebuah alpa
Pada batu-batu yang terdampar di kuburan Baqie
Terimbau deretan sahabat bagaikan bintang di langit

Terlalu banyak hikmah dalam kembara ini
Jika segalanya dilihat dengan matahati
Jiwa akan kukuh disepuh iman
Akal akan bersih disuluh iktibar
Fizikal akan kuat menempuh kesusahan

Haji kemuncak ajaran Islam
Haji kemuncak mehnah dan ujian
Padanya tersimpan rahsia kekuatan
Sudahkah terserlah apa yang tersimpan?

Bertamu tak jemu…
Berpisah tak gelisah…
Kenangan di Makkah dan Madinah
Adalah bekal safar abadimu…
bertemu Allah!

***DIPETIK DARIPADA BLOG USTAZ PAHROL

AKADEMI DAKWAH 09

at 6:55 PM
Akademi Dakwah 2009

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam Perjuangan


Angkatan Pemuda-pemudi Islam (API) dengan kerjasama Persatuan Ulama’ Malaysia Pulau Pinang (PUMPP) akan menganjurkan program realiti sebenar dakwah di lapangan masyarakat pada 30 November 2009 hingga 13 Disember 2009. Selama 2 minggu ini, para peserta akan didedahkan tentang selok-belok dakwah di lapangan dengan menampilkan konsep dakwah yang lebih meluas serta kritikal.

Diberi nama Akademi Dakwah, program ini terbuka kepada sesiapa yang berminat untuk mengikuti dakwah di lapangan secara terancang dan terfokus. Para peserta haruslah berumur di antara 19 hingga 30 tahun sahaja dan yuran yang dikenakan hanyalah RM70.00 sahaja.

Program ini akan diadakan di sekitar Pulau Pinang, Kedah dan Perak. Bertemakan serangan pemikiran, kepenggunaan, alam sekitar, gejala sosial, masyarakat minoriti dan dakwah dalam penulisan, program ini akan memberi pengalaman baru kepada para peserta dalam menghayati erti dakwah melalui pengisian oleh pakar-pakar dalam bidang dakwah yang disebutkan tadi.

Berikut merupakan sedikit penerangan tentang tema-tema dakwah dalam AD09:

Serangan Pemikiran

Melibatkan dakwah dalam mengislahkan kembali pemikiran masyarakat di Malaysia yang diserang secara halus terutamanya oleh dakyah sesat fahaman Islam Liberal. Para peserta akan didedahkan secara ekslusif tentang fahaman sesat Islam Liberal dan konsep-konsep pemikiran lain yang ternyata bertentangan dengan Islam. Pemikiran-pemikiran sebegini melambak di dalam kosmo hidup masyarakat sehingga ḥaqq (benar) dan baṭil (palsu) menjadi kabur di kacamata masyarakat Islam khususnya di Malaysia.

Kepenggunaan

Malaysia merupakan antara negara yang tertinggi jumlah pembelian dan penggunaan barangan komersil dalam kategori negara membangun. Hal ini tidak dapat tidak akan mendedahkan pengguna Muslim terutamanya kepada barang-barangan yang tidak halal serta memudharatkan tubuh badan. Di samping itu juga, pelaburan dan pengaliran wang yang tidak selari dengan Syari‘ah menyebabkan keberkatan dalam kehidupan seharian masyarakat Islam di Malaysia hilang secara tidak sedar. Pendedahan kepada dakwah kepengunaan akan memberi input yang sangat kritikal dan berguna kepada para peserta.

Alam Sekitar

Alam sekitar merupakan ciptaan Allah SWT dan amanah kepada manusia di dunia untuk memelihara dan mengurus sumber bumi secara lestari berdasarkan prinsip-prinsip al-Qur’ān dan al-Sunnah. Kepincangan ma‘na pembangunan, kerakusan nafsu pemaju, kehilangan sifat prihatin masyarakat, kematian rasa kehambaan kepada Tuhan, antara faktor yang memungkinkan masyarakat tidak endah kerosakan alam sekitar yang berlaku di sekeliling mereka saban hari. Di dalam AD09, para peserta akan didedahkan tentang dakwah alam sekitar yang merupakan keperluan terpenting demi menyelamatkan kelestarian pengurusan pembangunan berasaskan konsep hamba dan khalifah.

Gejala Sosial

Jiwa remaja yang sering mencuba segala keseronokan menyebabkan berlakunya kepincangan akhlak yang mengheret mereka ke kancah kemaksiatan yang serius. Lambakan isu-isu semasa yang berkaitan dengan gejala sosial memberikan satu tamparan hebat kepada kesemua gerakan Islam di Malaysia dalam mempertahankan ‘Aqidah dan Syari‘ah masyarakat yang kian terhakis. Pendedahan langsung di lapangan masyarakat akan membuka mata para peserta dalam memahami dan menghayati punca utama kesuburan gejala sosial di Malaysia dan langkah terbaik dalam mempertahankan akhlak dalam diri setiap ahli masyarakat.

Masyarakat Minoriti

Masyarakat minoriti di Malaysia terutama masyarakat orang asli kurang dititikberatkan oleh gerakan dakwah akibat kos yang terlalu tinggi dan kemahiran dakwah yang konsisten di dalam situasi yang sangat mencabar. Pendakian bukit serta halangan lain antara pengalaman baru yang akan dirasai oleh para peserta dalam merealisasikan dakwah kepada masyarakat orang asli yang rata-ratanya adalah bukan Islam. Cabaran dan ujian yang bakal dihadapi oleh para peserta akan memberikan satu impak dan semangat dakwah yang kental dalam menyampaikan risalah kebenaran – warisan para Nabi dan Sahabat.

Dakwah Dalam Penulisan

Penulisan merupakan elemen dakwah yang paling penting. Penulisan akan kekal walaupun si penulisnya telah tiada. Keberkesanan penulisan dakwah dapat memberikan ruang dakwah yang optimum di samping penyebaran pengisian dakwah yang lebih meluas. Para peserta akan diajar untuk menghasilkan penulis yang lebih sistematik dan berkesan. Malah, para peserta akan diberi peluang untuk mempersembahkan penulisan masing-masing di dalam beberapa ruang penulisan semasa yang terpilih.

Kepada sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi saudari Azwaahidah (019-5989382 / paspertama_86@yahoo.com.my) atau saudara Amir (013-7069509 / api_penang@yahoo.com.my) dengan segera. Tempat adalah terhad kepada 30 peserta terawal.

DRAMA HASIL TANGAN ANA...

Sunday, November 1, 2009 at 1:23 AM





Drama : Puisi Terakhir.
Adaptasi : Cerpen Puisi Terakhir ; karya Herry Nurdi.



Babak 1


Watak : Gilang
Mahasiswa-mahsiswa
Wanita tua(ibu)
karyawati
orang ramai







Pentas diterangkn.

Arahan: Pagi itu meski hampir siang, matahari belum panas benar. Awan mendung, seorang pemuda siang itu tampak menyusuri trotoar dan membagi-bagikan bunga mawar. Selembar kertas tipis penuh tulisan untuk siapa saja yang mau menerika mawar. Pemuda itu Gilang namanya. Ia pergi berlalu dari sebuah halte setelah meyakinkan diri tak satupun orang yang terlewat untuk dibagikan sekuntum mawar dan secarik kertas pengumuman. Ada seorang polwan yang menerima bunga dan selebaran lalu meramasnya dibelakang punggung. Gilang hanya tersenyum tipis lalu pergi. Puluhan ribu mahasiswa membanjiri jalan dan mereka bernyanyi “Majuuu tak gentarrr, membeelaaa yang benar…”. Seorang karyawati membagi-bagikan permen dan seorang ibu membagikan-bagikan bungkusan air dalam plastic dan roti.

IBU TUA : Majulah, majulah. Kmai di belakang kalian.(menyalami dan
mencium kening seorang mahasiswa serta menangis).

MAHASISWA 1 : (membalas ciuman itu dengan mencium punggung telapak
tangan ibu tersebut dan menangis).

ORANG RAMAI : Selamat berjuang…selamat berjuang…selamat berjuang…
(sambil melambaikan tangan).

MAHASISWA 1 : (mengusap keningnya kerana masih rasa bekas ciuman tadi).

(Gilang berjalan didepan. Memakai jaket almamater yang diikat pita hitam dipangkal lengan sebelah kanan. Kali ini mahasiswa tak bisa meneruskan lagi perjalanan. Sebaris pasukan bertameng menghadang jalan. Gilang berdiri menantang. Dengan lantang meradang lewat TOA yang bagaikan nak pecah menampung suaranya).

GILANG : Saudara-saudara, kita, adalah rakyat yang menuntut tegaknya
keadilan.

MAHASISWA : Yaaa, yaaa…(gemuruh suara menyambut kata-kata Gilang).

GILANG : Relakah kalian, jika bumi ini dijarah dan hanya hutang yang
Ditinggalkan untuk kita, untuk masa depan…(serak berapi).


MAHASISWA : Tidak…..(barisan mahasiswa maju, barisan tentera merapat dan
menegakkan tamengnya).

GILANG : Bentuk presidium, ganti semua pembesar, adili koruptor dan tolak
semua kedzaliman…

MAHASISWA : (semua mahasiswa berwajah memancarkan semangat seolah-olah
tak kenal mati, dan ketakutan menjadi urusan yang tak difikirkan).
Gusur, gusur turunkan…(lautan mahasiswa bernyanyi. Mereka
terus maju, bergelombang, berteriak, dan saling bakar semangat).

( Ring empat telah lewat. Di depan telah menghadang lebih banyak pasukan. Gilang masih di depan, berteriak-teriak bangkitkan semangat. Tiga orang dengan dua kardus penuh berisi bungkusan air memebelah barisan. Membagi-bagikan air. Setelah itu terdengar teriakan…)

GILANG : Rapatkan barisan…
(lautan manusia itupun serentak bergandingan tangan).
Saudara, kita adalah rakyat, dan mahasiswa yang tak ingin Negara
ini hancur berkeping. Kerana itu kalau kita tak bisa membentuk
presidium, mengusur, dan menurunkan semua yang harus turun,
kita sama saja membiarkan Negara ini hancur.(berdiri diantara
dua barisan. Terus berteriak lewat TOA).

(seorang yang berpangkat letnan menyeruak barisan, melangkah menghampiri Gilang. Sang letnan tersenyum. Gilang menatap dingin dan penuh dendam. Tiga orang mahasiswa menghampiri Gilang.

TEMAN GILANG : Biarkan kami masuk! (bentak seorang teman Gilang).

SANG LETNAN : Kalian adik-adik kami juga, jangan…

GILANG : Bagaimanapun keadilan harus ditegakkan…(memotong garang).

SANG LETNAN : Jangan paksa kami berhadapan dengan kalian. Pulanglah.
Bubarkan. (tersenyum).

(tiba-tiba sebuah botol aqua melayang jatuh atas kepala letnan. Mahasiswa maju. Aparat siaga. Ketegangan menjelma sengketa. Semua panik. Hiruk-pikuk. Tentera menarik pentungan, menembakkan gas air mata dan mengejar mahasiswa. Mahasiswa melawan. Batu-batu melayang. Suara serentetan letusan. Pentungan beradu kepala. Peluru menerjang dan mengkaparkan. Tangan-tangan telanjang melemparkan kembali gas air mata. Kepala-kepala tanpa helm baja sasaran meriah untuk dijajah).



(darah menetes. Ketakutan menjelma desis dan lintang pukang. Pekik geram. Erang kesakitan memenuhi senja menjelang malam. Malam itu, jalanan berubah menjadi ladang batu. Udara masih beraroma mesiu dan gas air mata. Seorang mahasiswa menangis tersedu dibawah temaram lampu. Tubuhnya menggigil ketakutan. Seorang lagi sedang bersandar pada tiang panjang jambatan layang. Tangan kirinya lunglai menggenggam pengeras suara yang sejak siang digengam Gilang).

MAHASISWA 11 : Ahhh, Gilang…dimana Gilang...(bertanya sendirian).

RADIO : Tit…tit…tit.(suara pager nyaring). Rapatkan barisan, pukul
sebelas malam kita maju berbarengan.(pesan dalam radio
panggil terbaca dalam remang).

MAHASISWA 11 : Mana Gilang…mana Gilang…(bertanya sendirian).

RADIO : Siapkan barisan. Jam sebelas kita maju berbarengan.(suara-
suara saling meyakinkan).

(dalam sekejap ratusan mahasiswa berkerumun menjadi ribuan. Maju dan bernyanyi di tengah malam saat udara dipenuhi bau mesiu dan bakaran ban).

TENTERA : Pulang, dan kosongkan jalanan atau kami bertindak tegas pada
kalian. (membentak keras).

(pada saat yang sama, mungkin sebahagian penduduk kota sedang membuai diri dalam mimpi. Sebahagian lain mungkin masih baru memasuki café untuk bersenang. Tapi, pemandangan dibawah jambatan ini begitu mencenkam).




Pentas digelapkan.






Babak 2


Watak: Gilang
Ibu.



Pentas diterangkan.

Arahan: Hari masih pagi. Gilang selepas shalat subuh bersimpuh dan mencium lutut kaki ibunya. Ia pamit pergi untuk berdemonstrasi siang nanti).

GILANG : Ibu…( menatap manik hitam milik ibunya. Tatapan itu mewakili
seribu kata yang ia ingin ucapkan).

IBU : Anakku, kekerasan itu tak pernah menyelesaikan masalah dengan baik.
( berbicara dengan kebijaksanaan berabad umurnya).

GILANG : Tapi bu, kadang keadilan perlu ditegakkan dengan keras.(menunduk).

IBU : Itu bukan keadilan, jika kau tegakkan dengan kekerasan. Itu nafsu.

GILANG : Bukan bu, itu harga diri yang hilang.

IBU : Jangan kau gusar. Timbang dulu, banyak mana manfaat dan korban…

GILANG : Ibu maafkan. Kunanti restumu. Doakan. (menyambar tangan ibunya dan
menciumnya).

IBU : Pergilah, doaku untuk Tuhan selalu padamu. (menahan tangis).


Pentas digelapkan.







Babak 3.

Watak: Ibu.
Mayat Gilang.
Orang ramai.
Mahasiswa 111


Pentas diterangkan.

Arahan: ambulance berhenti di muka rumah Gilang. Sang itu sudah tahu dan tak berkata apa-apa. Tanpa air mata ia menanti dipintu. Seorang mahasiswa turun dari mobil, menghampiri ibu Gilang, mencium tangannya dan menangis sejadi-jadinya. Almamternya berdarah, dan ibu Gilang masih diam tak berkata-kata. Jenazah diturunkan dan sudah terbungkus kain kafan.


IBU : (dengan tenang, sangat tenang bahkan, satu-satu ikatan jenazah dibuka oleh
Ibu Gilang. Mayat itu dingin dan biru. Dada kirinya berlubang , bibir masih
menyimpan sebuah senyum yang belum sempat dilemparkan. Sang ibu mem-
balasnya dengan senyuman. Senyuman paling hambar yang pernah ada di
muka bumi).

(malam seusai pamitan sang ibu memasuki kamar anaknya seorang itu dan menemukan sacarik kertas dengan puisi diatasnya).

Jika aku mati nanti,
Aku minta,
Tak usah kau tuliskan nama di batu nisan,
Tak usah pula kau membuat sebaris kenangan,
Kematianku hanya sebuah peringatan kecil,
Tembok tiran makin tinggi,
Biarlah debu dan malaikat maut saja menemani,
Selebihnya aku tak peduli,
Kawan berjanjilah padaku satu hal, hancurkan tiran.
(dibacakan dengan suara latar Gilang)

Sang ibu menangis sepuas-puasnya…

Tamat.
Pentas digelapkan.

Ditulis oleh: Mohd Fuad Hilmi Zakaria
(abu_jihad)
06.04.08. bil.3/3.

kekuasaan ALLAH SWT jua...

at 1:16 AM
Subhanallah..

Selamat membaca di bawah ini.
DUNIA
Mufti Rusia komen ayat pada kulit bayi

(Embedded image moved to file: pic23453.jpg)
GAMBAR menunjukkan ayat al-Quran muncul pada kulit Ali.

(Embedded image moved to file: pic13003.jpg)
ALI

MOSCOW - Majlis Mufti Rusia kelmarin sebulat suara menyatakan bahawa ayat suci al-Quran yang muncul dua kali seminggu pada kulit Ali Yakubov iaitu seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan di wilayah Dagestan, selatan Rusia merupakan amaran tuhan kepada semua penduduk Islam di Rusia dan Dagestan.

Menurut kenyataan majlis itu, mengikuti perintah Allah dan meninggalkan segala persengketaan, mewujudkan keamanan sesama umat Islam dan dengan jiran, membersihkan diri daripada dosa dan mula mengamalkan prinsip kejiranan selain bermaaf-maafan menyebabkan penduduk Islam di negara tersebut akan mendapat keampunan Allah.

Menurut beberapa laporan, ibu bapa Ali yang tinggal di bandar Kizlyar di wilayah Dagestan dan kalangan imam tempatan mendakwa ayat suci al-Quran itu muncul pada hari Isnin dan Jumaat sebelum hilang dan digantikan dengan ayat baru.

Salah satu ayat itu bermaksud: "Allah ialah Pencipta segala yang ada." Apabila ayat suci seterusnya muncul, Ali tidak dapat tidur sepanjang malam dan mengalami demam dengan kepanasan badannya tidak dapat dikurangkan walaupun dengan menggunakan ubat-ubatan kuat. Semasa dia dilahirkan, Ali didapati menghidap penyakit jantung dan berkaitan dengan otak tetapi dia sembuh sepenuhnya selepas ayat al-Quran mula muncul pada tubuhnya. - Agensi

Ayat al-Quran pada kulit bayi
(Embedded image moved to file: pic08339.jpg)
SEBAHAGIAN ayat al-Quran pada kulit Ali.

MOSCOW - Pakar-pakar perubatan di Rusia bingung berikutan penemuan ayat-ayat suci al-Quran dan Arab pada kulit seorang bayi berusia sembilan bulan di Dagestan, Rusia, lapor sebuah akhbar semalam.

Ayat-ayat itu muncul pada belakang, tangan, kaki dan perut Ali Yakubov pada setiap malam Isnin dan Jumaat sebelum hilang tetapi diganti dengan beberapa ayat al-Quran baru dua kali seminggu.

Pakar-pakar perubatan Rusia menyatakan, mereka tidak tahu bagaimana fenomena itu boleh berlaku selepas perkataan Allah mula muncul pada dagu bayi tersebut ketika dia berusia beberapa minggu.

(Embedded image moved to file: pic31794.jpg)
MADINA mendukung anaknya, Ali.

Namun, ketika mengulas mengenainya, pakar-pakar perubatan dan keluarga bayi itu mengaku bahawa ayat-ayat suci itu menjelma sendiri pada badan Ali dan bukan ditulis oleh manusia.

"Ali akan berasa kurang sihat manakala suhu badannya meningkat kepada 40 darjah Celsius setiap kali ia berlaku menyebabkan dia menangis," kata ibunya Madina Yagubova.

Kini, tempat Ali dilahirkan iaitu di Kampung Red Oktober, Dagestan menjadi tumpuan orang ramai yang mahu melihat keanehan itu.

(Embedded image moved to file: pic15775.jpg)
SEPOTONG ayat al-Quran pada peha Ali.

Paparan mengenai kejadian aneh di Dagestan, wilayah selatan Rusia yang menjadi sasaran pertempuran antara tentera Rusia dengan pejuang-pejuang Islam itu turut dipaparkan di laman perkongsian video YouTube.

"Ali merupakan tanda kebesaran Tuhan. Kelahirannya di Dagestan bagi menyedarkan penduduknya supaya bersatu," kata seorang ahli parlimen di wilayah itu, Akhmedpasha Amiralaev.
- Agensi

masih adakah karat-karat jahiliyah dalam diri kamu???

at 1:11 AM









TABIK SETAN


Horned God represents the horned god of witchcraft. Pan or Cernunnos. Note the thumb under the fingers and given by the right hand.


Horned Hand The sign of recognition between those in the Occult. When pointed at someone it is meant to place a curse. Note the thumb over the fingers and given by the left hand.


Witch Sign or Moon Sign used to salute the rising moon. Also used by surfers and football teams. This is the sign that the furor should be using to indicate the "Hook Um" horns, Not the 2 above

Anton LaVey, leader and founder of the Church of Satan.
Above: Anton LaVey, founder of the Church of Satan and author of The Satanic Bible, displaying the "Horned Hand" (also called the "satanic salute" and Il Cornuto) with his left hand, on the back cover of The Satanic Bible.

A Satanic Ritual
Above: (Satanists making the "Satanic salute" to an altar displaying the Goat of Mendes or Baphomet, to acknowledge their allegiance to Satan, during a Satanic ritual.)


Above, from the Satanic Bible: The ‘Satanic Salute’, Horned Hand or The Mano Cornuto is a signal of allegiance between members of Satanism to their ‘horned god’, a sign of recognition and allegiance.

MELAYU ISLAM....JUGA SAMA...!!!

Kesiannn... tengok mereka-mereka ni semua...

ENTAH APA BENDA LAH PERJUANGAN ANAK-ANAK MELAYU-ISLAM ZAMAN SEKARANG NI....
Dulu-dulu berjuangan menentang penjajah.. kemudian berjuang mendapatkan kemerdekaan. . kemudian berjuang utk mengekalkan kemerdekaan. . kemudian berjuang membangunkan negara..
SEKARANG NI... ENTAH APA BENDA YANG SEDANG DIPERJUANGKAN.??

¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤
Firman Allah SWT :
[7:179] Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.

Hadis Rasulullah SAW:
Dari Abu Hurairah r.a., dari Rasulullah SAW., sabdanya: "Siapa yang tasbih tiga puluh tiga kali, tahmid tiga puluh tiga kali, takbir tiga puluh tiga kali, jadi jumlahnya sembilan puluh sembilan kali, kemudian dicukupkannya seratus dengan membaca: "La ilaha illallahu wahdahu la syarikalahu lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai-in qadir. Maka diampuni Allah segala kesalahannya, walaupun sebanyak buih di lautan." (Hadis riwayat Muslim).

sama-samalah kita kembali kpd ALLAH...

ape kata anda???

at 1:05 AM




Kisah Lobak, Telur dan Kopi

Seorang anak mengeluh pada ayahnya mengenai kehidupannya dan bertanya mengapa hidup ini terasa begitu sukar dan menyakitkan baginya. Dia tidak tahu bagaimana untuk menghadapinya dan hampir menyerah kalah dalam kehidupan. Setiap kali satu masalah selesai, timbul pula masalah baru.

Ayahnya yang bekerja sebagai tukang masak membawa anaknya itu ke dapur. Dia mengisi tiga buah periuk dengan air dan menjerangkannya di atas api. Setelah air di dalam ketiga-tiga periuk tersebut mendidih, dia memasukkan lobak merah di dalam periuk pertama, telur dalam periuk kedua dan serbuk kopi dalam periuk terakhir. Dia membiarkannya mendidih tanpa berkata-kata.

Si anak tertanya-tanya dan menunggu dengan tidak sabar sambil memikirkan apa yang sedang dilakukan oleh ayahnya. Setelah 20 minit, si ayah mematikan api.

Dia menyisihkan lobak dan menaruhnya dalam mangkuk, mengangkat telur dan meletakkannya dalam mangkuk yang lain dan menuangkan kopi di mangkuk lain.

Lalu dia bertanya kepada anaknya, “Apa yang kau lihat, nak?”

“Lobak, telur dan kopi”, jawab si anak.

Ayahnya meminta anaknya merasa lobak itu. Dia melakukannya dan berasa bahawa lobak itu sedap dimakan.

Ayahnya meminta mengambil telur itu dan memecahkannya. Setelah membuang kulitnya, dia dapati sebiji telur rebus yang isinya sudah keras.

Terakhir, ayahnya meminta untuk merasa kopi. Dia tersenyum ketika meminum kopi dengan aromanya yang wangi.

Setelah itu, si anak bertanya, “Apa erti semua ini, ayah?”

Ayah menerangkan bahawa ketiga-tiga bahan itu telah menghadapi kesulitan yang sama, direbus dalam air dengan api yang panas tetapi masing-masing menunjukkan reaksi yang berbeza.

Lobak sebelum direbus kuat, keras dan sukar dipatahkan. Tetapi setelah direbus, lobak menjadi lembut dan mudah dimakan. Telur pula sebelumnya mudah pecah dengan isinya yang berupa cairan.. Tetapi setelah direbus, isinya menjadi keras. Serbuk kopi pula mengalami perubahan yang unik. Setelah berada di dalam rebusan air, serbuk kopi mengubah warna dan rasa air tersebut

“Kamu termasuk golongan yang mana? Air panas yang mendidih itu umpama kesukaran dan dugaan yang bakal kamu lalui. Ketika kesukaran dan kesulitan itu mendatangimu, bagaimana harus kau menghadapinya? Apakah kamu seperti lobak, telur atau kopi ?” tanya ayahnya.

Bagaimana dengan kita ?

Apakah kita adalah lobak yang kelihatan keras, tapi dengan adanya penderitaan dan kesulitan, kita menyerah menjadi lembut dan kehilangan kekuatan.

Atau, apakah kita adalah telur yang pada awalnya memiliki hati lembut, dengan jiwa yang dinamis ? Namun setelah adanya kematian, patah hati, perpisahan atau apa saja cabaran dalam kehidupan akhirnya kita menjadi menjadi keras dan kaku. Dari luar kelihatan sama, tetapi apakah kita menjadi pahit dan keras dengan jiwa dan hati yang kaku?

Atau adakah kita serbuk kopi ? Yang berjaya mengubah air panas, sesuatu yang menimbulkan kesakitan, untuk mencapai rasa yang maksimum pada suhu 100 darjah celcius. Ketika air mencapai suhu terpanas, kopi akan terasa semakin nikmat.

Jika kita seperti serbuk kopi, ketika keadaan menjadi semakin buruk atau memuncak, kita akan menjadi semakin baik dan membuat keadaan di sekitar kita juga menjadi semakin baik. Begitulah halnya dengan serbuk kopi yang berjaya mengubah air panas yang membakarnya menjadikan ia lebih sedap dan enak untuk diminum.

Antara lobak, telur dan kopi, kita yang mana?

sama-sama lah kita muhasabah diri...

Wednesday, October 28, 2009 at 1:55 AM




5 syarat nak buat maksiat

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"

Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu m asih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.

Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini akut bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak.

Ya ALLAH...hapuskanlah yahudi laknatullah...

at 1:41 AM





Penempatan haram Yahudi terima bekalan tanpa had

BAITULMAQDIS: Amnesty International semalam menuduh Israel menafikan hak rakyat Palestin mendapat air bersih mencukupi ketika membenarkan penduduk Yahudi yang tinggal di penempatan sepanjang Tebing Barat bekalan hampir tidak terhad.

Kumpulan hak asasi manusia itu berkata Israel, mengehadkan bekalan air di jajahan Palestin 'dengan mengekalkan kawalan penuh terhadap sumber yang dikongsi dan terus menggunakan dasar diskriminasi.'

"Israel hanya membenarkan rakyat Palestin sebahagian kemudahan sumber air yang dikongsi yang kebanyakannya terletak di jajahan Tebing Barat sementara penduduk penempatan haram Israel di sana pada hakikatnya menerima bekalan tanpa had," kata penyelidik Amnesty Donatella Rovera dalam satu laporan.

Israel menggunakan empat kali ganda air melebihi rakyat Palestin yang menggunakan purata 70 liter (16 gelen) sehari setiap orang, menurut laporan bertajuk Troubled Waters � Palestinians denied fair access to water.



Amnesty berkata 'ketidaksamarataan' itu lebih teruk lagi di sesetengah kawasan di Tebing Barat di mana penduduk penempatan Yahudi menggunakan sehingga 20 kali lebih air per kapita berbanding masyarakat berjiran Palestin yang hanya menggunakan 20 liter air per kapita sehari.

"Kolam renang, laman yang disirami air dan ladang pengairan besar di kawasan penempatan Israel di OPT (jajahan Palestin diduduki) bukti betapa kontranya dengan keadaan di perkampungan Palestin bersebelahan yang mana penduduknya bertungkus lumus memenuhi keperluan air domestik mereka."

Kementerian luar Israel memberi maklum balas dengan berkata Tel Aviv berkongsi sumber air dengan Palestin secara adil.

Kementerian berkata rakyat Palestin mempunyai capaian dua kali ganda air sama seperti 23.6 juta meter padu air yang diperuntukkan secara tahunan mengikut satu perjanjian dengan Israel.

Laporan Amnesty menunjukkan bahawa rakyat Palestin tidak dibenarkan menggali telaga baru atau memulihkan perigi lama tanpa permit daripada pihak berkuasa Israel yang selalunya sukar. � AFP

salam perjuangan sahabat sekalian...ana perlukan bantuan pencarian 4WD utk dakwah org asli.

Tuesday, October 27, 2009 at 9:27 AM




sahabat2 sekalian, jika sesiapa tahu macam mana untuk dapat tender dengan angkatan tentera malaysia (atm) atau bapa dia org besar dalam atm...bolehla membantu ana untuk kita dapatkan trak ini bagi tujuan jalan dakwah ke perkampungan orang asli. kerana ianya cukup power...ana dah naik...buatan Austria...namanya (Steyr Daimler Puch)@ yang lain pun xpe, harga boleh runding... contact ana..
0129520396.
"bekerja kerana ALLAH".

salam perjuangan...marilah membantu dalam jalan dakwah fisabilillah...

at 9:05 AM
(kesihatan)



Projek membaiki dua buah 4x4 (yala)




Pembaiki : Encik Azmarul Azman bin Aziz

Alamat : No 1, Lorong Harmoni 3, Taman Harmoni, Kangar, Perlis

No Tel : 0194415485



(i) Landrover dari Yala ( jenis landrover 109 )



Barang yang perlu diganti


Harga Anggaran (RM)

Body / Cabin


3500.00

Enjin Toyota 2L


3500.00

Wyring


2000.00

Sistem Break


500.00



Upah = RM 3000.00








(ii) Landrover Kementerian Kesihatan ( jenis landrover 110 )



Barang yang perlu diganti


Harga Anggaran (RM)

Tayar x 4


1200.00

Wyring


2000.00

Break


1000.00

Enjin TD 200


8500.00



Upah = RM 3000.00





.



* Moga Allah swt terima amalan kita ini. ALLAHU AKBAR !!!

CENDIKIAWAN ISLAM TERULUNG...

Sunday, October 25, 2009 at 10:52 PM



Malik Bennabi

Malik Bennabi (1905-73) merupakan seorang pemikir dan cendekiawan Islam yang terulung abad ke-20. Sumbangan beliau yang terbesar ialah teori peradaban yang dikemukakannya.

Lahir di Costantine, Algeria kepada seorang keluarga sederhana, persekitaran kekeluargaan Malik Bennabi sendiri telah menekankan akan kepentingan pendidikan kepada beliau. Waktu itu Algeria merupakan sebahagian daripada jajahan Perancis yang berhasrat mejadikan Algeria sebagai sebahagian daripada wilayah Perancis. Beliau sendiri menerima pendidikan tradisional Arab dan pendidikan Barat (Perancis) yang menjadikannya antara tokoh unik di kalangan pemikir Islam di Afrika Utara ketika itu. Pendidikan awalnya mengaji Al-Quran di Kuttab dan sekolah Perancis. Beliau pernah mendapat markah tertinggi di dalam kelas, namun gred terbaik di dalam kelasnya diberikan kepada seorang pelajar Perancis. Malik melihatkan ini sebagai gambaran diskriminasi kolonialis dan menurut Dr. Fauzia Bariun, beliau "merasakan keperluan untuk mencabar diskriminasi Barat secara intelektual dan berazam untuk meneruskan pendidikannya dan membuktikan kemampuannya."

Di Lycee Franco-Musulman Malik mula meminati sastera Perancis dan membaca novel-novel Jules Verne, Pierre Loti dan Claude Farrere. Namun buku yang lebih berpengaruh di dalam kehidupannya ialah L’Histoire sociale de l’humanite (Sejarah Social Kemanusiaan) karangan Courtellemont, Umm al Qura karangan Al-Kawakibi, Risalah Tauhid karangan Muhammad Abduh dan L’Ambre Chaude de l’Islam. Pada waktu yang sama, disamping meminati syair-syair Arab klasik, beliau turut menuntut ilmu dari Sheikh Maulud Bin Mawhub, seorang bekas mufti Costantine yang progresif dan terbuka.

Kemudian Malik mula terpengaruh dengan gerakan Islah yang sedang berkembang pesat di dunia Islam waktu itu, sebagaimana Kaum Muda di Tanah Melayu sedang giat mencabar doktrin-doktrin konservatif Kaum Tua. Selepas tamat persekolahan, beliau merantau ke Perancis untuk bekerja, tetapi pulang tidak lama selepas itu, kecewa dengan penindasan yang dilakukan oleh kapitalis-kapitalis Perancis terhadap pekerja-pekerja Algeria. Beliau melihatkan dakwaan kolonialisasi Perancis untuk la mission civilsatrice sebagai topeng untuk hegemoni Barat semata-mata.

Namun selepas bekerja di Algeria tidak lama, beliau ke Perancis semula pada tahun 1930. Keluarganya membiayai sebahagian dari pembelajarannya di sana. Beliau menyertai L’Ecole des Langues Orientales namun menghadapi halangan yang beliau sifatkan sebagai halangan politik. Setelah itu beliau menyertai institut kejuruteraan yang meyakinkannya tentang sumbangan besar sains di dalam kejayaan ketamadunan Barat. Di dalam semi-autobiografinya Mudhakkirat Shahidin lil Qarn beliau menjelaskan tentang komitmennya waktu itu untuk "menjadi peyelamat yang ditugaskan" kepada dunia Islam yang mundur. Gaya analisanya di dalam mengutarakan ide-idenya juga kelihatan pendekatan saintifik, kesan pendidikannya.

Kehidupannya di Paris banyak berkaitrapat dengan Latin Quarter yang terkenal itu. Beliau juga aktif bersama Persatuan Pelajar Maghrib yang menyebabkan beliau menghadapi pelbagai masalah di dalam kehidupannya di Perancis. Meskipun beliau bertemu dengan pengasas parti North African Star yang bernaung di bawah payung Parti Komunis Perancis, Massali Haj, namun permainan politik Massali menyebabkan Malik tidak terlibat dengan parti tersebut. Waktu itu juga beliau mula mengenali ide-ide Pan Arab Shakeeb Arslan yang disebarkan menerusi akhbarnya yang berasas di Geneva, La Nation Arabe.

Tidak lama selepas berakhirnya Perang Dunia Kedua barulah Malik Bennabi menulis buku. Fenomena Al Quran (Le Phenomene Coranique) diterbitkan pada 1946; setahun kemudian terbitnya Labbaik, satu-satunya novel karya beliau; Les Conditions de la Renaissance pada 1948 dan pada 1954 beliau menerbitkan La Vocation de l’Islam. Buku-bukunya, antara lain, bertujuan membincangkan aspek-aspek teoretikal untuk menghidupkan kembali gerakan Islah.

Malik mengiktiraf bahawa gerakan kebangkitan Islam dipelopori Jamaluddin al-Afghani meskipun beliau tidak bersetuju bulat-bulat dengan pandangan al-Afghani. Beliau melihat al-Afghani sebagai rajul fitrah atau insan semulajadi yang dapat memberi sumbangan besar terhadap kemajuan peradaban berbanding apa yang menurut Malik, mereka yang berada di luar peradaban. Disamping itu, ketika cubaan-cubaan untuk meniupkan semangat nahdah di kalangan umat Islam dilakukan sebelum ini, semuanya berpunca lebih kepada sentimen puak atau kabilah; al-Afghani tokoh pertama yang memulakan perjuangannya pada Islam, bukan etnik.

Api-api kebangkitan Islam yang disemai ini memainkan peranan besar untuk mengejutkan umat Islam yang sedang tidur di dalam apa yang digelarkan Malik Bennabi sebagai dunia pasca kerajaan Almohads (yakni zaman kemunduran Islam).

Namun al-Afghani menurut kacamata Malik bukanlah pembaharu, tetapi mujahid. Pembaharu, menurutnya, lebih wajar diberikan gelaran tersebut kepada Muhammad Abduh. Muhammad Abduh yang menyedari bahawa untuk menjayakan reformasi di dalam dunia umat Islam, harus ditumpukan pada perkara pokok-pangkalnya dahulu – isu kerohanian. Namun Malik mengkritik pendapat bahawa pendekatan untuk mengubah akidah yang perlu ditekankan, kerana insan pasca Almohads sekalipun, masih setia kepada akidahnya walaupun mundur di dalam aspek lain. Beliau tidak bersetuju dengan pendekatan yang dogmatik dan kaku, beliau mahukan pendekatan yang lebih mengambilkira cara pengamalan Islam di dalam bidang-bidang kehidupan.

Malik Bennabi turut mengkritik pengikut-pengikut kedua-dua tokoh kebangkitan Islam tersebut kerana, menurutnya, di dalam La Vocation de l’Islam (Wijhat al Alam al Islami atau Islam di dalam Sejarah dan Sosiologi), "mereka bukannya mencari fakta, tetapi untuk bukti-bukti" terhadap pihak lawan, yang menyebabkan "mereka tidak cuba mendengar antara satu sama lain, dan setiap daripada mereka akan cuba mengalahkan yang satu lagi di dalam kata-kata yang tidak berhenti-henti."

Sebenarnya beliau turut mengkritik kedua-dua pendukung gerakan modernisasi dan Islah. Baginya di dalam berinteraksi dengan golongan evolues di Algeria, gerakan modenisasi terlalu ghairah di dalam mengambil peradaban Barat dari aspek superficial dan mahu menirunya bulat-bulat untuk menyelesaikan masalah umat Islam. Ini sesuai dengan idenya mengenai ‘dunia benda’ dan ‘dunia ide’. Beliau menilai bahawa ‘dunia ide’ lebih bermakna dari ‘dunia benda’ – maka meskipun negara Jerman menerima kemusnahan yang dasyat dari segi fizikal ketika Perang Dunia Kedua, negara tersebut pantas mendapat tempat semula antara ekonomi paling dinamik dunia kerana ‘dunia ide’nya tidak dimusnahkan oleh Pihak Bersekutu. Turut dikritiknya ialah negara-negara dunia ketiga yang baru merdeka waktu itu, yang berlumba-lumba mendirikan tugu-tugu fizikal kemajuan sedangkan pengisian peradaban itu sendiri tidak wujud; sebagaimana mungkin apa yang sedang terjadi di negara kita hari ini!

Malik Bennabi juga mempunyai perbezaan pendapat dengan pemimpin Ikhwanul Muslimun, Syed Qutb yang dibunuh oleh Gamal Abdul Nasser. Pertelingkahan intelektual ini berakar umbi apabila Syed Qutb menukar tajuk bukunya dari "Ke Arah Sebuah Masyarakat Islam yang Bertamadun" kepada "Ke Arah Sebuah Masyarakat Islam" yang menurut Bennabi, mengandaikan bahawa masyarakat Islam sudah bertamadun sedangkan realiti adalah sebaliknya. Syed Qutb membalas bahawa tindakannya adalah untuk memendekkan tajuk tersebut dan beliau tidak menilai peradaban menurut kaca mata Barat.

Sumbangan pemikiran yang paling besar dibuat oleh Malik Bennabi, sebagaimana yang telah saya nyatakan ialah Teori Peradabannya. Ketika tokoh-tokoh kebangkitan Islam sezaman dengannya lebih meminati istilah ‘nahdah’ (renaissance) atau ‘al-taqaddum’ (pembangunan) beliau menekankan istilah ‘hadara’ (peradaban). Di sini kita dapat melihat dinamik pemikiran di antara Ibnu Khaldun, antara pelopor awal ilmu sosiologi ketika akhir zaman keagungan peradaban Islam yang mengarang Mukaddimah dan Arnold Toynbee, seorang sarjana moden British yang mengkaji peradaban dan telah menghasilkan A Study of History.

Persamaan peradaban yang dikemukan olehnya ialah, Insan + Tanah + Masa = Peradaban.

Namun, dengan menggunakan analisa saintifik, beliau menegaskan bahawa pemangkin atau catalyseur terhadap elemen-elemen tersebut ialah agama. Meskipun ada yang mencabar pendapatnya dengan memberikan contoh negara Soviet yang baru muncul sebagai kuasa dunia waktu itu, sebagaimana Toynbee, Malik melihat perkembangan tersebut sebagai satu yang berpokok pangkal dari tamadun Barat-Kristian.

Dengan pengaruh Ibnu Khaldun di dalam kitaran peradaban, Malik Bennabi mengemukakan pendapatnya mengenai tiga peringkat peradaban. Bermula dengan Peringkat Kerohanian – jika dilihat umat Islam melalui zaman ini bermula dengan turunnya wahyu kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan berakhir dengan jatuhnya Khulafa ar-Rasyidin ketika Perang Siffin. Ini sesuai dengan teori beliau dan Ibnu Khaldun bahawa agama memainkan peranan yang besar di dalam menggerakkan sesebuah tamadun.

Kemudian Peringkat Rasional di mana prinsip-prinsip agama masih kukuh dan berkembang, ketika ilmu sains dan kesenian mula mendapat tempat dan ketamadunan pada waktu ini menuju ke zaman kegemilangannya, tetapi masyarakat tidak lagi dapat dikawal sebagaimana Peringkat Kerohanian. Jika di Islam peringkat ini ditandai oleh kegemilangan pemerintahan Umayyah dan Abasiah, dunia Barat melaluinya ketika Renaissance berkembang di Eropah selepas kejatuhan Islam.

Akhir sekali, Peringkat Naluri di mana masyarakat sesebuah peradaban menghadapi zaman kegelapan. Ikatan keimanan yang menjadi penghubung anggota masyarakat sudah lemah dan kitaran peradaban berakhir. Jika melihat dari segi sejarah, zaman ini dilalui oleh umat Islam ketika jatuhnya Baghdad kepada bangsa Mongol, tidak lama selepas hidupnya Ibnu Khaldun.

Toynbee juga seorang yang banyak terpengaruh dengan Ibnu Khaldun. Toynbee, sebagaimana Spengler, melihat krisis dunia Barat kontemporari akan dapat diatasi dengan satu tempoh di masa hadapan apabila mereka akan memeluk sebuah agama dari Timur. Meskipun begitu, wujud perbezaan di antara Malik Bennabi dengan Toynbee. Toynbee juga seorang sarjana sejarah yang banyak mempengaruhi tasawwur peradabannya, sedangkan Malik Bennabi cuma meminati sejarah lebih sebagai alat untuk menjelaskan teori-teorinya mengenai peradaban.

Sumbangan Malik Bennabi terhadap dunia intelektual Islam terlalu besar untuk diperkatakan. Menurut Dato’ Seri Anwar Ibrahim, "Jika Iqbal menyalakan api dengan imaginasi puisinya, Bennabi melakukan sedemikan dengan prosanya yang sempurna. Tetapi, ulasan Bennabi mengenai pengalaman realiti peradaban mengatasi Iqbal."

ABUJIHADFISABILILLAH...

Powered by Blogger | Entries (RSS) | Comments (RSS) | Designed by MB Web Design | XML Coded By Cahayabiru.com | Distributed by Sorpotel Recipe |